Saturday, June 25, 2022

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-18 Tahun 2022

Pada hari Sabtu, 25 Jun 2022 berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-18 dengan jayanya mengikut agenda yang telah ditetapkan. Mesyuarat Agung Tahunan PIBG pada kali ini masih secara maya seperti tahun sebelumnya ekoran pandemik Covid-19. Dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zurilazman supaya majlis diberkati dan berjalan lancar dan diikuti dengan tayangan multimedia berkaitan aktiviti dan program yang dianjurkan PIBG bersama pihak sekolah untuk tahun 2022.


    Seterusnya diikuti ucapan alu-aluan oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali selaku Guru Besar SK Taman Putra Perdana. Di dalam ucapannya, Puan Hajah Rohaidah mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan ibubapa dan penjaga kerana sudi melapangkan masa untuk turut sama-sama menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-18 secara dalam talian iaitu melalui medium google meet. Beliau turut memberi penerangan ringkas berkenaaan ‘Catch Up Plan’ (CUP). Ia merupakan usaha kerajaan untuk menangani isu pelajar cicir dalam pelajaran sepanjang sesi PdPR iaitu dengan melaksanakan "catch up plan" bagi merapatkan semula jurang pembelajaran yang dicipta semasa sesi persekolahan jarak jauh dilakukan. 

    Selain itu beliau menerangkan pihak KPM mengambil serius berkaitan isu beg berat dalam kalangan murid sekolah rendah. Justeru bagi menyelesaikan masalah tersebut pihak sekolah telah menyusun jadual anjal iaitu sususan semula jadual waktu antara 3 hingga 4 mata pelajaran setiap hari.   Puan Hajah Rohaidah juga memaklumkan kepada hadirin beberapa kejayaan yang telah dikecapi oleh sekolah dalam bidang Hal Ehwal Murid (HEM), antaranya; 
  1. Johan Pertandingan Bilik Sumber Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) negeri Selangor (2016). 
  2. Penarafan 5 Bintang Pertandingan Bilik Sumber Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) peringkat Kebangsaan (2017)
  3. Johan Anugerah Pengurusan Disiplin Cemerlang Negeri Selangor (2020) 
  4. Tempat ke-3 Anugerah Pengurusan Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks peringkat negeri Selangor.
  5. Wakil daerah bagi kategori Laluan atau Lorong Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) peringkat negeri Selangor (2022).
    Pihak sekolah dan PIBG mengalu-alukan sumbangan dari orang ramai bagi menjayakan aktiviti yang telah dirancang. Ucapan syabas dan tahniah kepada AJK PIBG yang bakal dilantik. Beliau juga memberi nasihat agar semua AJK melaksanakan tugas dengan ikhlas dan bertanggungjawab demi kecemerlangan anak murid di SKTPP. 

    Seterusnya Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian selaku Yang Dipertua (YDP) PIBG memulakan ucapan beliau dengan mengucapkan tahniah kepada AJK dan guru kerana berjaya menjayakan majlis PIBG serta ibu bapa yang dapat hadir mesyuarat melalui atas talian. Beliau berharap semua ibu bapa dapat bersama-sama sehingga akhir mesyuarat. Sekiranya terdapat cadangan berkaitan pembangunan murid di sekolah, boleh datang berbincang dengan tatacara yang betul dengan pihak sekolah. Beliau juga mengingatkan kepada ibu bapa supaya menunjukkan sikap positif kepada anak-anak kerana ibu bapa merupakan idola kepada anak-anak. Ibu bapa juga perlu terus bekerjasama dan menjalinkan hubungan baik dengan pihak sekolah dan guru-guru demi mencapai kecemerlangan anak-anak dan mendapatkan ilmu yang berkat. 

    Bagi ucapan perasmian, Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian memaklumkan bahawa YB Tuan Adhif Syan bin Abdullah (ADUN Dengkil) tidak dapat bersama kerana mengiringi Menteri Besar Selangor. Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian juga memaklumkan bahawa YB Tuan Adhif Syan bin Abdullah akan menyumbang sumbangan sebanyak RM5000 kepada PIBG SKTPP untuk menampung perbelanjaan segala program. Beliau seterusnya mewakili YB Tuan Adhif Syan bin Abdullah (ADUN Dengkil) merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan.

    Majlis diteruskan dengan paparan tayangan video penyampaian sijil penghargaan dan cenderamata kepada barisan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2021/2022. Majlis merakamkan tahniah dan berterima kasih kepada barisan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2021/2022 atas segala jasa dan bakti samada secara langsung atau tidak langsung. 

    Usai paparan tayangan video penyampaian sijil penghargaan dan cenderamata kepada barisan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2021/2022, majlis diteruskan dengan acara kemuncak iaitu Mesyuarat Agung Tahunan PIBG sesi 2022. Mesyuarat dimulakan dengan pelantikan Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali (Guru Besar) selaku Pengerusi Sementara selepas Ahli Jawatankuasa (AJK) PIBG bagi tahun 2021/2022 dibubarkan. 

    Seterusnya diteruskan dengan sesi pemilihan Ahli Jawatankuasa yang baharu. Tatacara ini telah dipersetujui dan dibuka undian kepada semua untuk klik salah satu tatacara pemilihan AJK PIBG bagi sesi 2022/2023. Majlis sebulat suara (pengundian secara poll) mengekalkan AJK 2021/2022 untuk sesi 2022/2023 dengan beberapa orang AJK baru mengisi kekosongan setelah ada AJK 2021/2022 menolak untuk menjadi AJK. 

    Berikut adalah barisan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2022/2023: 

Penasihat: Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali 
Yang Dipertua: Tuan Haji Khairul Azhar bin Muhammad Suffian 
Naib Yang Dipertua: Puan Normawati binti Saad 
Setiausaha Kehormat: Puan Norbaizura binti Nordin 
Naib Setiausaha Kehormat: Cik Syahirah binti Tumar 
Bendahari Kehormat: Puan Azwani binti Mohamed Noordin 
Naib Bendahari Kehormat: Puan Norazian binti Ahmad 

 AJK Ibu bapa: 
  1. Puan Siti Faezah binti Ahmad 
  2. Puan Azura binti Mohamad Zawawi 
  3. Tuan Haji Megat Md. Saleh bin Md. Arshad, PJK, PPB 
  4. Encik Hafiz bin Zainol Shokor 
  5. Encik Kamarul Badlishah bin Kamarulzaman 
  6. Puan Hamidah binti Affendi 

 AJK Guru: 
  1. Encik Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah 
  2. Puan Noor Hanawati Alinda binti Abd Taib Puruji 
  3. Encik Mohd Dzarfan bin Kamar Baharin 
  4. Puan Nor Hanim binti Ismail 
  5. Encik Mohd Hasbullah bin Zainal Abidin 

 Juru Audit
(Ibu bapa): Puan Norazila binti Ab Razak 
(Guru): Puan Zailezah binti Sardi 

 Mari kita saksikan gambar-gambar sepanjang mesyuarat dijalankan, dan persembahan oleh murid-murid SK Taman Putra Perdana...



Barisan Pengacara Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Tahun 2022


Bacaan Doa oleh Ustaz Zurilazman


Ucapan alu-aluan oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali


Ucapan Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian (YDP) PIBG


Penyampaian sijil penghargaan dan cenderamata kepada barisan 

Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2021/2022

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG sesi 2022 bermula

Pembentangan laporan aktiviti oleh Setiausaha; Puan Baizura

Pembentangan kewangan oleh Bendahari; Pn. Azwani

Pembentangan usul dan cadangan

Tatacara pemilihan AJK PIBG bagi sesi 2022


Keputusan undian supaya AJK dikekalkan

Persembahan daripada murid SKTPP

Persembahan daripada murid SKTPP

Di sebalik tabir Mesyuarat Agung PIBG berlangsung....










Disediakan oleh:

Nor Saadah binti Ab Halim

Hastipa binti Mat Daud 

Monday, June 6, 2022

Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-18 Tahun 2022

 

Makluman kepada ibu bapa / penjaga murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana,

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-18 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

 Tarikh    : 25 Jun 2022

 Hari        : Sabtu

 Masa      : 8:30 pagi

 Tempat   : Kediaman masing-masing

 Platform : Aplikasi Google Meet

 Perasmi  : YB Tuan Adhif Syan Bin Abdullah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil

BIL

PERKARA

1.

Ucapan alu-aluan pengerusi majlis

2.

Ucapan pengerusi (Yang Dipertua)

3.

Ucapan penasihat (Guru Besar)

4.

Pembentangan & pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-17

5.

Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG sesi 2020/2021

6.

Pembentangan & Pengesahan Penyata Kewangan yang berakhir 31 Disember 2021

7.

Membahaskan usul dan cadangan

8.

Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022

9.

Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023

a)    Pelantikan pengerusi sementara

b)    Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG (Guru) bagi sesi 2022/2023

i.        Setiausaha Kehormat

ii.        Naib Setiausaha Kehormat

iii.        Bendahari Kehormat

iv.         Naib Bendahari Kehormat

v.         AJK Guru (5 orang daripada kalangan guru  SKTPP)

vi.        Juruaudit  Dalaman (Seorang wakil guru)

c)    Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG (Ibu bapa / penjaga) bagi sesi 2022/2023

i.        Yang Dipertua

ii.       Naib Yang Dipertua

iii.      AJK Ibu Bapa (6 orang daripada kalangan ibu bapa / penjaga)

iv.      Juruaudit  Dalaman (Seorang wakil ibu bapa / penjaga)

10.

Hal-hal lain

11.

Ucapan penangguhan

12.

Majlis bersurai

Disediakan oleh,

Nur Azizati dan Arnny Yusnita

Thursday, December 9, 2021

Penghargaan PPD kepada PIBG SKTPP

Tahniah buat PIBG SKTPP atas penghargaan dari PPD kerana telah mencapai KPI : 50% Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Secara Sukarela Dalam Aktiviti Sekolah Sepanjang Tahun 2020. Tahniah dan terima kasih buat YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar Mohammad Suffian, Naib YDP PIBG; Pn. Normawati, barisan AJK PIBG serta ibu bapa atas usaha dan kegigihan yang dijalin bersama guru-guru selama ini. Semoga PIBG SKTPP terus cemerlang dan menerajui kegemilangan sekolah serta anak-anak kita..



Saturday, October 30, 2021

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-17 Tahun 2021

Buat julung-julung kalinya Mesyuarat Agung Tahunan PIBG telah dijalankan secara maya pada hari Sabtu, 30 Oktober 2021.

    Majlis yang pada mulanya mengalami sedikit perubahan masa akibat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan Taman Putra Perdana, berjalan dengan sangat lancar sehingga ke akhirnya.

    Dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zurilazman supaya majlis diberkati dan berjalan lancar dan diikuti oleh ucapan alu-aluan oleh Puan Hajah Rohaidah selaku guru besar SK Taman Putra Perdana.

     Di dalam ucapannya, Puan Hajah Rohaidah mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa yang berusaha memastikan PdPR berjalan lancar dengan memastikan anak-anak mereka mengikuti kelas mengikut jadual yang telah ditetapkan.  Puan Hajah Rohaidah juga memberitahu aktiviti kokurikulum juga berjaya dilaksanakan secara dalam talian pada setiap hari Sabtu.  Segala pertandingan dan aktiviti yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) juga dapat disertai oleh murid-murid walaupun dalam norma baharu hasil kerjasama ibu bapa dan guru.

    Seterusnya Tuan Haji Khairul Azhar selaku Yang Dipertua (YDP) PIBG memulakan ucapan beliau dengan pengumuman ringkas mengenai keadaan YB Tuan Adhif Syan bin Abdullah (ADUN Dengkil) yang baru sahaja menjalani pembedahan bahu dan tidak dapat hadir merasmikan mesyuarat tahunan ini.  Beliau berharap agar YB Adhif Syan cepat sembuh dan dapat menjalankan tugas seperti biasa.  Tuan Haji Khairul Azhar juga mengucapkan tahniah kepada ibu bapa yang berjaya memastikan PdPR berjalan lancar sepanjang murid-murid berada di rumah.  

     Sedikit ingatan dari YDP PIBG, supaya setiap ibu bapa dapat menyelesaikan sumbangan PIBG supaya setiap aktiviti di sekolah dapat berjalan lancar.  Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua guru SK Taman Putra Perdana kerana berjaya menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG secara maya melalui aplikasi Zoom.  'Walaupun baru pertama kali melakukan mesyuarat ini secara maya, saya amat berpuas hati dengan hasilnya', ujar beliau.  Beliau seterusnya merasmikan mesyuarat.

    Mesyuarat dimulakan dengan pelantikan Encik Shahrizal bin Ya'am (PK Kokurikulum) selaku pengerusi sementara selepas Ahli Jawatankuasa (AJK) PIBG bagi tahun 2020/2021 dibubarkan.  Majlis seterusnya sebulat suara (pengundian secara poll) mengekalkan AJK 2021/2021 untuk sesi 2021/2022 dengan dua orang AJK baru mengisi kekosongan setelah ada AJK 2020/2021 menolak untuk menjadi AJK.

    Berikut adalah barisan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2021/2022:

Yang Dipertua: Tuan Haji Khairul Azhar bin Muhammad Suffian
Naib Yang DiPertua: Puan Normawati binti Saad
Setiausaha Kehormat: Puan Norbaizura binti Nordin
Naib Setiausaha Kehormat: Cik Syahirah binti Tumar
Bendahari: Puan Azwani binti Mohamed Noordin
Naib Bendahari: Puan Norazian binti Ahmad

AJK Ibu bapa:
1. Puan Siti Faezah binti Ahmad
2. Puan Azura binti Mohamad Zawawi
3. Tuan Haji Megat Md. Saleh bin Md. Arshad, PJK, PPB
4. Encik Hafiz bin Zainol Shokor
5. Puan Jayanthe Kandasamy
6. Puan Hamidah binti Affendi

AJK Guru:
1. Puan Roseniza binti Setapa
2. Puan Norhidayu binti Sadri
3. Puan Noor Hayati binti Yusof
4. Encik Mohd Hadri bin AG Idris
5. Encik Ahmad Mustafid bin Mat Sharif

Juru Audit (Ibu bapa): Encik Ibrahim bin Rahman
                  (Guru): Puan Rosmizawati bin Yusub


Mari kita saksikan gambar-gambar sepanjang mesyuarat dijalankan, video korporat dan video-video persembahan oleh murid-murid SK Taman Putra Perdana.

Pengumuman mengenai kelewatan mesyuarat akibat gangguan bekalan elektrik

Bacaan Doa

Ucapan Guru Besar

Ucapan YDP PIBG


Mesyuarat bermula

Pembentangan laporan aktiviti oleh Setiausaha; Puan Baizura

Pembentangan kewangan oleh Bendahari; Pn. Azwani



Pengerusi Majlis 

Keputusan undian supaya AJK dikekalkan


Kru belakang tabir





Di sebalik tabir









Disediakan oleh:

Puan Nor-Azura binti Mustafa
Puan Norazian binti Mat Anuar
Puan Norinna binti Mohamed

AJK Posting blog MAT PIBG Kali Ke-17

Friday, October 29, 2021

Buku Program Digital Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-17 / 2021 SK Taman Putra Perdana

Buku Program Digital Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-17/2021 SK Taman Putra Perdana

Tahun ini julung-julung kalinya Mesyuarat Agung PIBG SKTPP diadakan secara dalam talian ekoran Pandemik COVID-19 yang melanda negara ini dan dunia. Di sini, disertakan Buku Program Digital Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-17 2021 SK Taman Putra Perdana untuk tatapan semua ibu bapa / penjaga. Di dalam buku program ini terdapat semua informasi dan maklumat yang berkaitan dengan barisan AJK, minit mesyuarat agung yang lepas, aktiviti-aktiviti serta program yang telah dijalankan oleh pihak sekolah & PIBG sepanjang tahun 2020 serta laporan kewangan. Bukan itu sahaja, segala usul dan cadangan daripada ibu bapa / penjaga turut dimuatkan di dalam buku program ini bersama-sama dengan jawapan yang telahpun disediakan oleh pihak sekolah.

Ibu bapa/penjaga boleh melihat buku program digital ini melalui pautan yang telah disediakan di bawah:

 http://online.anyflip.com/kmss/wacf/mobile/index.html

Semoga SKTPP akan terus maju dan cemerlang seterusnya mencapai kejayaan yang terbilang hasil kerjasama yang kukuh dan erat antara pihak sekolah serta ibu bapa / penjaga keseluruhannya.

Terima kasih.

Wednesday, October 27, 2021

Video Promo Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SKTPP 2021


Panduan Menghadiri Mesyuarat Agung PIBG SKTPP 2021

  


📝 PANDUAN MENGHADIRI MESYUARAT DALAM TALIAN MAT PIBG SKTPP 2021

Berikut disertakan pautan bagi mengakses panduan untuk menghadiri MAT PIBG 2021 menggunakan aplikasi Zoom sebagai rujukan dan persediaan tuan/puan :

🔗 https://anyflip.com/wxdvd/hzui/