Saturday, October 30, 2021

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-17 Tahun 2021

Buat julung-julung kalinya Mesyuarat Agung Tahunan PIBG telah dijalankan secara maya pada hari Sabtu, 30 Oktober 2021.

    Majlis yang pada mulanya mengalami sedikit perubahan masa akibat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan Taman Putra Perdana, berjalan dengan sangat lancar sehingga ke akhirnya.

    Dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zurilazman supaya majlis diberkati dan berjalan lancar dan diikuti oleh ucapan alu-aluan oleh Puan Hajah Rohaidah selaku guru besar SK Taman Putra Perdana.

     Di dalam ucapannya, Puan Hajah Rohaidah mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa yang berusaha memastikan PdPR berjalan lancar dengan memastikan anak-anak mereka mengikuti kelas mengikut jadual yang telah ditetapkan.  Puan Hajah Rohaidah juga memberitahu aktiviti kokurikulum juga berjaya dilaksanakan secara dalam talian pada setiap hari Sabtu.  Segala pertandingan dan aktiviti yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) juga dapat disertai oleh murid-murid walaupun dalam norma baharu hasil kerjasama ibu bapa dan guru.

    Seterusnya Tuan Haji Khairul Azhar selaku Yang Dipertua (YDP) PIBG memulakan ucapan beliau dengan pengumuman ringkas mengenai keadaan YB Tuan Adhif Syan bin Abdullah (ADUN Dengkil) yang baru sahaja menjalani pembedahan bahu dan tidak dapat hadir merasmikan mesyuarat tahunan ini.  Beliau berharap agar YB Adhif Syan cepat sembuh dan dapat menjalankan tugas seperti biasa.  Tuan Haji Khairul Azhar juga mengucapkan tahniah kepada ibu bapa yang berjaya memastikan PdPR berjalan lancar sepanjang murid-murid berada di rumah.  

     Sedikit ingatan dari YDP PIBG, supaya setiap ibu bapa dapat menyelesaikan sumbangan PIBG supaya setiap aktiviti di sekolah dapat berjalan lancar.  Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua guru SK Taman Putra Perdana kerana berjaya menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG secara maya melalui aplikasi Zoom.  'Walaupun baru pertama kali melakukan mesyuarat ini secara maya, saya amat berpuas hati dengan hasilnya', ujar beliau.  Beliau seterusnya merasmikan mesyuarat.

    Mesyuarat dimulakan dengan pelantikan Encik Shahrizal bin Ya'am (PK Kokurikulum) selaku pengerusi sementara selepas Ahli Jawatankuasa (AJK) PIBG bagi tahun 2020/2021 dibubarkan.  Majlis seterusnya sebulat suara (pengundian secara poll) mengekalkan AJK 2021/2021 untuk sesi 2021/2022 dengan dua orang AJK baru mengisi kekosongan setelah ada AJK 2020/2021 menolak untuk menjadi AJK.

    Berikut adalah barisan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2021/2022:

Yang Dipertua: Tuan Haji Khairul Azhar bin Muhammad Suffian
Naib Yang DiPertua: Puan Normawati binti Saad
Setiausaha Kehormat: Puan Norbaizura binti Nordin
Naib Setiausaha Kehormat: Cik Syahirah binti Tumar
Bendahari: Puan Azwani binti Mohamed Noordin
Naib Bendahari: Puan Norazian binti Ahmad

AJK Ibu bapa:
1. Puan Siti Faezah binti Ahmad
2. Puan Azura binti Mohamad Zawawi
3. Tuan Haji Megat Md. Saleh bin Md. Arshad, PJK, PPB
4. Encik Hafiz bin Zainol Shokor
5. Puan Jayanthe Kandasamy
6. Puan Hamidah binti Affendi

AJK Guru:
1. Puan Roseniza binti Setapa
2. Puan Norhidayu binti Sadri
3. Puan Noor Hayati binti Yusof
4. Encik Mohd Hadri bin AG Idris
5. Encik Ahmad Mustafid bin Mat Sharif

Juru Audit (Ibu bapa): Encik Ibrahim bin Rahman
                  (Guru): Puan Rosmizawati bin Yusub


Mari kita saksikan gambar-gambar sepanjang mesyuarat dijalankan, video korporat dan video-video persembahan oleh murid-murid SK Taman Putra Perdana.

Pengumuman mengenai kelewatan mesyuarat akibat gangguan bekalan elektrik

Bacaan Doa

Ucapan Guru Besar

Ucapan YDP PIBG


Mesyuarat bermula

Pembentangan laporan aktiviti oleh Setiausaha; Puan Baizura

Pembentangan kewangan oleh Bendahari; Pn. Azwani



Pengerusi Majlis 

Keputusan undian supaya AJK dikekalkan


Kru belakang tabir





Di sebalik tabir









Disediakan oleh:

Puan Nor-Azura binti Mustafa
Puan Norazian binti Mat Anuar
Puan Norinna binti Mohamed

AJK Posting blog MAT PIBG Kali Ke-17

Friday, October 29, 2021

Buku Program Digital Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-17 / 2021 SK Taman Putra Perdana

Buku Program Digital Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-17/2021 SK Taman Putra Perdana

Tahun ini julung-julung kalinya Mesyuarat Agung PIBG SKTPP diadakan secara dalam talian ekoran Pandemik COVID-19 yang melanda negara ini dan dunia. Di sini, disertakan Buku Program Digital Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-17 2021 SK Taman Putra Perdana untuk tatapan semua ibu bapa / penjaga. Di dalam buku program ini terdapat semua informasi dan maklumat yang berkaitan dengan barisan AJK, minit mesyuarat agung yang lepas, aktiviti-aktiviti serta program yang telah dijalankan oleh pihak sekolah & PIBG sepanjang tahun 2020 serta laporan kewangan. Bukan itu sahaja, segala usul dan cadangan daripada ibu bapa / penjaga turut dimuatkan di dalam buku program ini bersama-sama dengan jawapan yang telahpun disediakan oleh pihak sekolah.

Ibu bapa/penjaga boleh melihat buku program digital ini melalui pautan yang telah disediakan di bawah:

 http://online.anyflip.com/kmss/wacf/mobile/index.html

Semoga SKTPP akan terus maju dan cemerlang seterusnya mencapai kejayaan yang terbilang hasil kerjasama yang kukuh dan erat antara pihak sekolah serta ibu bapa / penjaga keseluruhannya.

Terima kasih.

Wednesday, October 27, 2021

Video Promo Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SKTPP 2021


Panduan Menghadiri Mesyuarat Agung PIBG SKTPP 2021

  


📝 PANDUAN MENGHADIRI MESYUARAT DALAM TALIAN MAT PIBG SKTPP 2021

Berikut disertakan pautan bagi mengakses panduan untuk menghadiri MAT PIBG 2021 menggunakan aplikasi Zoom sebagai rujukan dan persediaan tuan/puan :

🔗 https://anyflip.com/wxdvd/hzui/

Thursday, October 21, 2021

Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-17 2021

 

Makluman kepada ibu bapa/penjaga murid-murid SK Taman Putra Perdana,

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-17 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh    : 30 Oktober 2021

Hari        : Sabtu

Masa      : 8:30 pagi

Tempat   : Kediaman masing-masing

Platform : Aplikasi Zoom

Perasmi  : YB Tuan Adhif Syan Bin Abdullah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil


Atur Cara Majlis

8.30 pagi    : Pendaftaran

9.00 pagi    : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

                   : Bacaan Doa

                   : Tayangan Multimedia

                   : Ucapan Guru Besar (Pn. Hajah Rohaidah Bt Mohd Ali)

                   : Ucapan Yang Dipertua PIBG (Tn. Haji Khairul Azhar Bin Mohammad Suffian)

                   : Ucapan Perasmian ADUN Dengkil (YB Tn. Adhif Syan Bin Abdullah)

                   : Penyampaian cenderamata kepada perasmi

                   : Penyampaian sijil penghargaan AJK PIBG 2020/2021

                   : Tayangan Video 

10.00 pagi  : Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-17 2021 dijalankan

BIL

PERKARA

1.     

Ucapan alu-aluan pengerusi majlis

2.     

Ucapan pengerusi (Yang Dipertua)

3.     

Ucapan penasihat (Guru Besar)

4.     

Pembentangan & pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-16

5.     

Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG Tahun 2020

6

Pembentangan & pengesahan Penyata Kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2020

7.     

Membahaskan usul dan cadangan

8.     

Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021

9.     

Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022

a)    Pelantikan pengerusi sementara

b)    Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG (Guru) bagi sesi 2021/2022

                   i.        Setiausaha Kehormat

                  ii.        Naib Setiausaha Kehormat

                 iii.        Bendahari Kehormat

                 iv.         Naib Bendahari Kehormat
                  v.         AJK Guru (5 orang daripada kalangan guru  SKTPP)

                  vi.       Juruaudit  Dalaman (Seorang wakil guru)

c)    Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG (Ibu bapa) bagi sesi 2021/2022

                    i.       Yang Dipertua

                   ii.       Naib Yang Dipertua

                  iii.       AJK Ibu Bapa (6 orang daripada kalangan ibu bapa/penjaga)

                  iv.       Juruaudit  Dalaman (Seorang wakil ibu bapa/penjaga)

10.   

Hal-hal  lain

11.   

Ucapan penangguhan

12.   

Majlis bersurai

Disediakan oleh: 

Nashirah dan Salina

Saturday, October 16, 2021

Mesyuarat AJK PIBG Ke-4 / 2021

Mesyuarat AJK PIBG kali ke-4 diadakan secara bersemuka di Terminal Muafakat. Kehadiran AJK memberangsangkan. Alhamdulillah ini menunjukkan permuafakatan yang padu dari seluruh AJK. Memandangkan mesyuarat ini merupakan yang terakhir untuk sesi ini, YDP dan pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas khidmat bakti yang telah diberikan oleh semua AJK selama ini. Semoga Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG kita pada 30 Oktober 2021 nanti berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan..





Saturday, October 2, 2021

Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke-3

Alhamdulillah terima kasih buat PIBG atas permuafakatan yang ditunjukkan dan sumbangan yang dihulurkan.