Thursday, February 28, 2019

Jawapan Usul Dan Cadangan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-15 2019

  

USUL DAN CADANGAN
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-15
2019



A.  KURIKULUM

Bil
Usul
1.
Diharap pihak sekolah dapat mempertimbangkan agar Hari Jalinan Mesra dapat dibuat pada satu sesi agar dapat memudahkan ibu bapa yang ada anak sesi pagi dan petang mengambil kad laporan anak pada satu sesi sahaja.

Salmah bte Muhamadiah
JAWAPAN:

Hari Jalinan Mesra memerlukan tempat yang selesa. Sekiranya diadakan satu sesi, akan timbul masalah tempat yang akan menyebabkan objektif pelaksanaannya tidak tercapai.

2.








3.


Memperbanyakkan kerja dan latihan di rumah supaya selepas tamat waktu sekolah murid lebih belajar dari rumah.

JAWAPAN:

Kerja dan latihan telah diberikan oleh guru Cuma ada murid yang tidak menyiapkan kerja yang telah diberikan.

Mengkerapkan kelas tambahan kepada murid yang lemah sesuatu mata pelajaran.

JAWAPAN:
  • Sekolah pernah mengadakan kelas LINUS. Kehadiran murid-murid yang tidak menguasai ini kurang memberangsangkan.  
  • Jika ada inisiatif ibubapa dan murid adalah dialu-alukan.

Khairul Azar bin Baharudin

4.
Mohon pihak sekolah memperbanyakkan majlis ilmu untuk pelajar yang akan menduduki UPSR. Menyediakan loker untuk menangani masalah beg berat.

                                                                     Rohayatul Akma binti Hamid
JAWAPAN:

Banyak program tahun 6 yang diadakan. Antaranya ialah:
  1. Majlis Permuafakatan Tahun 6.
  2. Solat Hajat Perdana. 
  3. Kelas Tambahan
  4. Program Pasca UPSR

Locker tiada tempat.

5.
Mengadakan peperiksaan pertengahan tahun.

Visalachy a/p Mahandiran

JAWAPAN:

Peperiksaan pertengahan tahun bagi tahap 2 (tahun 4,5 dan 6) ada. Manakala Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi tahap 1 tidak ada atas arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

6.
Mengadakan pembelajaran solat secara berhadapan dengan murid-murid (AMALI pada setiap pagi hari Jumaat.

Nur Syazwani Bt Ali

JAWAPAN:

Sekolah telah mengadakan Kem Bestari Solat. Hari Jumaat pula bacaan Yassin dijalankan pada waktu pagi sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.

7.







8.
Memperbanyakkan tuisyen.

JAWAPAN:

Setakat ini kelas tambahan hanya dijalankan untuk pelajar Tahun 6 sahaja.

Memperbanyakkan aktiviti anak-anak dan ibu bapa

JAWAPAN:

Aktiviti yang melibatkan anak-anak dan ibu bapa ada banyak. Antaranya ialah:
  1. Hari Sukan Tahunan
  2. Hari Jalinan Mesra (2x setahun)
  3. Solat Hajat Perdana (2x setahun)
  4. Majlis Permuafakatan Tahun 6

Ibrahim Bin Mubadil

9.
Guru Gantian (relief) juga perlu mengajar

Shathest

JAWAPAN:

Guru ganti juga mengajar dengan menggunakan buku/lembaran kerja.

10.
Mengadakan kelas tambahan bagi pelajar tahap 2 (4,5 & 6) dua minggu sekali dengan kadar bayaran tertentu.

Mohd Helmi b. Ngadiman

JAWAPAN:
  • Setakat ini, kelas tambahan diadakan untuk murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR.
  • Untuk tahun yang lain, akan dibincangkan bersama PIBG.

11.
Memanjangkan waktu rehat untuk anak-anak dan guru-guru contohnya ada peluang untuk solat Dhuha.

Mohd Helmi b. Ngadiman

JAWAPAN:

Waktu rehat memang ramai pelajar yang menunaikan solat sunat dhuha. Waktu pdpc juga dibenarkan murid ke surau untuk menunaikan solat dengan memohon kebenaran daripada guru.

12.
Mohon guru-guru menggunakan buku komunikasi dengan sepenuhnya bagi mengelakkan kekeliruan dalam penyampaian mesej.

Fatimah Noraziah Mohamad

JAWAPAN:

Buku komunikasi memang digunakan.

13.
Kenapa setiap tahun beli  buku anak sekolah mesti ada paksaan, kena beli semua buku ikut senarai sedangkan buku tu murid dah ada.

Mohd Khairul Riezza

JAWAPAN:

Buku tulis dan buku kerja memang wajib dibeli bagi setiap tahun. Buku tambahan yang tidak perlu dibeli.

14.
Waktu balik murid sesi petang dapat diawalkan sedikit supaya murid dapat pulang sebelum cuaca gelap.

Muhd Muhsin B Azmi

JAWAPAN:

Tertakluk dengan peraturan masa yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

15.
Menyediakan buku komunikasi walaupun anak di tahap 2, segala arahan dan pesanan daripada guru seperti murid perlu membeli buku di luar sekiranya kedai buku sekolah telah kehabisan stok direkodkan ke dalam buku komunikasi dan bukan hanya memberi hukuman kepada murid sahaja.

Nurul Huda Bt Abdul Malek

JAWAPAN:

Akan diingatkan semula tentang penggunaan Buku Komunikasi.



B.  HAL EHWAL MURID

Bil
Usul
1.
Saya mencadangkan sekolah menyediakan loker untuk disewa di sekolah. Ini adalah kerana berat beg sekolah yang agak membebankan murid terutama murid yang berada di kelas tingkat atas.

Norhazana Tul-ilmiah binti Nawai

JAWAPAN:

Locker tiada tempat.

2.

3.
Memperbaiki tandas

Memperbaiki kelas bocor

Visalachy a/p Mahandiran

JAWAPAN:

Kita sentiasa memperbaiki tandas dan kelas yang bocor. Sekiranya ada sumbangan daripada pihak ibubapa adalah digalakkan.

4.
Mencadangkan kepada guru disiplin supaya membuat pemeriksaan beg-beg sekolah murid agar dapat mencegah perkara-perkara yang tidak diingini berlaku seperti adanya barang permainan, telefon, serta barang kemas atau barang-barang yang dilarang bawa ke sekolah.

Jamaludin Rahmat

JAWAPAN:

Pemeriksaan memang selalu diadakan oleh Lembaga Disiplin sekolah.

5.
Isu beg  berat minta sumbangan atau peruntukan untuk menyediakan kabinet buku di setiap kelas.

Syamsul Anuar

JAWAPAN:

Rak-rak buku ada disediakan di dalam setiap kelas.

6.
Buku aktiviti yang rosak tidak perlu diberikan kepada murid, kerana ibu bapa terpaksa menggantikan buku baru kepada murid disebabkan sukar untuk belajar.

Mohd Helmi b. Ngadiman

JAWAPAN:

Buku aktiviti semuanya adalah buku yang baru. Sekiranya buku teks rosak, boleh berhubung dengan guru kelas untuk membuat pertukaran buku.



C.  KOKURIKULUM


Bil
Usul
1.
Menyediakan aktiviti memanah untuk pelajar dan membuka penyertaannya kepada pihak luar.

                                                                                          Anan Zuli

JAWAPAN:

Pada tahun 2017 pernah dibuat klinik memanah namun tiada sambutan disebabkan oleh kos peralatan memanah yang mahal.

2.
Guru-guru Pendidikan Jasmani perlu mengambil inisiatif untuk mengajar dan melatih pelajar dalam sukan tertentu.

Shathest

JAWAPAN:

Guru Pendidikan Jasmani tertakluk kepada sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ketika mengajar Pendidikan Jasmani dan sukan.

3.
Perbanyakkan aktiviti psychomotor

Ahmad Sufarry b. Mohamad

JAWAPAN:

Banyak aktiviti psychomotor dalam waktu Pendidikan Jamani dan Kokurikulum.

4.
Kenapa setiap tahun baju pendidikan jasmani dan baju sukan akan naik harga?

Mohd Khairul Riezza

JAWAPAN:

Tertakluk kepada harga pasaran.

5.
Mewujudkan aktiviti  kokurikulum permaian catur atau memanah untuk menambah kepelbagaian permainan selain daripada kriket dan bola sepak.

Siti Maria Ulfeh Bt Abd Salam

JAWAPAN:

Catur memang ada dibuat. Sekiranya ada ibubapa yang mempunyai kemahiran dan sukarela untuk mengajar adalah digalakkan.



D.  KANTIN


Bil
Usul
1.
Kantin kurang bersih dan diharap perangkap lalat dapat disediakan.

Muamar bin Gumong

JAWAPAN:
  • Pengusaha kantin akan meningkatkan tahap kebersihan kantin tentang sampah. 
  • Perangkap lalat telah disediakan dan akan ditambah.

2.


Menjaga kebersihan kantin.

Rafidah

JAWAPAN:

Pengusaha kantin sentiasa diingatkan agar meningkatkan tahap kebersihan kantin. Guru-guru dan AJK Kantin sentiasa memantau dengan menggunakan Borang Pemantauan Kendiri Harian.

3.
Mohon kontraktor  sekolah untuk lebih mengutamakan aspek kebersihan cara penyajian atau pengendalian makanan.

                                                                            Muhamad Rizal bin Baharudin

JAWAPAN:

Pengusaha kantin memang mengikut cara penyediaan makanan yang betul. Contohnya seperti penggunaan sarung tangan, penyepit dan makanan ditutup sebaik sahaja dihidangkan dan dibuka apabila murid rehat.

4.
Makanan di kantin sering berbau seperti nasi goreng berbau seakan basi.

                                                                                         Asyrul Syah  Ismail

JAWAPAN:
  • Pengusaha kantin sentiasa memantau dan merasa dahulu makanan sebelum dihidangkan. Biasanya, nasi goreng, nasi akan dimasak pada waktu pagi hari berkenaan bukannya sehari sebelum. 
  • Kemungkinan, sayur menyebabkan nasi seakan berbau.
  • Sekiranya betul nasi yang dimasak basi, boleh merujuk terus kepada guru atau pengusaha kantin.

5.
Makanan di kantin mahal dan berbau seperti basi.

                                                                                              Rozita Hassan

JAWAPAN:

  • Harga makanan di kantin tidak mahall.
  • Harga makanan di kantin tidak mahal.
  • Buah-buahan, kuih muih berharga RM1.
  • Nasi campur dan ikan berharga RM3.
  • Nasi lemak, nasi ayam berharga RM2.

6.
Kurangkan kepedasan dalam makanan murid.

Salina binti Abdullah

JAWAPAN:

Pedas mungkin sambal ikan tetapi sekarang sambal ikan keli menggunakan sambal nasi lemak bagi mengurangkan tahap kepedasan sambal itu.

7.
Makanan di kantin agak mahal dan perlu ada pemantauan dari pihak sekolah.

Faizal b. Nurlis

JAWAPAN:

Pemantauan dari pihak sekolah sentiasa dilakukan.

8.
Kawal penjualan makanan ringan seperti nabati dan sebagainya di kantin.

Fatimah Noraziah Mohamad

JAWAPAN:

Tiada penjualan makanan ringan seperti “Nabati”. Biasanya “Nabati” diberikan kepada PPKI setiap Jumaat (sedekah).

9.
“Boleh tak pihak sekolah pantau makanan yang dijual di kantin bagi memastikan makanan yang dibenarkan mengikut piawaian yang dibenarkan sahaja dijual “

Yusrina Mohd Ariffin

JAWAPAN:

  • Sentiasa dipantau oleh pihak sekolah, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Majlis Perbandaran Sepang (MPS).
  • Kantin sekolah kerap mendapat gred A yang menunjukkan kepada tahap kualiti yang terbaik.

10.
Pelbagaikan makanan yang dijual di sekolah.

Mohd Khairul Riezza

JAWAPAN:

Memang menu pelbagai disediakan oleh pihak pengusaha kantin.

11.
Wujudkan pelbagai menu yang lebih berkhasiat di kantin sekolah yang turut mampu dibeli oleh murid.

Siti Roziana Alips

JAWAPAN:

Pelbagai menu ada dijual di kantin seperti spaghetti, laksa, bubur, nasi lemak, mee goreng, kue teaw, chicken chop (ayam sahaja), kentang goreng, Coco Crunch, Cornflakes, honey Stars dan pelbagai lagi. Manakala ayam menggunakan ayam segar yang dipotong pada hari tersebut.

12.
Pantau makanan yang dijual di kantin contoh maggi sepatutnya tidak boleh dijual.

Nurul Afiqah Bt Adnan

JAWAPAN:

  • Sebenarnya, bukan Maggie yang digunakan, sebaliknya adalah mee kering yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Biasanya mee kering dijadikan menu mee goreng/sup.
  • Tiada serbuk Maggie yang digunakan dalam penyediaan makanan.
13.
Semoga dapat dipertingkatkan lagi tentang makanan yang sihat dan sentiasa mementingkan kebersihan makanan di kantin sekolah.

Hasmih Bt Husain

JAWAPAN:

Sentiasa dipantau dan diberi perhatian khas.



E.  PPKI



Bil
Usul
1.
Penambahan kelas agar murid-murid PPKI dapat belajar dengan selesa.

Wan Roslizan Bin Othman
JAWAPAN:
  • Tidak ada peruntukan dan tiada bilik darjah yang lain.
  • Tertakluk kepada Waran ABM – bilangan kelas yang telah ditetapkan. 

2.
Menambah baik pulih kelas. Contohnya, ibu bapa boleh menyumbang untuk keceriaan kelas PPKI.

Marina Binti Mahfodz

JAWAPAN:

Sangat dialu-alukan bagi ibubapa yang ingin menyumbang untuk keceriaan kelas PPKI.

3.
Menambah perbelanjaan untuk kelas PPKI.

Fazidahtul Akmal Binti Abdul Kadir

JAWAPAN:

PPKI memerlukan perbelanjaan yang banyak cuma kewangan kurang mencukupi.
































F.   LAIN-LAIN

Bil
Usul
1.
Kalau boleh kita nak nombor telefon guru kelas anak-anak senang nak bagi update kepada cikgu dalam ‘Whatsapps’ tentang kehadiran dan lain-lain.

Norman Joseph

JAWAPAN:

Terpulang kepada guru kelas.

2.


Meminta agar pihak sekolah membuka pagar belakang berhampiran Dahlia Apartment bagi kemudahan buat anak-anak yang berjalan kaki dan menaiki basikal. Usul ini telah diminta setiap tahun tapi masih tiada apa-apa perubahan.

Halijah binti Osman

JAWAPAN:
  • Tidak cukup bilangan pengawal keselamatan untuk mengawal murid di pintu pagar berhampiran Dahlia Apartment.
  •  Pintu pagar tersebut tidak dibuka demi menjamin keselamatan murid.

3.
Murid-murid boleh belajar dengan baik dan sekolah terjaga.

Nur Bariah binti Hamdan

JAWAPAN:

Sentiasa dititikberatkan. Banyak peraturan yang melingkungi keselamatan murid dan warga sekolah.

4.
Ibu yang berbangsa Cina diharap dapat memelihara aurat sewaktu datang ke sekolah. Pihak sekolah boleh menyediakan jubah sekiranya ingin memasuki kawasan sekolah sekiranya pakaian kurang sopan.

Wan Roslizan Bin Othman

JAWAPAN:

Setakat ini tiada masalah.

5.
Cadangkan longkang di luar sekolah ditutup dengan baik. Tayar kereta saya pernah masuk ke longkang yang telah rosak penutupnya.

Chong Foo Meng

JAWAPAN:

PIBG akan membawa usul ini kepada pihak Majlis Perbandaran Sepang (MPS) dan pihak sekolah telah menghantar surat kepada YDP Majlis Perbandaran Sepang (MPS).

6.
Saya mohon untuk pihak sekolah membuat aduan kepada pihak berkuasa untuk menutup dan membersih saluran longkang dan parit di kawasan sekolah. Saluran paip bertakung dan penuh dengan najis menyebabkan nyamuk membiak. Parit besar yang tidak ditutup berbahaya untuk murid-murid.

Ummi Kalthom Binti Zainudin

JAWAPAN:

Akan dipanjangkan kepada Majlis Perbandaran Sepang (MPS).

7.
Mohon untuk lebih berhati-hati dengan penggunaan Bahasa Inggeris pada kain rentang yang digantung di pagar sekolah. Penggunaan “grammar” tidak betul.                                                                                   
                                                               Muhamad Rizal bin Baharudin

JAWAPAN:
  • Banner yang disediakan oleh pihak sekolah semuanya dalam Bahasa Melayu.
  • Sekiranya ada berbahasa Inggeris, kemungkinan besar dari pihak luar.

8.






9.








10.





11.
Mohon diadakan kutipan bayaran keceriaan sekolah RM10 setiap murid/setahun. 

JAWAPAN:

Akan dibincangkan dengan PIBG.                       
                                        
Diadakan gotong-royong keceriaan kebersihan setiap enam bulan sekali melibatkan ibu bapa dan anak-anak.   

JAWAPAN:

Akan dibincangkan dan diusahakan dengan PIBG.     
                                                            
Mohon borang usul Mesyuarat Agung PIBG diadakan secara online.  

JAWAPAN:

Akan dilaksanakan, In Syaa Allah.       
                                                        
Mohon kuatkuasa denda RM1 bagi murid-murid yang telah merosakkan buku semasa proses pemulangan.

JAWAPAN:

Akan dipertimbangkan.
                                                                             Siti Hasrah bt Hasan

12.
Mohon parkir basikal yang berbumbung.

                                                                   Mohd Nornikman Abd Rahman

JAWAPAN:

Pihak sekolah tiada dana. Sekiranya ada pihak yang ingin memberi sumbangan adalah sangat dialu-alukan.

13.
Mohon aktiviti solat hajat diadakan selalu untuk mengeratkan hubungan ibu bapa, guru dan murid.

                                                             Ahmad Faizol Che Md @ Hashim

JAWAPAN:

Solat Hajat Perdana dijalankan sebanyak 2x setahun bagi Tahun 6 yang akan menduduki UPSR.

14.
Kawal penjualan alat tulis/ peralatan yang tidak perlu di kedai buku agar murid- murid tidak menghabiskan duit belanja makan untuk membeli barang- barang yang tidak perlu.
Salina binti Abdullah

JAWAPAN:

Sentiasa dipantau.

15.







16.
Buat Whatssapp group untuk kelas.

JAWAPAN:

Terpulang kepada guru kelas masing-masing.

Yuran PIBG RM100 untuk seorang murid.

JAWAPAN:

Pihak sekolah berbesar hati jika kutipan bayaran PIBG sebanyak RM100. Namun, bayaran RM50 pun masih ramai ibubapa/penjaga yang tidak membayar.

Nasridi Yahaya

17.
Meletak kon di pagar B kerana terlalu susah untuk murid- murid keluar.

Jalina binti Jantan

JAWAPAN:

Kon telah diletakkan tetapi telah dialih daripada kedudukannya. Pihak sekolah sangat mengalu-alukan sumbangan kon dari ibu bapa.

18.
Perlu ada kawasan melintas di hadapan Pintu Pagar B dan anggota RELA untuk mengawal lalulintas.

Shathest

JAWAPAN:

Anggota RELA yang mengawal lalulintas memerlukan kos bayaran dan pihak sekolah tiada penajaan bagi menampung kos tersebut.

19.
Perlu adakan tempat letak basikal berbumbung.

Mohd Nor Nik Man

JAWAPAN:

Tiada dana.

20.
Masalah penjaja meletakkan kenderaan di tempat ibu bapa yang menunggu.

Faizal b. Nurlis

JAWAPAN:
  • Telah diberitahu sebaliknya Guru Besar telah ditengking oleh penjaja. 
  • Aduan telah dibuat kepada Majlis Perbandaran Sepang (MPS). Ibu bapa juga boleh mengambil tindakan untuk memberitahu kepada penjaja itu sendiri tentang larangan meletakkan kenderaan di tempat ibu bapa yang menunggu.

21.
Terlalu ramai penjaja yang berniaga di luar kawasan sekolah.

Faizal b. Nurlis

JAWAPAN:
  • Telah diberitahu berkali-kali tetapi masih sama. Minta kerjasama ibubapa untuk nasihatkan anak anda supaya tidak membeli makanan di luar.
  •  Aduan kepada Majlis Perbandaran Sepang (MPS) juga telah dibuat.

22.
Ibu bapa tidak boleh parking depan pintu pagar A semasa menghantar anak kerana ia menghalang lalu lintas cikgu yang ingin masuk dan keluar.

Mohd Farulafian b. Amin

JAWAPAN:

Seringkali diberitahu tetapi tidak diendahkan oleh ibubapa yang mempunyai kesedaran sivik yang rendah.

23.
Mohon lebih info dari pihak sekolah.

Siti Rohayu Bt Shahrin

JAWAPAN:
  • Boleh mendapatkan maklumat daripada blog sekolah dan Sync.
  • Surat edaran juga selalu dikeluarkan dari semasa ke semasa.

24.
Menutup penutup longkang di luar sekolah bagi mengelakkan kemalangan kepada murid-murid.

Zulhilmi B Husin

JAWAPAN:

Surat telah dihantar ke Majlis Perbandaran Sepang (MPS).

25.
Wujudkan pengawal yang menjaga lalu lintas di luar pintu “B” kerana terlalu banyak kenderaan dan ibu bapa tidak menghiraukan keselamatan anak-anak yang belajar atau keluar dari pintu B. Jika pengawal tidak mencukupi Biro keselamatan PIBG sekolah boleh mengambil inisiatif untuk membantu pihak sekolah.

Mohd Fadli  Azhar Ibrahim

JAWAPAN:

Pengawal keselamatan sekolah tidak mampu mengawal murid dan ibubapa yang ramai. Diharap semua memberi kerjasama dan bersabar terutamanya di waktu puncak.

26.
Kurangkan jualan mainan di kedai buku.

Nurul Fatehah

JAWAPAN:

Sentiasa dipantau.

27.
Kawal penjualan ‘junk food ‘ oleh peniaga di luar sekolah.

Siti Roziana Alips

JAWAPAN:
  • Mohon kerjasama dari pihak ibubapa untuk menegur penjaja.
  • Ingatkan anak-anak supaya tidak membeli.
  • Surat telah dihantar ke Majlis Perbandaran Sepang (MPS).

28.
Mohon setiap guru kelas mewujudkan group “whatsapp” untuk memudahkan ibubapa mendapatkan maklumat.

Norashikin Bt Mohd Kassim

JAWAPAN:

Terpulang kepada guru kelas.

29.
Penambahbaikan tempat parking di pintu A, kawasan berlumpur apabila hujan.

Rahimah Ahmad Akhirudin

JAWAPAN:

Di bawah tanggungjawab Majlis Perbandaran Sepang (MPS).

30.
Mempertingkatkan kawalan keselamatan di tempat pelajar keluar masuk di Pagar B terutama waktu puncak.

Shahrizal bin Norwawi

JAWAPAN:

Pengawal keselamatan dan guru bertugas juga sentiasa memastikan keadaan selamat pada waktu puncak.

31.
Melarang meniaga di luar kerana ia boleh menyakitkan badan kita contoh gula, air manis.

Rafidah

JAWAPAN:

Pihak sekolah selalu menegur penjaja yang menjaja di luar sekolah tetapi tidak diendahkan. Surat telah dibuat kepada pihak Majlis Perbandaran Sepang (MPS) untuk tindakan.