Friday, November 27, 2015

Mesyuarat Wakaf Surau Kali Ke-4 / 2015

Sebagai penutup bagi Tahun 2015, AJK Pembinaan Surau SKTPP yang diketuai oleh Project Director (PD); Tn. Hj. Muzi serta YDP; Tn. Hj. Khairul Azhar telah bermesyuarat buat kali terakhir tahun ini yang diadakan di Pusat Sumber Sekolah. Majlis telah membincangkan gerak kerja seterusnya dalam mendapatkan dana tabung wakaf surau. Alhamdulillah kutipan setakat ini ialah hampir RM34,000.00. Ahli mesyuarat dimaklumkan bahawa kerja-kerja pembinaan akan dimulakan apabila kutipan mencapai RM500,000.00. Justeru usaha yang lebih mantap perlu dilakukan bagi merancakkan lagi kutipan wakaf surau tersebut.
   Antara langkah yang akan diambil dan diteruskan lagi ialah menyediakan tabung yang lebih banyak lagi kukuh, menyusul pihak-pihak yang telah menerima surat permohonan sumbangan seperti Pusat Zakat Selangor, Baitulmal, Wakaf Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan  Agama Islam Selangor (JAIS) dan lain-lain lagi. YDP PIBG dan PD akan membuat susulan kepada pihak Majlis Perbandaran Sepang (MPS) untuk urusan konsultan, pelan dan sebagainya untuk tujuan permohonan pelepasan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Semoga segala urusan ini akan dipermudahkan oleh Allah SWT...



Monday, November 16, 2015

Konvensyen PIBG 1Selangor

Guru Besar dan YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar telah mendapat jemputan untuk menghadiri Konvensyen PIBG 1 Selangor pada 13 - 15 November 2015 di Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek, Negeri Sembilan. YDP tak dapat hadir kerana ada urusan. Guru Besar pula hanya dapat melapor diri pada sebelah malam hari ke-2. Namun banyak input telah diperolehi daripada konvensyen tersebut. Semoga konvensyen ini dapat memantapkan lagi PIBG sekolah-sekolah dan seterusnya membantu pihak sekolah dan murid-murid dalam segenap bidang pendidikan dan pembangunan sekolah...





































Wednesday, November 4, 2015

Mesyuarat AJK PIBG ke-6/2015

Mesyuarat AJK PIBG terakhir tahun ini telah diadakan pada sebelah malam. Semoga segala perancangan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin hasil permuafakatan ibu bapa dan guru. Terima kasih buat semua pentadbir dan  AJK yang hadir. Mohon maaf atas segala keterlanjuran kata dan tingkahlaku sepanjang tahun ini. Semoga sekolah kita akan semakin maju hasil kerjasama semua.





Perancangan Mesyuarat Agung PIBG tahun depan  pada 30 Januari 2016 (Sabtu).

Sunday, October 25, 2015

Mesyuarat AJK Wakaf Surau kali ke-3

Mesyuarat Wakaf Surau kali ke-3 ini telah diadakan pada 23 Oktober 2015 (Jumaat), bertempat di Bilik Mesyuarat SKTPP. Mesyuarat kali ini telah bersetuju memutuskan beberapa perkara. Antaranya maklumat terkini berkaitan kutipan wakaf akan dimaklumkan oleh Bendahari pada setiap minggu melalui aplikasi Whatsapp dan Facebook sekolah. Selain itu, tabung wakaf akan disediakan di sekolah. Ini bertujuan bagi menggalakkan murid-murid untuk melakukan sumbangan wakaf.





Pihak PIBG dan sekolah amat mengalu-alukan sumbangan daripada pihak tuan/puan agar dapat menghulurkan sedikit sumbangan bagi membantu mempercepatkan pembinaan surau baharu ini. Sumbangan tuan/puan bolehlah disalurkan ke dalam no akaun berikut:


Segala sumbangan yang diberikan tuan/puan kami doakan agar Allah S.W.T. mengurniakan rahmatNya, keberkatanNya serta dipermudahkan segala urusan tuan/puan seisi keluarga di dunia dan di akhirat.

Sunday, October 18, 2015

Karnival DARIH yang meriah

Jom tengok gambar-gambar Karnival DARIH Daerah Sepang 2015 yang bertempat di SKTPP...





















Terima kasih kepada semua pihak khususnya PPD Sepang, AADK Daerah Sepang dan MZY Skytrue Pro.  Tidak lupa kepada agensi-agensi kerajaan yang telah memberi kerjasama dan membuat pameran iaitu IPD Sepang, Pejabat Kesihatan Daerah Sepang, Kastam Diraja Malaysia dan AADK sendiri. Semoga usaha murni kita dirahmati Allah. Jumpa lagi dalam karnival yang akan datang.

Jom tengok laporan Karnival DARIH yang sama dalam blog SKTPP di sini dan blog PPDa SKTPP di sini.