Thursday, October 9, 2014

Perkongsian PIBG Cemerlang SK Seri Makmur

Bertempat di SIRIM, BBST, GN dan TDP PIBG SKTPP bersama-sama semua Pengetua, Guru Besar, YDP PIBG sekolah-sekolah seluruh Sepang serta wakil telah menghadiri sesi taklimat perkongsian ilmu berkaitan pengurusan PIBG Cemerlang. Taklimat yang dirasmikan oleh Tuan PPD Sepang itu telah disampaikan sendiri oleh YDP PIBG SK Seri Makmur, Sabak Bernam yang telah dinobatkan sebagai PIBG Cemerlang Kebangsaan 2013. Tahniah buat Tn. Hj. Mohamed Rizal bin Muhd. Tayab atas pencapaian yang sangat cemerlang tersebut. Terima kasih juga kerana telah berkongsi segala tips dan pengalaman yang berharga itu..



Ucapan perasmian oleh Tuan PPD Sepang - Tn. Hj. Mat Jah b. Roslan

YDP PIBG SK Seri Makmur berkongsi pengalaman





















Penyampaian cenderamata buat Tuan Hj. Mohamed Rizal oleh En. Shaiful Bahri; Ketua Unit Pengurusan Sekolah PPD Sepang

Wednesday, September 24, 2014

Mesyuarat AJK PIBG ke-4

Mesyuarat AJK PIBG kali ke-4 telah diadakan pada 23.9.2014 (Selasa) jam 8.30 malam. Perbincangan bertumpu kepada post mortem Karnival DARIH tempoh hari. Ahli mesyuarat bersetuju bahawa program tersebut berjaya mencapai objektif dan sasarannya. AJK bersetuju meluluskan permohonan kewangan dari pihak sekolah untuk keperluan Bilik Sumber PPDa dan program-program PPDa keseluruhannya selaras dengan objektif Karnival DARIH itu sendiri.
   AJK juga telah bersetuju meluluskan permohonan sekolah bagi menampung kos mengadakan program Hari Kanak-Kanak pada bulan Oktober nanti.
   Selain itu, ahli mesyuarat juga telah membincangkan beberapa perkara seperti kerosakan-kerosakan bumbung, siling, tandas, elektrik dan lain-lain. Semoga kerjasama antara PIBG dan sekolah ini dapat menyelesaikan banyak masalah sekolah dengan segera..




Thursday, September 11, 2014

Penyerahan Hasil Karnival DARIH

Hari ini En. Zuhdi; Pengurus Syarikat MZY telah menyerahkan hasil jualan kupon Karnival DARIH tempoh hari kepada YDP PIBG - Tn. Hj. Khairul Azhar mengikut peratusan yang telah dipersetujui. Turut hadir menyaksikan penyerahan tersebut ialah GB - Pn. Rohaidah, GPK 1 - Tn. Hj.Ahmad Fuadi dan AJK PIBG - En. Shawal. Terima kasih banyak atas komitmen MZY. Mohon maaf atas apa jua kekurangan dari pihak sekolah dan PIBG. Semoga kita akan dapat berkolaborasi lagi dalam program-program yang akan datang...

Cikgu Fuadi sedang mengira wang yang diserahkan
Syukur atas rezekiMu ya Allah
Pengurus MZY berbincang dengan YDP PIBG - Tn. Hj. Khairul Azhar
YDP dan Penasihat PIBG SKTPP

Sunday, August 17, 2014

Karnival DARIH SKTPP 2014

Pada 16 Ogos 2014, pihak Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana (SKTPP) dengan kerjasama pihak PIBG SKTPP dan syarikat MZY Skytrue Pro telah bekerjasama menganjurkan Karnival DARIH SKTPP 2014. Objektif Karnival DARIH  ini diadakan adalah untuk menyedarkan masyarakat, khususnya warga SKTPP mengenai bahaya penyalahgunaan dadah, di samping memberi lebih maklumat mengenai aktiviti-aktiviti yg boleh menjerumuskan kita ke lembah yang mengancam nyawa. DARIH berasal dari perkataan Dadah, Arak/Alkhohol, Rokok, Inhalan dan HIV/AIDS.

Perasmian karnival ini telah disempurnakan oleh ADUN Dengkil iaitu YB Tuan Shahrum bin Mohd Sharif. Pihak PIBG SKTPP ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas kesudian YB untuk merasmikan karnival ini.

Selain itu, pihak PIBG SKTPP juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada para penyumbang yang telah sudi memberikan sumbangan dalam menjayakan Karnival DARIH pada kali  ini. Berikut ialah senarai penyumbang tersebut :

1. YB Tuan Khairy bin Jamaluddin (Menteri Belia dan Sukan)
2. MZY Skytrue Pro
3. Puan Zarina binti Hashim
4. Dr Saravanan Ramasamy
5. Encik Azmaini bin Mohamed
6. MBSB Cawangan Bandar Puteri, Puchong
7. Rio Event Management Sdn.Bhd
8. Handal Engineering Sdn.Bhd

Untuk makluman semua, Karnival DARIH ini juga mendapat sokongan padu daripada badan-badan kerajaan yang  berkaitan seperti pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia, Pejabat Kesihatan Sepang dan Kastam Diraja Malaysia. Agensi-agensi ini telah bekerjasama dalam menyalurkan maklumat dan menyediakan bahan-bahan pameran berkaitan bahaya penyalahgunaan dadah serta perkara-perkara berkaitan dengannya yang sangat berguna kepada semua pengunjung ke karnival ini.

Akhir sekali, pihak PIBG SKTPP ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa, murid-murid dan tetamu dari sekitar daerah Sepang kerana sudi hadir bagi memeriahkan Karnival DARIH SKTPP 2014 yang julung kali diadakan di sekolah ini.

Semoga Karnival ini dapat  memberi kesedaran kepada kita semua agar menjadi warganegara Malaysia yang bebas DARIH demi kesejahteraan kita pada masa akan datang.

Kami Benci Dadah
Untuk maklumat selanjutnya, sila klik pada pautan Blog SKTPP di sini dan blog PPDa SKTPP di sini

Friday, August 8, 2014

Karnival DARIH PIBG SKTPP

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan Karnival DARIH SKTPP yang akan diadakan pada 16 Ogos 2014 (Sabtu) ini.

Mesyuarat Khas Karnival DARIH

Mesyuarat khas PIBG berkaitan Karnival DARIH yang akan diadakan pada 16 Ogos 2014  minggu hadapan telah diadakan di Bilik Mesyuarat tengah hari tadi. Ia dihadiri oleh YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar, AJK PIBG; En. Shawal selaku Event Manager, pentadbir sekolah serta guru-guru yang menjadi Ketua AJK Karnival. Ahli mesyuarat membincang dan melaporkan status terkini persiapan Karnival. Semoga program induk PIBG SKTPP 2014 ini akan berjalan lancar hendaknya...




Wednesday, July 23, 2014

Salam Takziah Buat Cikgu Ahmad Fuadi

Takziah diucapkan kepada GPK 1; Tuan Haji Ahmad Fuadi bin Sarham atas kembalinya ke rahmatullah anakanda tercinta beliau pada hari Selasa 22 Julai 2014. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan roh allahyarham di sisi orang-orang yang beriman. Moga Cikgu Fuadi serta keluarga tabah atas ujian dari Allah SWT ini. Al Fatihah...


Sunday, July 20, 2014

Mesyuarat AJK PIBG ke-3 / 2014

Mesyuarat AJK PIBG SKTPP buat kali ke-3 telah diadakan pada pagi Sabtu 19 Julai 2014 di Bilik Mesyuarat SKTPP. Selaian agenda rutin, AJK PIBG telah membincangkan tentang post mortem Kejohanan Sukan Tahunan yang lalu serta perbincangan program induk PIBG tahun ini iaitu Karnival DARIH yang akan diadakan pada 16 Ogos 2014. 
   Tahniah kepada YM Tengku Syawaludin selaku Event Manager karnival yang telah menyampaikan laporan terperinci berkaitan persiapan dan perancangan karnival. Terima kasih juga diucapkan kepada En. Mohd. Zuhdi (Event Planner) yang telah turut hadir sama memberikan makluman dan info berkaitan permainan dan sebahagian besar aktiviti karnival kepada ahli mesyuarat. Semoga Karnival DARIH yang telah dirancang ini dapat berjalan dengan lancar seterusnya memberikan kesan halo yang maksimum kepada warga sekolah dalam membanteras DARIH (dadah, arak, rokok, inhalan dan HIV / AIDS).

En. Syawal memperincikan persiapan Karnival DARIH
Pn. Zarina (Naib YDP PIBG), GB dan Tn. Hj. Khairul Azhar (YDP PIBG)
Turut hadir : En. Zuhdi - Pengarah Syarikat MZY yang akan mengendalikan permainan semasa Karnival DARIH nanti

Monday, July 14, 2014

Salam Takziah Buat Puan Hajah Rohaidah

Takziah diucapkan kepada Puan Guru Besar; Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali atas kembalinya ke rahmatullah bonda tercinta beliau pada hari Ahad 13 Julai 2014. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan roh allahyarhamah di sisi orang-orang yang beriman. Moga Puan Guru Besar serta keluarga tabah atas ujian dari Allah SWT ini. Al Fatihah...


Monday, July 7, 2014

Pertandingan Mencipta Logo PPDa SKTPP

SK Taman Putra Perdana dengan kerjasama PIBG SKTPP akan mengadakan Pertandingan Mencipta Logo PPDa (Pendidikan Pencegahan Dadah) sempena Karnival DARIH 2014 yang akan diadakan pada 16 Ogos 2014 (Sabtu)

Syarat-syarat pertandingan adalah seperti berikut:

·         Logo bersaiz kertas lukisan bertemakan ‘KAMI BENCI DADAH’
·         Terbuka kepada semua murid SK Taman Putra Perdana
·         Hadiah untuk tempat pertama, kedua dan ketiga
·         Pertandingan bermula 7 Julai 2014
·         Masa pertandingan (1 minggu)
·         Penghantaran poster bermula 11 Julai 2014 hingga 18 Julai 2014

·         Yuran RM2.00 untuk setiap penyertaan


Murid-murid yang berminat menyertai pertandingan ini boleh bertemu dengan guru-guru yang berkenaan untuk mendapat borang pendaftaran, maklumat lanjut atau untuk menghantar poster yang telah disiapkan.

Pn. Wan Sarinah bt Wan Ibrahim (K) (Tahun 1)
Pn. Nur Malisha bt Omar (Tahun 2)
Pn. Norlida bt Othman (Tahun 3)
Pn. Azwani Noordin @ Mohd Noordin (Tahun 4)
Pn. Visva Vilasini a/p Koppal @ Goppal (Tahun 5)
Pn. Norasmawati bt Omar (Tahun 6)

Logo yang memenangi tempat pertama dalam pertandingan ini akan digunakan sebagai logo rasmi PPDa SKTPP.

Maklumat tentang pertandingan ini boleh juga dilihat di dalam blog sekolah. Sila klik di sini

Thursday, July 3, 2014

Mesyuarat Karnival DARIH guru-guru

Pada tahun ini, PIBG SKTPP telah merancang untuk mengadakan projek induk yang ada kaitan dengan dadah seiring dengan pencalonan SKTPP selaku wakil daerah Sepang dalam Pertandingan Bilik Sumber PPDa daerah Sepang ke peringkat Negeri Selangor pada bulan September 2014 nanti. Mesyuarat Karnival DARIH kali pertama melibatkan guru-guru telah diadakan di Bilik Mesyuarat hari ini. Turut hadir ialah AJK PIBG - Tengku Norsyawaluddin selaku Event Manager program...




Setiausaha Program - Pn. Noor Hafizan (SU PIBG) bersama GB
Event Manager (berbaju kuning) yang sangat proaktif