Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana dengan kerjasama
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKTPP telah bersetuju untuk mewujudkan
sistem SMS sekolah. Sistem ini bertujuan sebagai salah satu saluran bagi pihak
sekolah menyampaikan maklumat secara terus ke 'handphone' ibu bapa/penjaga.
Yuran pendaftaran bagi sistem ini adalah sebanyak RM10.00
(sepuluh ringgit) bagi setiap keluarga untuk setahun. Borang pendaftaran
bersama-sama yuran pendaftaran boleh diserahkan melalui guru kelas anak
masing-masing pada atau sebelum 27 Mei 2014 (Selasa). Pengaktifan sistem ini
akan dilakukan pada bulan Jun 2014.
Contoh borang pendaftaran adalah seperti berikut :
No comments:
Post a Comment