Saturday, January 27, 2018

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-14 / 2018

Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Taman Putra Perdana Kali Ke-14, yang berlangsung pada 27 Januari 2018 berjalan lancar mengikut agenda yang telah ditetapkan. Seawal jam 7.00 pagi, para ibubapa dan guru telah mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran dan seterusnya memenuhi ruang di Dewan Perdana, iaitu tempat berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa oleh Ustaz Mustafid, diikuti ucapan alu-aluan oleh Guru Besar SKTPP, Pn. Hajjah Rohaidah bt Mohd Ali, ucapan oleh YDP PIBG, Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian dan seterusnya ucapan perasmian oleh Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Sepang, Tuan Haji Arbain Bin Pinni.


Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar SKTPP,
 Pn. Hajjah Rohaidah bt Mohd Ali
Ucapan oleh YDP PIBG 2017/2018,
Tn Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian

Ucapan Perasmian oleh Tuan Haji Arbain Bin Pinni,
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Sepang.
Ketika berlangsungnya majlis ini, pihak sekolah serta PIBG juga telah berbesar hati menyampaikan hadiah kepada sebelas orang bekas murid sekolah ini yang telah berjaya mendapat keputusan 6A dalam peperiksaan UPSR tahun 2017 yang lalu. Berikut adalah senarai nama murid yang menerima Anugerah Kecemerlangan 6A, 2017 :

Senarai Penerima Anugerah Kecemerlangan 6 A 2017 :

Amirah Syazana Binti Samsuri
Amir Hareez Bin Hasby
Aryssa Binti Iskandar Hadi
Danish Akhtar Ameir Bin Amirul Razwan
Balqis Syazwina Binti Hisyam
Fateen Zulaikha Binti Hazli
Izzat Alajendro Bin Sani
Hanis Syafiqah Binti Mohd Rashidi
Hurin Batrisyia Amani Binti Ahmad Junaidi Doinil Jalalaini
Imran Arif Bin Mokhtar
Muhammad Zahrilsafwan Bin Mohamad Zahir

Antara Penerima Hadiah Kecemerlangan 6 A 2017

Majlis turut diselangi dengan acara "cabutan bertuah" dan persembahan "Hakka" oleh murid-murid Tahun 6.

Antara tetamu yang "bertuah"

Sebahagian aksi "Hakka" yang dipersembahkan

Selepas rehat, Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-14 dibuka dengan ucapan ringkas oleh YDP PIBG, diikuti dengan pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat yang lalu, Penyata Tahunan dan Penyata Kewangan.

Seterusnya YDP PIBG membubarkan AJK PIBG 2017/2018 dan melantik Pengerusi Sementara untuk mengendalikan pemilihan AJK PIBG 2018/2019. Majlis bersetuju melantik PK Kokurikulum; En. Shahrizal bin Ya'am sebagai Pengerusi Sementara. Setelah pemilihan dibuat, AJK PIBG 2018/2019 mengambil tempat di hadapan untuk sesi membentang dan membahaskan usul.

Perlantikan AJK Tertinggi untuk sesi 2018/2019 adalah seperti berikut :

Penasihat                                : Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali
Yang Dipertua                        : Tuan Haji Khairul Azhar Bin Mohammad Suffian
Yang Naib Dipertua               : Encik Ibrahim Bin Rahman
Setiausaha                              : Puan Norbaizura Binti Nordin
Naib Setiausaha                     : Cik Syahirah Binti Tumar
Bendahari                               : Puan Maimunah Binti Yob
Naib Bendahari                      : Puan Azwani Binti Mohamed Noordin @ Noordin
Ahli Jawatankuasa (Ibu Bapa) :
1. Encik Wan Mailmuyuddin Bin Wan Mahmud
2. Puan Rahimah Binti  Ahmad Akhirudin
3. Puan Nalini A/P Venugopal
4. Puan Norzanalia Binti Saadun
5. Puan Rafidah Binti Othman
6. Tuan Haji Mohamad Rahmat Bin Sahman
Ahli Jawatankuasa (Guru) :
1. Encik Muhammad Afiq Bin Azli
2. Encik Mohd Izwan Bin Mohd Jowahar
3. Encik Hariz Safwan Bin Yaacob
4. Cik Roslinda Binti Mansor
5. Puan Nor Arzah Binti Hussin
Juru Audit (Ibu Bapa) : Puan Normawati Binti Saad
Juru Audit (Guru)      : Puan Arjunawati Binti Ahmad Nuze

Barisan AJK Tertinggi PIBG 2018/2019

Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru kali ke-14 yang dihadiri oleh ibu bapa/penjaga serta guru-guru SK Taman Putra Perdana ini diharap dapat menjadi jambatan penghubung  dan pengerat silaturrahim antara ibubapa/penjaga dengan guru-guru. Menjadi medan bertukar pendapat dan pandangan dan menjadi wadah penyelesaian masalah. Diharapkan cetusan idea dan pendapat ini dapat membantu meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah.



Mesyuarat PIBG SKTPP kali Ke-14 ini ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh:
Nor Azian bt Ahmad
Norhana bt Nordin