Tuesday, April 14, 2015

Kolaborasi Bersama Ikon PPDa

Majlis Pelancaran Ikon PPDa SKTPP telah berlangsung dengan sangat meriah dan berjaya. Murid-murid begitu teruja dengan ikon PPDa yang telah diperkenalkan dalam majlis tersebut iaitu Amir Raja Lawak. Pegawai Khas Dadah PPD Sepang; En. Zulfikri serta pegawai-pegawai AADK; En. Izzahid, Pn. Murziana serta En. Firdaus telah memeriahkan majlis bersama YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar dan Naib YDP PIBG; Tengku Syawaludin.
   Majlis yang diadakan sebanyak 2 kali iaitu sesi pagi dan petang ini membuktikan wujudnya ikatan yang sungguh erat antara pihak sekolah, PIBG serta agnesi-agensi serta personaliti tersohor Saudara Amir. Semoga hasrat sekolah dan PIBG untuk membanteras DARIH ini akan tercapai secara maksimum dengan adanya penglibatan ikon PPDa - Amir. Diharapkan pelantikan Amir selaku Ikon PPDa SKTPP akan melebarkan lagi kesan halo Benci Dadah yang menjadi tonggak dan hasrat murni seluruh warga sekolah serta PIBG sekolah ini...


Lagi berita pelancaran ikon PPDa dalam blog SKTPP di sini dan blog PPDa SKTPP di sini.

Sunday, April 12, 2015

Program Pemantapan Keluarga (Family On Alert - FOA)


Pihak sekolah dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sepang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor telah berjaya mengadakan Program Pemantapan Keluarga (Family On Alert - FOA) pada hari Sabtu, 11 April 2015 bertempat di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana. Program ini diadakan bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan bagi memantapkan lagi institusi keluarga yang harmoni serta bebas daripada gejala sosial dan dadah. Selain itu kerjasama ini merupakan salah satu model kolaborasi pihak sekolah dengan keluarga / komuniti selaras dengan program Sarana Ibu Bapa yang disaran oleh KPM.

Pihak PIBG ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada ibu bapa / penjaga yang sudi meluangkan masa menghadiri program ini. Semoga kerjasama ini akan diteruskan untuk program-program yang akan datang.


Lagi laporan program FOA dalam blog SKTPP di sini dan blog PPDa SKTPP di sini.

Saturday, April 4, 2015

Jemputan ke Program Pemantapan Keluarga (Family On Alert)

Ibu bapa /  Penjaga
Murid- murid Tahun 4, 5 dan 6
SK Taman Putra Perdana


PROGRAM PEMANTAPAN KELUARGA (FAMILY ON ALERT)

Dimaklumkan bahawa pihak PIBG dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sepang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor akan mengadakan program tersebut seperti ketetapan berikut:

            Tarikh  : 11 April 2015 (Sabtu)
            Masa   : 8.30 pagi – 12.30 tengah hari
            Tempat: Dewan Perdana SKTPP


TENTATIF PROGRAM

8.30 pagi    – Pendaftaran peserta & minum pagi

9.00 pagi    – Slot 1 : Senario Semasa Jenayah Sosial
                    (Penceramah : Pegawai IPD Sepang)

10.30 pagi  – Slot 2 : Cabaran Mendidik Anak-anak
                     (Penceramah : Pegawai JKM Selangor)

11.45 pagi -  Slot 3 : Komunikasi Berkesan Dalam Mendidik Anak-anak     
                     (Penceramah : Pegawai LPPKN Selangor)

12.45 t/hari – Majlis Penutup dan makan tengah hari.


Tuan / puan dijemput menghadiri program tersebut. Kehadiran tuan / puan amatlah diharapkan bagi menjayakan program ini. Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan  diucapkan ribuan terima kasih.