Wednesday, June 18, 2014

Mesyuarat think tank PPDa bersama wakil AJK PIBG

Mesyuarat think tank PPDa SKTPP hari ini telah mempertemukan pentadbir sekolah, Setiausaha PIBG, wakil AJK PIBG (YM Tengku Syawaluddin bin Tengku Mamat) selaku Event Manager Karnival D.A.R.I.H , Penyelaras PPDa, Setiausaha PPDa, AJK Video Karnival D.A.R.I.H, Ketua Bilik Sumber PPDa dan  wakil syarikat MZY Skytrue Pro (En Zuhdi bin Yahya).
Pihak sekolah dan PIBG telah bersetuju melantik syarikat MZY Skytrue Pro sebagai Event Planner bagi Karnival D.A.R.I.H yang akan diadakan pada 16 Ogos 2014. 












Saturday, May 24, 2014

Mesyuarat AJK PIBG ke-2

Mesyuarat AJK PIBG ke-2 telah diadakan di Makmal Komputer 1. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat kali ini ialah;
1. Program sms (butiran lanjut sila klik di sini)
2. Program Jalinan Mesra (18.6.2014)
3. Sukan Tahunan (28.6.2014)
4. Karnival DARIH (16.8.2014)

   Terima kasih buat PIBG yang telah meluluskan permohonan sekolah untuk menampung kos Sukan Tahunan. Terima kasih jua buat AJK PIBG yang bermurah hati menyumbang piala-piala pusingan pada hari sukan. Semoga semua perancangan dapat direalisasikan hasil kerjasama semua guru dan ibu bapa.


YDP dan Penasihat PIBG - GB
 
Suasana ceria mesyuarat AJK PIBG

Wednesday, May 21, 2014

Kempen Daftar Sistem 'SMS' Sekolah

Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKTPP telah bersetuju untuk mewujudkan sistem SMS sekolah. Sistem ini bertujuan sebagai salah satu saluran bagi pihak sekolah menyampaikan maklumat secara terus ke 'handphone' ibu bapa/penjaga.


Yuran pendaftaran bagi sistem ini adalah sebanyak RM10.00 (sepuluh ringgit) bagi setiap keluarga untuk setahun. Borang pendaftaran bersama-sama yuran pendaftaran boleh diserahkan melalui guru kelas anak masing-masing pada atau sebelum 27 Mei 2014 (Selasa). Pengaktifan sistem ini akan dilakukan pada bulan Jun 2014.

Contoh borang pendaftaran adalah seperti berikut :



Monday, April 28, 2014

Kutipan Bayaran Sumbangan PIBG 2014

Untuk makluman ibu bapa/penjaga murid-murid SK Taman Putra Perdana, Mesyuarat Agung PIBG kali ke-10 yang dijalankan pada 15 Mac 2014 telah sebulat suara bersetuju memutuskan bahawa amaun kutipan wang sumbangan PIBG adalah sebanyak RM50.00 bagi setiap keluarga.


Sehubungan itu, pihak sekolah memohon agar ibu bapa/penjaga dapat membuat bayaran sumbangan PIBG tersebut bermula 20 Mac 2014. Bayaran sumbangan tersebut boleh dijelaskan kepada guru kelas anak-anak tuan/puan masing-masing selewat-lewatnya pada atau sebelum 30 April 2014.

Segala kerjasama yang diberikan oleh tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Setiausaha Kehormat PIBG
SK Taman Putra Perdana

Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah

Program pemantapan Sarana Ibu bapa dan Sarana Sekolah di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga 2025.

Sarana Ibu Bapa merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah manakala Sarana Sekolah pula merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara yang tercinta


Malaysia berhasrat untuk mempunyai sistem pembelajaran yang dapat meningkatkan kejayaan murid. Hasrat ini lebih mudah dicapai apabila semua pihak termasuk sekolah, ibu bapa serta ahli komuniti bersatu dan menyokong satu matlamat – membantu murid berjaya.

Untuk maklumat lanjut, sila klik pada link yang telah disediakan :









Wednesday, April 23, 2014

Pengagihan Buku Sarana Ibu Bapa

Pada hari Selasa 22 April 2014, pengagihan Buku Sarana Ibu bapa telah diagihkan kepada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 untuk disampaikan kepada ibu bapa/penjaga masing-masing. Buku Sarana Ibu bapa ini telah dibekalkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Sepang bertujuan menjadi rujukan kepada ibu bapa dalam membantu pembelajaran anak-anak di rumah.

Sasaran pengagihan buku ini adalah untuk semua ibu bapa (1 buku 1 keluarga). Bagi keluarga yang masih belum menerima buku tersebut, pengagihan akan dilakukan semula apabila bekalan baharu diterima oleh pihak sekolah daripada PPD Sepang.


Berikut adalah gambar sekitar majlis penyerahan Buku Sarana Ibu bapa kepada murid :

Guru sedang menyerahkan Buku Sarana Ibu bapa

Antara buku yang telah diterima oleh murid-murid
  
Murid begitu teruja menerima Buku Sarana Ibu bapa

Sunday, April 20, 2014

Mesyuarat AJK PIBG I

Mesyuarat AJK PIBG kali pertama sesi 2014 / 2015 telah diadakan pada 19.4.2014 jam 8.30 pagi di Bilik Mesyuarat. Alhamdulillah kehadiran 90%. Banyak keputusan telah dicapai hasil permuafakatan ini. Antaranya; AJK bersetuju untuk mengadakan Karnival DARIH pada bulan Ogos nanti. Semoga hasil mesyuarat yang dicapai hari ini akan memperkasakan lagi pengurusan PIBG sekolah ini demi kebajikan anak-anak murid dan warga sekolah.