Saturday, January 30, 2016

Mesyuarat Agung PIBG Ke-12 / 2016

Alhamdulillah selesai sudah Mesyuarat Agung Tahunan PIBG buat kali ke-12. Tahniah kepada Tn. Hj. Khairul Azhar bin Mohammad Suffian yang terlantik semula ke jawatan Yang Dipertua (YDP) PIBG. Demikian juga YM Tengku Norsyawaluddin telah terpilih semula sebagai Naib Yang Dipertua (NYDP) PIBG. Semoga komitmen tuan-tuan sepanjang tahun lepas dapat diteruskan lagi pada tahun ini demi kebajikan anak-anak murid.
   Kepada AJK baru dan lama yang dilantik semoga dapat membantu sekolah dalam segala bidang - kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum, pengurusan, fizikal dan lain-lain lagi. Sesungguhnya kolaborasi antara PIBG dan sekolah selama ini sangat mantap di mana banyak kejayaan telah diraih dan program pembangunan telah dilakukan. Justeru diharapkan semoga AJK sesi kali ini dapat meneruskan legasi tersebut bahkan kalau boleh lebih cemerlang lagi. Insya Allah..

Terima kasih buat Tn. Hj. Helmy b. Arshad yang telah merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SKTPP

Sebahagian ibu bapa yang hadir

Hadiah cabutan bertuah juga disediakan

Pemilihan dilakukan secara undian

Tahniah kepada barisan AJK PIBG sesi 2016 - 2017

(Lagi laporan AGM PIBG dalam blog SKTPP di sini)

Wednesday, January 27, 2016

Mesyuarat Wakaf Surau Bil. 6

Mesyuarat wakaf surau kali ini telah mengenal pasti dan membincangkan pelbagai masalah berkaitan kaedah pembinaan. Wang terkumpul setakat ini yang berjumlah RM40,602.41 dipersetujui oleh ahli mesyuarat untuk digunakan bagi membayar kos-kos tersebut. Meskipun perjalanan projek agak perlahan namun ia ternyata sangat positif dan kutipan kian bertambah. Terima kasih buat para penderma. Semoga ibu bapa / penjaga akan terus memberi sumbangan dan memanjangkan permohonan sumbangan melalui badan-badan korporat. Syukran...







En. Muzi selaku Pengerusi Pembinaan Surau memberi penjelasan kepada ahli mesyuarat

Thursday, January 21, 2016

Jemputan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG

Ibu bapa / Penjaga,
Murid-murid SK Taman Putra Perdana.

Tuan/puan dijemput  ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SKTPP kali ke-12 / 2016 yang akan diadakan pada :

Tarikh    : 30 Januari 2016 (Sabtu)
Masa    : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Perdana SKTPP

Sebarang usul dan cadangan yang ingin dibentangkan ke Mesyuarat Agung Tahunan dan jawapan kehadiran hendaklah dihantar kepada Setiausaha PIBG dengan segera. Kehadiran dan kerjasama tuan / puan amat dihargai dan ducapkan ribuan terima kasih.

Wednesday, January 13, 2016

Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke-6

Menjelang Mesyuarat Agung Tahunan PIBG yang akan diadakan pada 30 Januari 2016 nanti, mesyuarat terakhir AJK telah diadakan pada 12 Januari 2016 jam 8.30 malam. Kebetulan siang tadi sekolah dilanda ribut menyebabkan banyak bumbung rosak dan tercabut, ahli mesyuarat turut membincangkan hal musibah tersebut.
   Di tengah-tengah mesyuarat, YDP mendapat panggilan bahawa YB Shahrum ADUN Dengkil telah tiba di sekolah melihat kawasan yang dilanda ribut. Pokok yang tumbang di luar pagar sekolah telah dipotong oleh skuad YB. Terima kasih banyak buat YB yang sangat prihatin segera turun padang melawat sekolah kami termasuk rumah-rumah kejiranan di Taman Putra Perdana ini yang dilanda bencana alam tersebut. Kehadiran YB sesungguhnya amat berkesan di hati kami. Semoga YB diberi kesihatan yang berpanjangan untuk berbakti kepada penduduk di sini.



Mesyuarat AJK PIBG kali ke-6

Melihat pokok tumbang



AJK PIBG berhenti mesyuarat sebentar untuk mengiringi YB Shahrum melawat bilik-bilik darjah yang terjejas oleh ribut

Tuesday, January 12, 2016

Pelancaran Tabung Wakaf Surau

Guru Besar telah melancarkan tabung wakaf surau. 2 buah tabung telah dipasangkan di sebelah kedai buku dan kantin sekolah. Tabung-tabung bergerak akan diletakkan di surau dan masjid yang dipohon nanti. Semoga anak-anak murid, guru, staf, ibu bapa dan tetamu-tetamu sekolah akan terbuka hati untuk menyumbang untuk projek wakaf surau kami. Hanya Allah jua yang akan membalas budi baik kalian...





Pelancaran tabung wakaf surau sesi pagi



Pelancaran sebelah petang