Wednesday, March 30, 2016

Mesyuarat Wakaf Surau Bil. 7

Alhamdulillah di tengah-tengah kesibukan yang mengejar, dapat jua kita mengadakan Mesyuarat Khas Wakaf Surau bil. 6 / 2016. Terima kasih buat Pengarah Projek; En. Muzi yang sudi hadir memaklumkan perkembangan projek serta perancangan hingga hujung tahun nanti. Semoga hasrat bagi membina surau untuk kegunaan anak-anak murid kita akan tercapai dan terlaksana hendaknya...








Sunday, March 27, 2016

Keceriaan Kelas 6 Lamda / 2 Platinum

Hasil permuafakatan ibu bapa dan guru, banyak kelas telah diceria dan dilengkapkan dengan kemudahan asas yang banyak membantu dalam pdp di bilik darjah. Inintermaauklah kelas 6 Lambda dan 2 Platinum. Terima kasih buat ibu bapa yang telah hadir bergotong-royong menceriakan kelas anak-anak kita. Semoga ia melancarkan proses Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) yang sedang diusahakan oleh pihak sekolah seiring dengan dasar KPM.


Saturday, March 12, 2016

Gotong-royong 1 Intelek

Terima kasih buat ibu bapa murid-murid Tahun 1 Intelek kerana telah mengadakan gotong-royong menceria dan menghias kelas bersama guru kelas; Pn. Norlida. Ia seiring dengan hasrat Sarana Ibu Bapa dan projek keceriaan ke arah Pembelajaran Abad Ke-21 yang sedang diusahakan oleh pihak sekolah. Semoga lebih banyak kelas dapat diceriakan pada masa depan bagi menyahut transformasi pendidikan masakini.





Menjamu selera juadah yang dibawa

Saturday, March 5, 2016

Mesyuarat AJK PIBG Bil. 1 / 2016

Mesyuarat AJK PIBG kali pertama bagi tahun 2016 / 2017 telah dihadiri oleh kesemua AJK Ibu Bapa. Syabas!! Ia menunjukkan barisan AJK baru ini mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tanggungjawab yang telah diamanahkan. Semoga pada tahun ini akan lebih banyak program dan aktiviti dapat dirancang dan dilaksana demi untuk kebaikan dan manfaat anak-anak murid.
   Mesyuarat juga telah memutuskan untuk mewujudkan biro-biro bagi membantu pengurusan PIBG. Ketua-ketua biro iaitu AJK PIBG Ibu Bapa akan mencari ahli-ahli biro masing-masing dalam kalangan ibu bapa yang bukan AJK ditambah dengan ahli guru bagi membincangkan hal-ehwal yang berkaitan;
1. Biro Keselamatan - En. Syarafi
2. Biro Kebersihan dan Keceriaan - Dr. Saravanan
3. Biro Perhubungan Awam (PR) - Tengku Norsyawaluddin (NYDP)
4. Biro Teknologi Maklumat (IT) - En. Ibrahim dan En. Salahuddin
5. Biro Kebajikan - Pn. Farihah dan Pn. Zuhana
6. Biro Sarana Ibu bapa - Tn. Hj. Khairul Azhar (YDP)