CADANGAN
DAN USUL
MESYUARAT
AGUNG PIBG KALI KE-14 2018
A. KURIKULUM
1.
|
Menjemput guru pemeriksa kertas
peperiksaan ke sekolah untuk menerangkan teknik menjawab dan pemarkahan yang
betul.
(Hanizan binti Hamzah)
Jawapan :
guru pemeriksa kertas peperiksaan
dijemput untuk ke sekolah sebanyak dua kali setahun dengan bantuan PIBG
|
2
|
Memulakan gerak gempur di awal tahun
persekolahan bagi pelajar yang menduduki UPSR.
(Hanizan
binti Hamzah)
Jawapan:
Gerak gempur tidak dapat dijalankan pada
awal tahun persekolahan kerana memberi peluang kepada guru-guru untuk
menghabiskan sukatan pelajaran terlebih dahulu.
|
3.
|
Waktu persekolahan sesi petang
dipendekkan masa. Balik lebih awal, 6.10 petang.
(Norliza Mohd Noor)
Jawapan:
Dasar yang telah dibentuk tidak boleh
diubah. Oleh kerana itu, pelajar tidak boleh pulang awal kerana akan
menyebabkan waktu pengajaran terpaksa dikurangkan serta ianya adalah
tertakluk kepada kalendar akademik dan jumlah waktu persekolahan.
|
4.
|
Beg sekolah berat
(Shahrul Namawi bin Abd
Ghani)
Jawapan:
Beg sekolah berat adalah kerana mengikut
jadual kelas yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, atas inisiatif
guru-guru, ada buku aktiviti dan buku latihan pelajar yang disimpan di
bahagian belakang kelas dan murid menulis dalam jadual waktu dan buku nota
masing-masing tentang penggunaan buku aktiviti atau buku tulis setelah diberi
penerangan oleh guru.
|
5.
|
Cadangan hari Khamis balik/tamat sekolah
jam 12.50 seperti dulu. Kadang-kadang masa rehat tidak cukup selepas habis
sekolah dan seterusnya ke sekolah agama pula.
(Ahmad Zakaria bin
Ahmad @ Othman)
Jawapan:
Waktu tasmik telah ditambah dari 30
minit kepada 1 jam bagi setiap minggu dan dimasukkan di dalam jadual waktu. Oleh
sebab itu, pelajar islam tamat waktu persekolahan pada jam 1.20 petang setiap
hari khamis.
|
6.
|
Mengadakan kelas tambahan untuk murid
Tahun 6 dengan kadar bayaran mampu bayar.
(Mimie Fazira binti
Mohd Daud)
Jawapan:
Kelas tambahan tahun 6 telah dilaksanakan
dua kali seminggu iaitu pada hari Rabu dan Sabtu dengan kadar bayaran rm200
iatu yuran terendah dalam daerah Sepang.
|
7.
|
Kerap mengadakan perjumpaan antara ibu
bapa dan guru sebelum UPSR bagi memaklumkan prestasi pelajar.
(Mimie Fazira binti Mohd
Daud)
Jawapan:
Kekangan masa menyebabkan perjumpaan
antara ibu bapa dan guru tidak dapat diaddakan selalu. Walaubagaimanapun, ibu
bapa boleh berjumpa dengan guru- guru pada bila-bila masa yang sesuai.
|
8.
|
Mohon pihak sekolah memastikan agar
penggunaan buku latihan digunakan sepenuhnya (pada akhir persekolahan masih
ada banyak latihan tidak dilengkapkan).
(Muhamad Azmi bin
Ismail)
Jawapan:
Semua guru sudah dimaklumkan untuk
menggunakan semua buku sebagai latihan sampingan dalam kelas dan di rumah. Kuantiti
latihan yang dibuat bergantung kepada kemampuan dan kebolehan pelajar. Selain
itu, pihak pentadbir ada membuat pemantauan dan penyemakan buku latihan bagi
memastikan semua guru dan murid menggunakan buku yang telah disediakan.
|
9.
|
Menyediakan kelas
tambahan kepada murid bermula dari darjah 4 untuk penyediaan menghadapi UPSR.
Kelas tambahan hanya untuk murid yang sudah dikenal pasti lemah mengikut mata
pelajaran. Ini adalah untuk meningkatkan prestasi pelajar supaya pelajar
tidak merasa putus asa apabila mereka ketinggalan.
(Azrul
Syah bin Abd Moin)
Jawapan:
Pihak sekolah
akan mengusahakan cadangan ini bersama PIBG.
|
10.
|
Saya cadangkan anak tidak diasingkan
kelas dari segi akademik. Ini kerana
ada perbezaan jauh dari segi tingkah laku serta daya saing mereka.
(Encik Saifullah
bin Rauf)
Jawapan:
Pengasingan yang dilakukan mendatangkan
pro dan kontra.
|
11.
|
Perjumpaan bulanan dengan guru kelas.
(Encik Ekhwan bin Mohd
Salleh)
Jawapan:
Cadangan ini akan dibincangkan dan
diusahakan.
|
12.
|
Adakan kelas intensif untuk subjek
matematik, sains, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris di sekolah setiap hujung
minggu dengan bayaran berpatutan selain dapat meningkatkan ekonomi guru dapat
juga meningkatkan prestasi murid untuk UPSR kelak.
(Amarlia binti Ghazali)
Jawapan:
Kelas intensif untuk subjek matematik,
sains, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris di sekolah setiap hujung minggu akan
diusahakan.
|
13.
|
Melarang guru-guru menggunakan telefon bimbit dalam kelas/waktu mengajar. (Shanthesh)
Jawapan:
Guru-guru memang tidak digalakkan untuk
menggunakan telefon bimbit di dalam kelas. Telefon bimbit hendaklah dalam mod
senyap. Namun, sekiranya terdapat kecemasan adalah dibenarkan.
|
14.
|
Jika guru tidak hadir/cuti sakit maka
guru gantian juga perlu mengambil alih untuk mengajar.
(Shanthesh)
Jawapan:
Jika guru tidak hadir/cuti sakit
sememangnya ada guru gantian. Untuk pelajar tahun 1 2018, guru gantian akan
disediakan modul IM Free.
|
15.
|
Perhimpunan sekolah diadakan sekali
seminggu sahaja.
(Shanthesh)
Jawapan:
Perhimpunan memang diadakan seminggu
sekali sahaja kecuali jika ada perkara atau makluman penting yang perlu disampaikan
kepada pelajar. Setiap pagi sebelum pelajar naik ke kelas untuk memulakan
proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan membaca doa dalam
perhimpunan pagi. Ia adalah bertujuan:
|
16.
|
Mewujudkan komunikasi yang efektif di
antara ibu bapa/penjaga dengan guru kelas/guru mata pelajaran.
(Mohd
Helmi b. Ngadimin)
Jawapan:
Komunikasi yang efektif di antara ibu
bapa/penjaga dengan guru kelas/guru mata pelajaran boleh dilaksanakan atas
inisiatif guru kelas.
|
17.
|
Kemas kini perkembangan pelajar kepada
ibu bapa/penjaga bagi memastikan prestasi pelajar meningkat dari semasa ke
semasa.
(Mohd Helmi b.
Ngadimin)
Jawapan:
Guru kelas boleh mengambil usaha dan
inisiatif untuk menyalurkan maklumat terkini berkaitan perkembangan pelajar
kepada ibu bapa melalui pelbagai cara seperti makluman atas talian sperti
whatsapp, perjumpaan dan sebagainya.
|
18.
|
Mengelakkan jadual peperiksaan sekolah
kebangsaan bertindih dengan sekolah rendah agama.
-Sekiranya terdapat perubahan di saat
akhir, perlu dimaklumkan lebih awal oleh pihak sekolah supaya persediaan
mental dan fizikal dapat dilakukan oleh murid mahupun ibubapa.(blog sekolah
tidak dikemaskini)
(Muhamad Isa bin Yahya)
Jawapan:
Jadual dan tarikh peperiksaan telah
ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Oleh yang demikian,
peperiksaan akan berjalan sebagaimana dengan takwim dan kalendar peperiksaan
yang telah dikeluarkan seragam di semua sekolah di negeri Selangor. Walaubagaimanapun,
pihak sekolah sentiasa berhubung dengan sekolah rendah agama bagi mengelakkan
pertindihan waktu peperiksaan antara kedua-dua buah sekolah.
|
19.
|
Sikap tegas dan selalu memerhati sikap
dan kelakuan murid semasa berada di kelas dan ingin PIBG berkembang dengan
lebih maju.
(Eli Anak Rijem)
Jawapan:
Guru sentiasa bersikap tegas tetapi
berhemah dan berkasih sayang dalam membentuk sikap dan peribadi yang baik
dalam kalangan pelajar. Malahan, guru-guru sentiasa mengingatkan pelajar
untuk sentiasa menunjukkan tingkah laku yang baik sama ada di dalam bilik
darjah mahupun di luar bilik darjah.
|
20.
|
Tarikh peperiksaan sekolah kebangsaan
dan sekolah Rendah Agama serentak. Adakan perbincangan antara sekolah, agar
murid tidak terbeban.
(Syamsul Nahar
bin Mohd Ghani)
Jawapan:
Jadual dan tarikh peperiksaan telah
ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Oleh yang demikian,
peperiksaan akan berjalan sebagaimana dengan takwim dan kalendar peperiksaan
yang telah dikeluarkan seragam di semua sekolah di negeri Selangor.
Walaubagaimanapun, pihak sekolah sentiasa berhubung dengan sekolah rendah
agama bagi mengelakkan pertindihan waktu peperiksaan antara kedua-dua buah
sekolah. Mengenai
perubahan di saat akhir, blog sekolah sentiasa akan memaklumkan makluman dari
semasa ke semasa.
|
21.
|
Kementerian ada mengwar-warkan agar
pihak sekolah tidak mengasingkan kelas berdasarkan tahap pencapaian
murid-murid.
b. Kebaikan dan keburukan –
pandangan pihak PIBG
c. Penerangan pihak PIBG serta pihak
sekolah.
(En. Ibrahim bin Ismail)
Jawapan:
Pengasingan yang
dilakukan mendatangkan pro dan kontra.
Kualiti UPSR dilihat
melalui tiga jenis murid iaitu:
Aktiviti untuk
murid success, potensi dan ikhkas adalah berlainan dimana aktiviti untuk
murid success lebih mencabar.
|
22.
|
Adakan kelas tambahan di sekolah untuk
darjah 5 dan 6.
( Pn. Hairiyah binti Mohamad)
Jawapan:
Pihak sekolah akan
mengusahakan cadangan ini bersama PIBG.
|
23.
|
Setiap guru bina WhatsApp group jemput ibu bapa dan guru mata pelajaran.
Namakan WhatsApp
group ikut kelas.
(Mohd Yazid bin Hanan)
Jawapan:
Guru kelas boleh mengambil inisiatif untuk mewujudkan WhatsApp group.
|
B. HAL EHWAL MURID
1.
|
Bagi murid-murid supaya sarapan pagi
dulu sebelum memulakan apa-apa aktiviti sekolah untuk mengelakkan murid-murid
dari pitam atau sebagainya.
(Mohd Khairuddin Bin Seedik)
Jawapan:
Ibu
bapa perlu mengambil tanggungjawab untuk menyediakan sarapan pagi kepada
anak-anak. Jika tidak sempat untuk bersarapan di rumah, ibu bapa perlu
menyediakan wang yang secukupnya kepada anak-anak untuk membeli makanan di
kantin. Pelajar boleh datang awal ke sekolah dan bersarapan di kantin kerana
pihak kantin ada menyediakan sarapan pagi kepada pelajar.
|
2.
|
Membaiki tandas murid-murid yang tiada
pintu, kunci dan kepala paip yang rosak.
(Salmi Omar)
(Siti Hosma binti
Zainal Abidin)
Jawapan:
Pihak sekolah sentiasa membaiki
kerosakan tandas yang dilaporkan. Namun, beberapa minggu selepas itu, berlaku
kerosakan semula.
|
3.
|
Naik taraf tandas dan perabot asas untuk
keselesaan murid di sekolah.
(Mimie Fazira binti
Mohd Daud)
Jawapan:
Naik taraf tandas dan perabot asas
memerlukan dana yang banyak. Oleh yang demikian, ibu bapa perlu membantu
pihak sekolah dan PIBG melalui pembayaran sumbangan PIBG yang telah
ditetapkan.
|
4.
|
Pengumpulan barang-barang terpakai untuk
pelajar yang kurang kemampuan seperti baju sekolah, kasut dan beg yang masih
elok digunakan.
(Siti Hosma binti
Zainal Abidin)
Jawapan:
Pengumpulan barang-barang terpakai untuk
pelajar yang kurang kemampuan seperti baju sekolah, kasut dan beg yang masih
elok digunakan masih lagi dijalankan. Bagi sesiapa yang hendak menderma boleh
hadir ke sekolah dan berurusan dengan :
|
5.
|
Pemulihan struktur di dalam tandas.
(Harith Adam bin Shaik
Mohd Shariff)
Jawapan:
Tandas sentiasa dibersihkan. Pihak
sekolah dan PIBG perlu mengadakan gotong royong bagi memastikan tandas
sentiasa bersih dan dapat digunakan dengan sebaiknya. Guru-guru pula sentiasa
mengingatkan pelajar agar sama-sama menjaga kebersihan dan infrastruktur
tandas demi kemudahan bersama.
|
6.
|
Naik taraf tandas pelajar.
(Ahmad Johari Rahmat)
Jawapan:
Tandas sentiasa dibersihkan. Pihak
sekolah dan PIBG mengadakan gotong royong bagi memastikan tandas sentiasa
bersih dan dapat digunakan dengan sebaiknya. Guru-guru pula sentiasa
mengingatkan pelajar agar sama-sama menjaga kebersihan dan infrastruktur tandas
demi kemudahan bersama.
Malah, ibu bapa digalakkan untuk
sama-sama menyumbang tenaga dalam menaik taraf kemudahan tandas sekolah.
Bukan itu sahaja, Kementerian Pendidikan Malaysia tiada peruntukan. PIBG
dibawah Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah sentiasa mencari jalan membaiki
prasarana sekolah dana apa jua kerosakan bangunan.
|
7.
|
Kemudahan tandas seperti pintu dan bilik
air dibetulkan. Contoh di tandas perempuan ada empat bilik air tapi hanya 2
sahaja yang boleh digunakan. Ada pintu yang rosak dan ada paip yang tiada
air. Murid perempuan terpaksa beratur lama untuk masuk ke tandas.
(Nurul Atiqah binti
Adnan)
Jawapan:
Pihak sekolah sentiasa membaiki
kerosakan tandas yang dilaporkan. Namun, beberapa minggu selepas itu, berlaku
kerosakan semula. Guru-guru pula sentiasa mengingatkan pelajar agar sama-sama
menjaga kebersihan dan infrastruktur tandas. Ibu bapa boleh mengambil usaha
untuk sentiasa memberi kefahaman dan peringatan kepada anak-anak mereka agar
menjaga kemudahan sekolah yang digunakan.
|
8.
|
Memberi penambahbaikan kepada tandas
sekolah.
(Noriah Ismail)
Jawapan:
Pihak sekolah dan PIBG mengadakan gotong
royong bagi memastikan tandas sentiasa bersih dan dapat digunakan dengan
sebaiknya.
|
9.
|
Pelajar tahun 1 & 2 terutama murid
perempuan sentiasa pakai seluar panjang di
sekolah.
(Haszali b Ab Halim)
Jawapan:
Ibu bapa boleh mengambil inisiatif
supaya anak-anak perempuan memakai seluar panjang di sekolah.
|
10.
|
Sistem maklumat tentang sekolah @
pelajar dengan menggunakan “telegram”
dan ibu bapa boleh mendapat maklumat
dari guru kelas melalui WhatsApp.
(Haszali b Ab Halim)
Jawapan:
Guru kelas boleh mengambil usaha dan
inisiatif untuk menyalurkan maklumat terkini berkaitan perkembangan pelajar
kepada ibu bapa melalui pelbagai cara seperti makluman atas talian sperti WhatsApp
dan Telegram.
|
11.
|
Sila baiki pintu tandas perempuan sebelah
dewan.
(Norhayati Yahya)
Jawapan:
Pihak sekolah sentiasa membaiki
kerosakan tandas yang dilaporkan. Namun, beberapa minggu selepas itu, berlaku
kerosakan semula.
|
12.
|
Wujudkan WhatsApp group bagi memudahkan
maklumat disalurkan.
(Alfiq
Shahrill /Hasniza)
Jawapan:
Guru kelas boleh
mengambil usaha dan inisiatif untuk menyalurkan maklumat terkini berkaitan
perkembangan pelajar kepada ibu bapa.
|
13.
|
Solat berjemaah pagi
dan petang pada waktu zohor.
(Abd
Razak bin Majid)
Jawapan:
|
14.
|
Dicadangkan adakan WhatsApp group kelas anak untuk
memudahkan cara perhubungan cikgu/murid/ibu bapa lain. Tujuannya
mempercepatkan info.
(Ahmad
Khairani bin Abdul Wahab)
Jawapan:
Guru kelas boleh
mengambil usaha dan inisiatif untuk menyalurkan maklumat terkini berkaitan
perkembangan pelajar kepada ibu bapa.
|
15.
|
Tempat menunggu berpagar dan ada CCTV
-
Untuk memastikan keselamatan
anak-anak yang menunggu bas/van/ibu bapa selepas pulang dari sekolah.
(Norzaidi
bin Mohd Radzi)
Jawapan:
CCTV
memang ada dipasang. Manakala CCTV diluar pagar sekolah akan dibincangkan
dengan PIBG.
|
16.
|
Kebersihan tandas murid dipertingkatkan.
(Noor Hidaya binti
Zaini)
Jawapan:
Tandas sentiasa dibersihkan. Pihak
sekolah dan PIBG perlu mengadakan gotong royong bagi memastikan tandas
sentiasa bersih dan dapat digunakan dengan sebaiknya. Guru-guru pula sentiasa
mengingatkan pelajar agar sama-sama menjaga kebersihan dan infrastruktur
tandas demi kemudahan bersama.
Malah, ibu bapa digalakkan untuk
sama-sama menyumbang tenaga dalam menaik taraf kemudahan tandas sekolah.
Bukan itu sahaja, Kementerian Pendidikan Malaysia tiada peruntukan. PIBG
dibawah Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah sentiasa mencari jalan membaiki
prasarana sekolah dana apa jua kerosakan bangunan.
|
17.
|
Penyediaan loker untuk murid menyimpan
buku.
(Noor Hidaya binti
Zaini)
Jawapan:
Tiada ruang yang boleh menempatkan loker
untuk menyimpan buku. Walaubagaimanapun, di belakang kelas ada disediakan
ruang untuk murid menyimpan buku mengikut subjek.
|
18.
|
Pastikan petak (jalur
kuning) melintas untuk murid-murid keluar dari sekolah untuk menuju
kenderaan.
(Zarina
binti Zainuddin)
Jawapan:
Perbincangan akan
dijalankan bersama PIBG.
|
19.
|
Membaik pulih tandas perempuan yang
rosak terutama pada bahagian pintu.
(Siti Hasma
binti Zainal Abidin)
Jawapan:
Pihak sekolah sentiasa membaiki
kerosakan tandas yang dilaporkan. Namun, beberapa minggu selepas itu, berlaku
kerosakan semula.
|
20.
|
Mengadakan pusat pengumpulan
barang-barang sekolah yang elok seperti beg, kasut, buku-buku bagi membantu
golongan yang kurang berkemampuan.
(Siti Hasma binti
Zainal Abidin)
Jawapan:
Pengumpulan barang-barang terpakai untuk
pelajar yang kurang kemampuan seperti baju sekolah, kasut dan beg yang masih
elok digunakan masih lagi dijalankan. Bagi sesiapa yang hendak menderma boleh
hadir ke sekolah dan berurusan dengan :
|
21.
|
Mengenalpasti ciri-ciri buli dan
memastikan tiada aktiviti buli di kalangan murid.
(Syarifah Fatimah bt
Syed Abdullah)
Jawapan:
Gejala buli sentiasa dipantau dan
pelajar yang terlibat akan diambil tindakan disiplin.
|
22.
|
Wujudkan kumpulan telegram atau wassap
guru kelas & ibubapa bagi urusan rasmi@ pertanyaan.
(Nor Jihah)
Jawapan:
Guru kelas boleh
mengambil usaha dan inisiatif untuk menyalurkan maklumat terkini berkaitan
perkembangan pelajar kepada ibu bapa mahupun untuk sebarang urusan rasmi atau
pertanyaan.
|
23.
|
Memperbanyakkan seminar/kursus untuk
meningkatkan jati diri dan semangat para pelajar.
(Mohd
safri bin Mohamad Subki)
Jawapan:
Seminar/kursus untuk meningkatkan jati
diri dan semangat para pelajar telah dimulakan sejak awal tahun lagi.
Antaranya:
|
24.
|
-Toilets smells unconditionaly.
-Staircase should be more safer.
-Classrooms looks very empty.
(M.Sarma)
Jawapan:
|
25.
|
Kebersihan tandas.
Kerap mengingatkan murid bahaya dunia
luar.
(Redzuan bin Mokhtazar)
Jawapan:
|
26.
|
Menyediakan kerusi atau bangku ringkas
di dewan perdana untuk murid-murid duduk semasa perhimpunan harian. Pada masa
ini murid-murid duduk bersila sehingga mereka merasa tidak selesa (memenatkan)
terutamanya ketika sesi perhimpunan yang lama. Harap dipertimbangkan sekiranya
bajet mencukupi.
(En. Roslan bin Sulaiman)
Jawapan:
Jumlah murid yang terlalu ramai
menyebabkan dewan Perdana tidak muat sekiranya pelajar duduk di atas kerusi.
Namun, simen di dewan tersebut sentiasa dibersihkan dan diselenggara dengan
baik terutama ketika penggunaannya semasa perhimpunan.
|
27.
|
Menyediakan loker di dalam bilik darjah
untuk setiap kelas ( ibu bapa yang berkemampuan boleh memberikan sumbangan)
(Pn. Siti Rohaidah bt
Samsudin)
Jawapan:
Tiada tempat yang sesuai untuk
meletakkan loker di dalam bilik darjah disebabkan kepadatan jumlah murid di
dalam kelas yang menempatkan hampir 40-45 orang. Ditambah pula dengan kelas
yang berkongsi dengan sesi petang menyebabkan ruang pembelajaran menjadi
sangat terhad.
|
28.
|
Keselamatan murid-murid yang melintasi zebra crossing di pintu pagar A diberi
perhatian sewajarnya. Cadangan :-
i.
Meletakkan papan tanda amaran murid
melintas.
ii.
Adakan bonggol agar kenderaan
perlahan.
(En. Shahrizal bin Norwawi)
Jawapan:
PIBG pernah memohon
untuk mendapatkan kemudahan tersebut dan menunggu jawapan kelulusan kemudahan
yang diminta untuk keselamatan pelajar.
|
29.
|
Di harap pihak sekolah dapat memperuntukkan budget untuk :
(Aimi Fadzi bin Mokhtar)
Jawapan:
Kerosakan bagi setiap kemudahan atau infrastruktur sekolah sentiasa
diperbaiki dan ditukar mengikut kemampuan budget atau peruntukan yang
diperolehi.
|
30.
|
Perbaiki tandas pelajar lelaki.
Pintu tandas pelajar dibaiki/diganti.
Pastikan setiap tandas flushnya berfungsi dengan baik.
(Fatin Farhana binti Mohd
Azemi)
Jawapan:
Kerosakan bagi setiap kemudahan atau infrastruktur sekolah sentiasa
diperbaiki dan ditukar mengikut kemampuan budget atau peruntukan yang
diperolehi.
|
31.
|
Waktu
rehat bagi Tahun 1 diawalkan.
Tahun 2
dan 3 rehat selepas Tahun 1 masuk ke kelas
(Ahmad Khusairi)
Jawapan:
Waktu rehat bagi pelajar tahun 1,2 dan 3 digabungkan kerana pengawas
tahun 3 boleh memantau murid tahun 1 semasa rehat. Guru-guru yang bertugas
mingguan juga turun memantau dan mengawal pelajar semasa rehat.
|
32.
|
Tandas
perempuan rosak, pintu perlu dibaiki, boleh dikunci dan diflush.
Kenal
pasti kerosakan tandas dan mohon dibaiki.
(Syazana Alyana binti Rebri)
Jawapan:
Kerosakan bagi setiap kemudahan atau infrastruktur sekolah sentiasa
diperbaiki dan ditukar mengikut kemampuan budget atau peruntukan yang
diperolehi.
|
33.
|
Tingkatkan
keselamatan murid-murid di sekolah seperti tambahkan Pegawai Keselamatan.
(Selva Kumar a/l Pannir Selvam)
Jawapan:
Pengawal
keselamatan sekolah ditentukan oleh pihak kementerian. Sekiranya ada pihak
yang suka rela untuk menjaga keselamatan pelajar adalah dialu-alukan.
Sekiranya ingin mengupah RELA, sekolah tiada peruntukan untuk membayarnya.
|
C. KOKURIKULUM
1.
|
Baju sukan tak perlu tukar tiap-tiap
tahun.
(Rumah sukan tak perlu bertukar-tukar
tiap-tiap tahun).
(Nurul Zubaidah Lija)
Jawapan:
|
2.
|
Minta kekalkan rumah sukan dari darjah 1
hingga darjah 6.
(Che Mohd
Shahrir Amran bin Che Ismail)
Jawapan:
Rombakan rumah sukan terpaksa dilakukan
bagi menyelaraskan bilangan pelajar dengan rumah sukan yang ada dan supaya
setiap ahli rumah sukan dapat dibahagikan sama banyak secara adil.
|
3.
|
Penukaran hari sewaktu kokurikulum
daripada hari Rabu kepada hari Sabtu.
Ini kerana mengganggu sesi persekolahan sekolah KAFA AL-MANSOORAH pada
sesi pagi (terdapat pembelajaran subjek Pendidikan Jasmani).
(Encik Shaiful Bahar
bin Mohd Yusof)
Jawapan:
Penukaran hari sewaktu kokurikulum
daripada hari Rabu kepada hari Sabtu tidak dapat dilakukan kerana pihak
sekolah ada membuat MOU dengan pihak Sekolah Rendah Agama. Aktiviti
kokurikulum juga tidak dapat dilaksanakan pada hari Sabtu disebabkan adanya
program-program yang telah dirancang disamping para pelajar yang terlibat
dengan sukan, seminar, kelas tambahan dan sebagainya.
|
4.
|
Memperbanyakkan Ko-kurikulum untuk
murid-murid di mana sekolah boleh menyertai pertandingan sebagai contoh
bicara berirama.
(Pn. Siti Rohaidah bt Samsudin)
Jawapan:
Aktiviti ko-kurikulum untuk pelajar di
sekolah adalah berbeza pada setiap tahun dimana sebagai contoh, pertandingan
bicara berirama tidak dipertandingkan di peringkat daerah. Semua aktiviti
ko-kurikulum adalah di bawah takwim atau perancangan yang telah ditentukan di
peringkat daerah, negeri dan seterusnya kebangsaan. Namun begitu, pihak
sekolah sentiasa memberi peluang kepada para pelajar yang berminat untuk
terlibat dalam pertandingan-pertandingan yang diadakan mengikut hebahan yang
dikeluarkan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah Sepang ataupun Jabatan
Pendidikan Negeri Selangor.
|
5.
|
Memberi kelonggaran pelajar yang
mengikuti Sekolah Rendah Agama untuk hadir kokurikulum pada hari
Rabu.Wajibkan minima 2 hari (2 kali Rabu) sahaja agar murid dapat mengikuti
Sekolah Rendah Agama.
(Syamsul Nahar bin Mohd
Ghani)
Jawapan:
Aktiviti
kokurikulum di sekolah ada SPI yang perlu diikuti iaitu perjumpaan sebanyak
12 kali setahun. Pihak sekolah sentiasa memberi makluman kepada pihak Sekolah
Rendah Agama tentang aktiviti kokurikulum yang dijalankan dan memohon
kebenaran daripada mereka untuk menyertai aktiviti kokurikulum sekolah.
|
6.
|
Memperbaiki dan memajukan lagi pelbagai
aktiviti kokurikulum sekolah. Semoga tahun ini matlamat 1 sukan 1 murid dapat
dilaksanakan dengan jayanya.
(Mohd Zahir bin Mohd Ali)
Jawapan:
Aktiviti kokurikulum sentiasa dimajukan
mengikut perancangan tahunan sekolah. Pihak sekolah sentiasa mengiktiraf
murid yang cemerlang pada Hari Anugerah Kokurikulum yang dilaksanakan pada
akhir tahun persekolahan. Setiap tahun, tidak kurang daripada 800 orang murid
diraikan dengan memberi cenderahati dan sijil pencapaian dan penghargaan
dalam semua aktiviti yang disertai. Matlamat
1 sukan 1 murid dapat dilaksanakan dengan jayanya.
|
7.
|
Memohon agar pihak sekolah mengadakan
hari kokurikulum waktu persekolahan sekolah kebangsaan sahaja tanpa
mengganggu pembelajaran di sekolah rendah agama. Contoh jika murid sesi pagi
aktiviti kokurikulum pada waktu pagi manakala sesi petang pada waktu petang.
(Ardi
Irwan bin Mohammed Yatim)
Jawapan:
Sesi persekolahan bagi sekolah ini
melibatkan dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Sekiranya aktiviti
kokurikulum dijalankan pada sesi masing-masing, tiada tempat yang mencukupi
untuk digunakan untuk menjalankan aktiviti. Selain itu, sekiranya aktiviti kokurikulum
dijalankan pada waktu sesi petang, proses pengajaran dan pembelajaran akan
terganggu.
|
D. KANTIN
1.
|
Tingkatkan tahap kebersihan kantin.
(Mohd Nasran b.
Mohd Taib)
Jawapan:
|
2.
|
Menyediakan makanan berkhasiat di kantin
sekolah.
(Norliza Mohd Noor)
(Mohd Ramizu bin
Ibrahim)
Jawapan:
Pihak
kantin sentiasa menyediakan makanan yang berkhasiat kepada pelajar.
Makanan-makanan yang disediakan di kantin adalah makanan yang telah diberi
kelulusan untuk dijual di kantin sekolah. Contoh makanan yang dijual adalah
seperti laksa, nasi lemak, bihun sup, nasi ayam dan banyak lagi.
|
3.
|
Meminta peniaga kantin memakai topi dan
memakai sarung tangan semasa menyediakan makanan murid-murid.
(Norhayati binti Karim)
Jawapan:
Pihak
kantin memang menguatkuasakan pemakaian topi dan sarung tangan semasa
menyediakan makanan pelajar. Bagi pekerja yang tidak mematuhi etika pakaian
semasa penyediaan makanan akan dikenakan denda atau dipotong gaji.
|
4.
|
Saya mencadangkan agar waktu rehat
ditambah sebanyak 10 minit agar menjadi 30 minit supaya murid-murid tidak
terlalu terkejar-kejar untuk membeli makanan dan menikmati juadah.
(Nur Sumayah Ho binti
Abdullah)
Jawapan:
Waktu
rehat selama 20 minit adalah mengikut dasar yang telah ditetapkan dan ianya
tidak boleh diubah menajdi 30 minit.
|
5.
|
Sekolah dan kantin bekerjasama
mewujudkan pilihan makanan berkhasiat untuk murid dan menyediakan
perkhidmatan makanan yang dibayar secara bulanan kepada murid yang
berminat.
(Fatimah Noraziah bt
Mohamad)
Jawapan:
Sekolah
dan kantin sentiasa bekerjasama dalam mewujudkan pilihan makanan yang
berkhasiat untuk murid. Bagi penyediaan perkhidmatan makanan yang dibayar
secara ansuran bulanan kepada murid yang berminat, ianya telah wujud sejak
tahun 2017. Ibu bapa yang berminat boleh datang berurusan dengan pihak
kantin. Sebagai contoh, dua penjaga telah membuat perjanjian dengan pihak
kantin untuk menyediakan makanan yang dibayar secara ansuran bulanan kepada
anak mereka.
|
6.
|
Naik taraf kantin.
Menjual makanan berkhasiat.
(Ahmad Johari Rahmat)
Jawapan:
Naik
taraf kantin telah dilaksanakan dimana kerusi yang telah rosak telah diganti
dan meja telah dilapik. Bilik makan guru juga telah dinaik taraf.
Pihak
kantin sentiasa menyediakan makanan yang berkhasiat kepada pelajar.
Makanan-makanan yang disediakan di kantin adalah makanan yang telah diberi
kelulusan untuk dijual di kantin sekolah.
|
7.
|
Mengharamkan penjualan air
berkarbonat/bergas di kantin sekolah.
(Syahril Amizi)
Jawapan:
Kantin
tidak menjual air berkarbonat.
|
8.
|
Sistem kupon makanan & minuman (Tahun 1 & 2)
(Haszali b Ab Halim)
Jawapan:
Bagi
ibu bapa yang berminat untuk mendapatkan sistem kupon makanan dan minuman
boleh berurusan dengan pengusaha kantin.
|
9.
|
Makanan yang dijual di
kantin tidak menepati cita rasa pelajar. Perlu ada perubahan.
(Jupiah
binti Abdul Rahman)
Jawapan:
Pihak kantin terikat dengan garis
panduan yang telah ditetapkan dan tidak dapat menepati cita rasa pelajar
secara keseluruhannya.
|
10.
|
Masa rehat terlalu
ramai murid di kantin sehingga sesetengah murid tidak dapat membeli makanan.
(Schedule masa rehat)
(Jupiah
binti Abdul Rahman)
Jawapan:
Oleh kerana bilangan pelajar yang ramai,
rehat pelajar adalah sebanyak dua kali iaitu:
|
11.
|
Makanan dijual di
kantin perlu berkualiti dan ditambah.
(Alfiq
Shahrill /Hasniza)
Jawapan:
Makanan yang dijual di kantin adalah
berkualiti dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Pelbagai jenis
makanan ada dijual di kantin mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
|
12.
|
Menjual makanan yang
sedap.
(Nafizah
bt Hanan)
Jawapan:
Makanan yang dijual dikantin adalah
sedap dan berkualiti, mengenyangkan serta bervariasi pilihan yang boleh dimakan
oleh pelajar.
|
13.
|
Memberikan keselesaan
kepada murid dan murid Pusat Sumber Sekolah di kantin.
(Nafizah
bt Hanan)
Jawapan:
Pengawas sekolah dan
pengawas pusat sumber sekolah diberi pelepasan untuk berehat 10 minit lebih
awal daripada waktu rehat yang diperuntukkan dimana memberi peluang kepada
pengawas tersebut untuk menjalankan tugas.
|
14.
|
Jaga kebersihan kantin dan tandas.
(Jusop bin Razak)
Jawapan:
Kebersihan
kantin dan tandas sentiasa dititikberatkan. Pekerja kantin sentiasa memantau kebersihan
di sekeliling kawasan kantin manakala pekerja kebersihan membersihkan tandas
dan persekitaran sekolah.
|
15.
|
Supaya kantin sekolah dapat menyediakan
makanan yang berkhasiat. Makanan yang dijual di kantin banyak kepada “fast food”.
(Amiruddin Idris)
Jawapan:
Makanan
yang dijual di kantin adalah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dan
pastinya makanan yang disediakan adalah berkhasiat. Hal ini kerana sekiranya
pihak kantin tidak melaksanakan penyediaan dan penjualan makanan di kantin mengikut
peraturan yang telah ditetapkan, pihak kantin akan dikenakan tindakan.
|
16.
|
Makanan berkhasiat dijual di kantin.
Makanan tidak berkhasiat (Nabati pun dijual di kantin).
(Noor Hidaya binti
Zaini)
Jawapan:
Makanan yang dijual di kantin adalah mengikut
garis panduan yang telah ditetapkan dan pastinya makanan yang disediakan
adalah berkhasiat.
|
17.
|
Pemantauan kebersihan di kantin seperti
spot check mengejut kepada pengusaha kantin.
(Noor Hidaya binti
Zaini)
Jawapan:
|
18.
|
Tingkatkan keselamatan murid-murid –
jaga pemakanan murid-murid di kantin.
(Rafidah Yusof)
Jawapan:
Keselamatan
murid sentiasa ditingkatkan. Guru-guru sentiasa mengingatkan pelajar agar
sentiasa menjaga keselamatan dan pemakanan di kantin.
|
19.
|
Membaik pulih kerusi
makan di kantin sekolah.
(Norjalawati
Jamalis)
Jawapan:
Kerusi makan yang rosak telah diganti.
|
20.
|
Mengatur semula sistem
di kantin agar semua murid berpeluang membeli makanan dan mempunyai meja yang
mencukupi untuk makan. Masalah berpunca daripada murid terpaksa beratur
panjang dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk membeli dan menikmati
makanan.
(Ahmad
Fahmi bin Ismail)
Jawapan:
Sistem pembelian makanan semasa waktu
rehat di kantin telah ditingkatkan. Jumlah pelajar yang terlalu ramai semasa
beratur dapat dikurangkan dengan pelaksanaan pengasingan pelajar lelaki dan
perempuan. Ibu bapa dan guru-guru sentiasa mengajar dan menasihatkan pelajar
supaya membeli makanan terlebih dahulu sebelum bermain. Hal ini kerana ada
segelintir pelajar yang lebih suka bermain dan menunggu sehingga ke saat
akhir untuk membeli makanan yang menyebabkan mereka tidak sempat untuk makan.
|
21.
|
Pastikan makanan di kantin sekolah
berkhasiat. Jangan jual makanan ringan
yang boleh menjadi penyakit kanser dan lain-lain.
(Puan
Hairiyah binti Mohamad)
Jawapan:
Makanan yang dijual di kantin adalah
mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dan makanan yang disediakan
adalah berkhasiat. Penjualan makanan ringan tidak dibenarkan.
|
22.
|
Makanan yang dijual di kantin tidak
berkualiti dan mahal.
(Encik Alfiq Shahrill /
Puan Hasniza)
Jawapan:
Setiap
makanan yang dijual dikantin adalah berkualiti kerana telah mengikut prosedur
penyediaan makanan yang telah ditetapkan. Harga makanan yang dijual adalah
murah dan berpatutan kerana pihak sekolah telah menetapkan harga maksimum
makanan adalah sebanyak rm2.00 dan tidak boleh lebih dari harga tersebut.
|
23.
|
Perkhidmatan makanan bayaran bulanan
(makanan yang sihat) ini kerana pada pandangan saya kantin menghidangkan
makanan daripada pagi hingga ke petang. Contoh di Cyberjaya.
(Mohd Roslee bin Harun)
Jawapan:
Bagi
penyediaan perkhidmatan makanan yang dibayar secara ansuran bulanan kepada
murid yang berminat, ianya telah wujud sejak tahun 2017. Ibu bapa yang
berminat boleh datang berurusan dengan pihak kantin. Sebagai contoh, dua
penjaga telah membuat perjanjian dengan pihak kantin untuk menyediakan
makanan yang dibayar secara ansuran bulanan kepada anak mereka.
|
24.
|
Makanan untuk murid-murid di kantin
sekolah hendaklah seragam dan tidak perlu berbeza antara murid lelaki dan perempuan
seperti sekarang.
(Norzaliza bt Setapa)
Jawapan:
Makanan yang di jual dikantin adalah
seragam dan sama pada hari tersebut. Hanya semasa membeli makanan sahaja
pelajar beratur secara berasingan.
|
25.
|
Meningkatkan tahap kebersihan di kantin
(Wan Aishah bt Ishak)
Jawapan:
Kantin sentiasa dibersihkan, cuma kadangkala
murid yang terlalu ramai menyebabkan kebersihan tidak dapat dikawal. Bagi
pelajar sesi pagi contohnya, semasa waktu rehat sebelum memulakan aktiviti
kokurikulum, pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan dimana kumpulan
pertama menunaikan solat terlebih dahulu manakala kumpulan yang kedua berehat
di kantin. Ini adalah bagi mengelakkan kesesakan di kantin di samping memberi
masa kepada pekerja kantin untuk membersihkan kantin. Kantin juga ada
menyediakan “runner” bagi mengawal tahap kebersihan terutama semasa aktiviti
kokurikulum.
|
26.
|
Upgrade
meja dan kerusi di kantin serta menambah ruang makan untuk pelajar.
(Mohd Safri bin Mohamd
Subki)
Jawapan:
Meja
dan kerusi di kantin sentiasa dinaik taraf. Ini bermaksud segala kerosakan
yang berlaku telah diganti. Ruang makan untuk pelajar adalah terhad mengikut
infrastruktur asal sekolah.
|
27.
|
Penyeliaan makanan yang bersih.
(Redzuan bin Mokhtazar)
Jawapan:
Borang
Penilaian Kendiri Kantin diisi pada setiap hari. Oleh yang demikian,
penyeliaan makanan yang bersih akan sentiasa dijaga dan dipatuhi.
|
28.
|
Pelbagaikan makanan di kantin.
(Nasrum b. Zubir)
Jawapan:
Pelbagai makanan ada dijual di kantin dan
penyediaan makanan adalah berbeza pada setiap hari dalam satu minggu.
|
29.
|
Mohon pihak sekolah ambil berat
keselamatan murid-murid di kantin kerana ada aktiviti menggoreng ayam, minyak
panas di luar dapur kantin. Seharusnya memasak makanan panas di dalam dapur
kantin sahaja. Untuk mengelakkan kemalangan pada murid yang bermain-main di
sekitar kantin.
(Pn. Hayati bt Ayob)
Jawapan:
Pihak
kantin akan mengambil tindakan dengan meningkatkan ciri-ciri keselamatan di
kantin terutamanya semasa penyediaan makanan.
|
30.
|
Tingkatkan kualiti makanan di kantin.
(Pn. Rohayatul Akma bt Hamid)
Jawapan:
Kualiti makanan di kantin sentiasa
ditingkatkan.
|
31.
|
Display harga makanan di kantin.
Cikgu-cikgu monitor harga
dan kualiti (bahan resipi dan rasa makanan). Kebersihan nampak OK.
(Hasnida binti Mohamad Daud)
Jawapan:
Harga
makanan ada disediakan di kantin. Para pelajar boleh merujuk harga bagi yang
makanan yang dijual pada senarai harga yang disediakan.
|
32.
|
Cikgu-cikgu monitor harga
dan kualiti (bahan resipi dan rasa makanan). Kebersihan nampak OK.
(Hasnida binti Mohamad Daud)
Jawapan:
Harga
dan kualiti makanan sentiasa dipantau oleh pihak pentadbir di bawah Hal Ehwal
Murid. Manakala kebersihan di kantin sentiasa dijaga kerana pekerja kantin
sentiasa membersihkan setiap kali waktu pagi, rehat dan sebelum tamat persekolahan
sesi petang.
|
33.
|
Menambahbaik menu di kantin supaya lebih sihat dan sesuai dengan murid
sekolah.
(Encik Mohd Husairul bin Hussin)
Jawapan:
Makanan yang dijual di kantin adalah
mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dan makanan yang disediakan
adalah berkhasiat dan bersesuaian dengan pelajar sekolah.
|
34.
|
Makanan di kantin sekolah tidak memuaskan. Anak-anak mengadu ayam mentah, nasi mentah
dan kebanyakan ayam goreng tiada isi, ayam hanya ada kulit dan tepung sahaja
serta nasi lemak tiada sambal. Setiap
tahun sering terjadi sedemikian. Harap
pihak sekolah membuat pantauan.
(Puan Nor Haliza binti Ibrahim)
Jawapan:
Pada
setiap hari kantin dinilai melalui Borang Penilaian Kendiri Kantin yang
memastikan agar pihak kantin menyediakan makanan mengikut garis panduan yang
ditetapkan. Pihak sekolah akan berbincang bersama pihak kantin bagi setiap
permasalahan yang rimbul terutamanya dalam penyediaan makanan.
|
35.
|
Mengadakan sistem makanan untuk rehat.
(Puan Normizah binti Abu Bakar)
Jawapan:
Bagi penyediaan
perkhidmatan makanan yang dibayar secara ansuran bulanan kepada murid yang
berminat, ianya telah wujud sejak tahun 2017. Ibu bapa yang berminat boleh
datang berurusan dengan pihak kantin.
|
36.
|
Pemantauan tentang harga makanan dan minuman di kantin sekolah.
(Encik Mohd Halmy bin Sharifudin)
Jawapan:
Harga
makanan dan minuman yang dijual di kantin adalah dipantau. Makanan yang
dijual adalah tidak melebihi harga maksimum yang telah ditetapkan iaitu
sebanyak rm2.00.
|
37.
|
Kantin dan tandas kurang bersih.
Kebersihan makanan tidak dijaga. Contoh, ayam yang sudah dimasak tidak
bersih dari segi bulu ayam dan air Milo terasa bercampur dengan sambal basi
(maklumat dari anak dan kawan-kawan).
(Jusop bin Razak)
Jawapan:
|
E. PPKI
Tiada
sebarang cadangan dan usul yang mengupas isu pendidikan khas di sekolah ini.
F.
LAIN-LAIN
1.
|
Segerakan baiki fasiliti yang rosak
(Mohd Nasran b.
Mohd Taib)
Jawapan:
Fasiliti
yang rosak sentiasa diperbaiki mengikut kemampuan dana yang ada.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
2.
|
Mencadangkan supaya security menjaga murid-murid bermain di luar pagar sekolah semasa
ibu bapa belum tiba.
(Norhayati binti Karim)
Jawapan:
Pengawal
keselamatan sentiasa menjaga keselamatan pelajar malahan menjaga keselamatan
di sekeliling kawasan sekolah. Adalah disarankan supaya ibu bapa mengambil
anak-anak tepat pada waktunya bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
3.
|
Sediakan pengawal ketika balik ke
sekolah untuk kawal lalu lintas.
(Riza binti Jupry)
(Mohd Ramizu bin
Ibrahim)
Jawapan:
Pengawal
keselamatan sentiasa memantau dan mengawal lalu lintas semasa pelajar datang
dan pulang daripada sekolah.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
4.
|
Sila tingkatkan keselamatan murid-murid
di sekolah, seperti menambah lagi pengawal keselamatan.
(Gayathri d/o Stephen
Michael)
Jawapan:
Pengawal
keselamatan sekolah ditentukan oleh pihak kementerian. Sekiranya ada pihak
yang suka rela untuk menjaga keselamatan pelajar adalah dialu-alukan.
Sekiranya ingin mengupah RELA, sekolah tiada peruntukan untuk membayarnya.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
5.
|
Memperbaiki kaki lima laluan pejalan
kaki.
(Dinas Suhadi Putra bin
Punawan)
Jawapan:
PIBG pernah memohon
untuk mendapatkan kemudahan tersebut dan menunggu jawapan kelulusan kemudahan
yang diminta untuk keselamatan pelajar.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
6.
|
Memperbaiki penutup longkang sekeliling
sekolah.
(Dinas Suhadi Putra bin
Punawan)
Jawapan:
PIBG pernah memohon
untuk mendapatkan kemudahan tersebut dan menunggu jawapan kelulusan kemudahan
yang diminta untuk keselamatan pelajar.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
7.
|
Diminta pagar belakang di bahagian
Pangsapuri Dahlia dibuka bagi memudahkan murid-murid untuk kesekolah bagi
yang berjalan kaki.
(Halijah binti Osman)
Jawapan:
Pintu
pagar C tidak boleh dibuka kerana sekolah hanya mempunyai dua orang pengawal
keselamatan sahaja. Ini juga bagi tujuan keselamatan dan mengelakkan
pencerobohan oleh orang yang tidak dikenali dan kehilangan harta sekolah
serta warganya.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
8.
|
Cadangan agar tapis segala syarikat
motivasi dari luar yang memberi borang soal selidik kepada murid tanpa
kebenaran dan pengetahuan pihak sekolah.
(Siti Nordiana binti
Salman)
Jawapan:
Pihak sekolah sentiasa mengawal dan
memantau pihak syarikat motivasi luar yang memberi borang soal selidik kepada
murid tanpa kebenaran dan pengetahuan pihak sekolah.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
9.
|
Peniaga-peniaga di luar kawasan sekolah
mengganggu lalu lintas dan menyebabkan kesesakan semasa mengambil anak-anak.
Pihak sekolah seharusnya mengambil tindakan kerana ianya membahayakan
anak-anak dan dapat membendung jualan keropok yang tidak berkhasiat.
(Rahimah binti
Kamarudin)
Jawapan:
Pihak
sekolah akan mengambil tindakan terhadap peniaga-peniaga yang menjual makanan
yang tidak berkhasiat di luar kawasan sekolah dan mengganggu kelancaran
sewaktu pelajar pulang daripada sekolah.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
10.
|
Penjualan alat tulis dan mainan yang
tidak sepatutnya di kedai buku. Murid-murid sanggup tidak membeli makanan
demi untuk membeli barang yang tidak sepatutnya dijual di kedai buku.
(Noraniza Hussain)
Jawapan:
Pihak
sekolah akan mengadakan perbincangan dengan pengurus kedai buku.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
11.
|
Memohon pihak Majlis Perbandaran Sepang
atau pihak berkuasa tempatan untuk menaik taraf pinggiran/bahu jalan laluan
di jalan depan sekolah untuk meletakkan kenderaan menunggu dan laluan pejalan
kaki pelajar.
(Ar. Abdul Muzi
Abdullah)
Jawapan:
PIBG pernah memohon
untuk mendapatkan kemudahan tersebut dan menunggu jawapan kelulusan kemudahan
yang diminta untuk keselamatan pelajar.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
12.
|
Membina pagar sekolah serta menyediakan
tempat memasang banner.
(Ar. Abdul Muzi
Abdullah)
Jawapan:
Akan
dibincangkan bersama PIBG untuk tindakan selanjutnya kerana pembinaannya memerlukan sumber kewangan yang
besar.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
13.
|
Penambahbaikan keselamatan dan kesihatan
murid dengan menutup saliran longkang di perimeter kawasan kantin sekolah.
(Syaiful Iskandar bin
Yahya)
Jawapan:
Lubang
longkang di sekitar kawasan kantin banyak yang sudah diperbaiki dan ditutup.
Sekolah sentiasa memberi keutamaan kerana ia melibatkan aspek keselamatan dan
kesihatan.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
14.
|
Menyediakan pemandu dan kenderaan
kerajaan untuk semua jenis aktiviti sekolah dan luar sekolah bagi menjamin
keselamatan para pelajar kerana tambang kenderaan sangat mahal walaupun rumah
berdekatan.
(Azlina bt Che Hisham)
Jawapan:
Sekolah
tiada menyediakan peruntukan pemandu dan kenderaan kerajaan. Guru-guru perlu
membawa sendiri pelajarr ke aktiviti dan program luar sekolah.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
15.
|
Mengadakan kempen
keselamatan jalan raya untuk penunggang motosikal juga penumpang kanak-kanak
di dalam kereta. Jika perlukan sebarang bantuan dan hubungan dengan Majlis
Keselamatan Jalan Raya saya sedia membantu.
(Dinas
Elni Marini bt Punawan)
Jawapan:
Guru-guru dan pelajar
sentiasa melafazkan ikrar keselamatan jalan raya pada setiap hari Isnin
semasa perhimpunan. Kempen dan peringatan agar sentiasa menjaga keselamatan
di jalan raya sentiasa diingatkan.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
16.
|
Mengadakan
kempen kesedaran kepada ibu bapa agar menjadi contoh terbaik kepada anak-anak
(dan bukannya sebagai ikutan negatif kepada anak-anak, pelajar sekolah).
(Ahmad
Zairy bin Mohd Saeb)
Jawapan:
Kempen kesedaran kepada ibu bapa
agar menjadi contoh terbaik kepada anak-anak sentiasa diwar-warkan semasa
program bersama ibu bapa.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
17.
|
Traffic at drop off & pick up –
PINTU B need to be well organised. Car parked causing jam and unnecessary
block for other cars.
(Shrii Vetrii)
Jawapan:
Pintu pagar B sentiasa dipantau oleh
pengawal keselamatan dan guru bertugas. Ibu bapa perlu lebih peka agar tidak
menurunkan atau mengambil anak sehingga tidak menghiraukan keadaan jalan
raya.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
18.
|
Remove DADAH campaign. Kids are too
young to be exposed. Every corner of the school I only see “dadah”.
(Shrii Vetrii)
Jawapan:
Kempen Pendidikan Peencegahan Dadah
(PPDa) adalah arahan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Kempen ini
adalah melibatkan pembentukan sebuah generasi masa depan. Oleh kerana itu ia
perlu dilaksanakan secara serius.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
19.
|
Kurangkan perbelanjaan yang digunakan
untuk banner atau perkara yang
melibatkan ikon, guna dana tersebut untuk Kelas Tambahan.
(Amiruddin Idris)
Jawapan:
Sumbangan
untuk kelas tambahan tahun 6 hanya digunakan untu proses pengajaran dan
pembelajaran dan program tahun 6. Sebarang kos perbelanjaan untuk banner
mahupun program-program yang lain tidak sama sekali melibatkan dana untuk
program tahun 6.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
20.
|
Selepas waktu sekolah,
murid berkeliaran membeli makanan ringan di pintu pagar B sesuka hati.
(Noor Hidaya
binti Zaini)
Jawapan:
Ibu bapa perlu bekerjasama untuk mengingatkanpelajar
agar tidak membeli makanan ringan yang dijual di luar pagar sekolah.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
21.
|
Memperbaiki kaki lima dan laluan pejalan
kaki.
(Dinas Suhadi Putra bin
Punawan)
Jawapan:
Penyelenggaraan
kaki lima dan laluan pejalan kaki adalah dibawah tanggungjawab Majlis
Perbandaran Sepang. Pihak sekolah memerlukan kos yang besar dan mendapatkan
kerjasama dengan MPS untuk memperbaikinya.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
22.
|
Membersihkan kawasan luar berdekatan
dengan sekolah contoh padang permainan depan sekolah kerana murid-murid
sekolah kurang prihatin dengan kebersihan luar kawasan sekolah dengan
membuang sampah merata-rata.
(Nurul Akmar Abdullah)
Jawapan:
Kebersihan
di luar kawasan seekolah adalah di bawah tanggungjawab Pihak Berkuasa
Tempatan iaitu Majlis Perbandaran Sepang. Ibu bapa perlu sentiasa
mengingatkan pelajar agar tidak membuang sampah merata-rata.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
23.
|
Menurap bahu jalan dan membuat garisan
petak letak kenderaan di sekitar pagar A dan B.
(Ahmad Shahril bin
Johar)
Jawapan:
Menurap bahu jalan dan membuat garisan
petak letak kenderaan di sekitar pagar A dan B adalah dibawah tanggungjawab
Majlis Perbandaran Sepang. Pihak PIBG perlu membuat permohonan kepada MPS.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
24.
|
Beri kebenaran untuk menggunakan kawasan
di hadapan tangki besar untuk kegunaan letak kereta untuk ambil pelajar dari
sekolah.
(Ahmad Shahril bin
Johar)
Jawapan:
Pihak
sekolah akan bersama dengan PIBG untuk memanjangkan cadangan tersebut.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
25.
|
Pertingkatkan keselamatan dalam dan luar
kawasan sekolah.
(Damsari
bin Suhaili)
Jawapan:
Pihak sekolah sentiasa
memberi keutamaan kepada aspek keselamatan di dalam dan di luar kawasan
sekolah.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
26.
|
Kerjasama dari pihak polis sentiasa
memantau persekitaran sekolah.
(Damsari bin Suhaili)
Jawapan:
Pihak sekolah sentiasa bekerjasama
dengan polis. Pegawai Perhubungan Sekolah sentiasa datang ke sekolah untuk
mengambil laporan berkaitan dengan persekitaran sekolah.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
27.
|
“Saya cadangkan guru kelas dapat memberi
nombor telefon kepada ibu bapa supaya senang berhubung jika ada masalah
terutama pada murid-murid tahun 1 dan tahun 2”.
(Puan Ruzila binti
Abdul Razak)
Jawapan:
Ibu
bapa perlu meminta sendiri nombor telefon bimbit daripada guru yang berkenaan
kerana ia adalah bersifat privasi.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
28.
|
Mewujudkan “WhatsApp group” bagi setiap kelas untuk memudahkan komunikasi
antara ibu bapa dan guru kelas.
(Encik Ruslizan bin
Abdull Raffar)
(Encik Mohd Husairul bin Hussin)
Jawapan:
Guru kelas boleh mengambil usaha dan
inisiatif untuk memudahkan komunikasi antara ibu bapa dan guru disamping
dapat menyalurkan maklumat terkini berkaitan perkembangan pelajar. Tiada
sebarang paksaan untuk mewujudkannya.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
29.
|
Mewujudkan jaga jalan raya sewaktu murid
datang sekolah dan balik untuk menjaga keselamatan para murid.
(Encik Ruslizan bin
Abdull Raffar)
(Encik Mohd Husairul bin Hussin)
Jawapan:
Pengawal
keselamatan sekolah ditentukan oleh pihak kementerian. Sekiranya ada pihak
yang suka rela untuk menjaga keselamatan pelajar adalah dialu-alukan.
Sekiranya ingin mengupah RELA, sekolah tiada peruntukan untuk membayarnya.
Namun, pihak sekolah akan mengadakan perbincangan dengan PIBG untuk mengatasi
masalah ini.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
30.
|
“Saya mohon kepada ibu bapa agar tidak
menunggu di hadapan pintu pagar B semasa murid balik samada sesi pagi atau
sesi petang. Ini boleh mengakibatkan
kesesakan berlaku di laluan dan terdapat gangguan.
(Puan Mariam binti
Tamat)
Jawapan:
Ibu
bapa perlu bekerjasama dan lebih prihatin agar tidak menghalang laluan yang
mendatangkan gangguan seperti kesesakan lalu lintas dan sebagainya.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
31.
|
Tutup lubang di pagar sekolah terutama
di sebelah tangki air kerana terdapat banyak lubang-lubang tikus di sana.
(Encik Noor Azizi bin Hussin)
Jawapan:
Pihak
sekolah sentiasa menutup lubang-lubang di pagar tersebut. Namun, lama
kelamaan lubang tersebut timbul semula.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
32.
|
Maklumat berkaitan sekolah disebarkan
melalui surat atau dinyatakan di dalam buku komunikasi. Langganan SMS tidak berbaloi kerana hanya
sedikit maklumat disampaikan sedangkan bayaran RM10/setahun X 2 =
RM20/setahun.
(Puan Siti Noor binti
Omar)
Jawapan:
Tiada
sebarang paksaan daripada pihak sekolah untuk membeli sistem langganan ezzy
sms tersebut. Sistem langganan tersebut adalah sebagai pemudah cara untuk ibu
bapa mendapatkan sebarang maklumat terkini daripada sekolah tentang aktiviti,
program dan terutamanya berkaitan tarikh peperiksaan penting. Sekiranya ibu
bapa tidak mahu melanggan sistem pesanan ringkas tersebut, ibu bapa boleh
mendapatkan maklumat terkini melalui blog sekolah yang sentiasa dikemaskini
maklumatnya untuk perhatian dan tindakan ibu bapa.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
33.
|
Harap dapat disegerakan pembinaan surau
baru di sekolah. Sekiranya pembinaan
dimulakan, orang ramai akan nampak kemajuan projek dan akan menderma.
(Puan Suhaila bt Kassim)
Jawapan:
Usaha
pembinaan surau sedang giat dijalankan. Kutipan surau masih tidak mencukupi.
Hal ini bagi mengelakkan surau yang dibina terbengkalai disebabkan kekurangan
dana yang mana boleh menjejaskan keselamatan pelajar semasa projek masih
belum berjaya disiapkan. Adaah diharapkan agar ibu bapa dapat memberi
sumbangan agar projek pembinaan surau ini dapat dilaksanakan dengan kadar
segera.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
34.
|
Tidak membenarkan ibu bapa mengambil anak
di kelas untuk dibawa pulang (jika sakit @ ada hal). Ibu bapa hanya boleh tunggu di pejabat,
pihak sekolah yang akan panggil anak tersebut. Ini disebabkan oleh faktor keselamatan.
(Mohd Dzuhairi bin
Idris)
Jawapan:
Ibu
bapa perlu memohon kebenaran daripada Guru Besar atau pihak pentadbir dan
berurusan di pejabat sekiranya ingin membawa anak pulang. Pihak sekolah tidak
mahu mengambil risiko terutamanya dari aspek keselamatan pelajar sekiranya
ibu bapa mahu mengambil anak-anak dari sekolah semasa waktu persekolahan
tanpa kebenaran daripada pihak atasan, bimbang dikhuatiri berlaku kejadian
yang tidak diingini di luar sekolah.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
35.
|
Mempertingkatkan penggunaan sistem
nombor penggiliran untuk sesi perjumpaan guru dan ibu bapa (Sesi Jalinan
Mesra) mengetahui prestasi murid.
(En. Suhaimi bin Sulaiman)
Jawapan:
Guru-guru ada sistem penggiliran semasa
sesi perjumpaan bersama ibu bapa dijalankan.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
36.
|
Pertingkatkan keselamatan dalam dan luar
sekolah. Kerjasama dari pihak polis sentiasa memantau persekitaran sekolah.
(En. Damsari bin Suhaili)
Jawapan:
Kempen dan peringatan agar sentiasa
menjaga keselamatan di jalan raya sentiasa diingatkan sama ada semasa berada
di dalam atau di luar kawasan sekolah. Pihak sekolah sentiasa bekerjasama
dengan polis. Pegawai Perhubungan Sekolah sentiasa datang ke sekolah untuk
mengambil laporan berkaitan dengan persekitaran sekolah.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
37.
|
Tambahkan keceriaan terhadap dewan
terbuka SKTPP untuk keselesaan semua.
(Pn. Norshazlin bt Shaharuddin)
Jawapan:
Ibu bapa boleh memberi sumbangan kepada
pihak sekolah dalam usaha untuk menceriakan dewan terbuka sekolah untuk
keselesaan semua.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
38.
|
Tempat letak basikal tidak berbumbung.
Cadangan:- Memasang bumbung.
(En. Mohd Nornikman bin Abd Rahim)
Jawapan:
Penyediaan tempat letak basikal
berbumbung memerlukan kos kewangan yang sangat tinggi.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
39.
|
Meminta bantuan pasukan Rela untuk
memastikan keadaan lalu lintas semasa pergi dan balik murid-murid.
(Pn. Siti Rohaidah bt Samsudin)
Jawapan:
Sekiranya
ingin mengupah RELA, sekolah tiada peruntukan untuk membayarnya. Namun, pihak
sekolah akan mengadakan perbincangan dengan PIBG untuk mengatasi masalah ini.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
40.
|
Sediakan pengawal lalu lintas ketika
balik sekolah.
(Suhar b. Mishan)
Jawapan:
Pihak
sekolah akan mengadakan perbincangan bersama PIBG. Ibu bapa boleh membuat
sumbangan kepada pihak sekolah untuk mendapatkan khidmat pengawal lalu
lintas.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
41.
|
Penambah baikan pada ruang menunggu di
gate B.
(Mohd Safri bin Mohamad Subki)
Jawapan:
Penambahbaikan pada ruang menunggu di
pintu pagar B memrlukan kos dan pembiayaan yang besar. Ibu bapa boleh
bekerjasama dengan PIBG untuk menyediakan ruang menunggu yang lebih baik.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
42.
|
Mengadakan kempen recycle di sekolah setiap bulan di samping dapat menjana
pendapatan dan tabung PIBG.
(Mohd Safri bin Mohamad Subki)
Jawapan:
Akan diusahakan dan diperhalusi.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
43.
|
Minta tambah lagi kon di hadapan pintu
pagar A kerana masih ramai lagi ibu bapa yang hantar dan ambil anak
betul-betul di hadapan pintu pagar A.
(Roslizawati Abd Rahman)
Jawapan:
Ibu bapa yang berkemampuan boleh membuat
sumbangan menambah kon yang sedia ada. Ibu bapa sentiasa diingatkan agar
mengambil dan menghantar anak hanya di pintu pagar B sahaja memandangkan
pintu pagar A adalah untuk kegunaan guru dan pelawat daripada luar di samping
mengelakkan kejadian seperti kemalangan.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
44.
|
Barang di kedai buku sangat mahal dan
tidak berpatutan.
Tingkatkan keselamatan pelajar di luar
sekolah.
(Nasrum b. Zubir)
Jawapan:
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
45.
|
Laluan sehala untuk mengawal kesesakan
lalu lintas di waktu puncak (pagi, tengah hari, petang).
(Mohd Izwan bin Mohd
Hashim)
Jawapan:
PIBG
akan membincangkan perkara ini.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
46.
|
Minta pagar di belakang Dahlia dibuka
untuk anak-anak saya senang pergi sekolah.
(Ahmad
Bakri b. Din)
Jawapan:
Pintu
pagar C tidak boleh dibuka kerana sekolah hanya mempunyai dua orang pengawal
keselamatan sahaja. Ini juga bagi tujuan keselamatan dan mengelakkan
pencerobohan oleh orang yang tidak dikenali dan kehilangan harta sekolah
serta warganya.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
47.
|
Sediakan penjaga trafik lalu lintas untuk kemudahan anak-anak melintas
jalan.
(Encik Mohd Safhar bin Yaacob)
Jawapan:
Sekolah
tidak mampu untuk menanggung kos upah warden atau penjaga trafik lalu lintas
serta kesukaran mencari calon. Mohon ibu bapa menurut arahan dan peraturan
yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
48.
|
Menyediakan tempat simpan buku dan mengutip sejumlah wang untuk setiap
tahun bagi setiap murid. Ini bagi
meringankan beban buku yang berat terhadap murid.
(Encik Mohd Indera Safwan)
Jawapan:
Tiada
tempat simpanan buku di dalam bilik darjah yang fleksibel dan bersesuaian
disebabkan jumlah kepadatan murid yang ramai antara 40-45 orang pelajar.
Namun, sebahagian buku latihan dan buku aktiviti ada disimpan di bahagian
belakang kelas.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
49.
|
Setiap program/info sekolah
perlu disampaikan melalui SMS. Pada
tahun 2017, kekerapan SMS dihantar tidak memadai dengan yuran SMS RM10.
(Encik Mohd Farudi b Mohd Halil)
Jawapan:
Tiada
sebarang paksaan daripada pihak sekolah untuk membeli sistem langganan ezzy
sms tersebut. Sistem langganan tersebut adalah sebagai pemudah cara untuk ibu
bapa mendapatkan sebarang maklumat terkini daripada sekolah tentang aktiviti,
program dan terutamanya berkaitan tarikh peperiksaan penting. Sekiranya ibu
bapa tidak mahu melanggan sistem pesanan ringkas tersebut, ibu bapa boleh
mendapatkan maklumat terkini melalui blog sekolah yang sentiasa dikemaskini
maklumatnya untuk perhatian dan tindakan ibu bapa.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
50.
|
Ingin tahu sekiranya pihak sekolah ada mengadakan program semuka
dengan pelajar yang masih lemah dalam bacaan dan mengadakan kelas khas /
tambahan lebih-lebih lagi anak-anak di tahun 1.
(Puan Nur Afliza bt Zainozin)
Jawapan:
Pihak
sekolah ada mengadakan program semuka dibawah Program Sinergi Ilmu sebagai
program permuafakatan ibu bapa tahun 1. Kelas tambahan bagi pelajar tahun 1
tidak dapat diadakan atas faktor ketiadaan tempat. Namun, guru-guru sentiasa
berusaha untuk membantu pelajar yang lemah dalam pelajaran dengan menggunakan
kaedah dan strategi yang seseai untuk meningkatkan tahap kebolehan pelajar.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
51.
|
Saya mencadangkan agar masa balik sesi petang diawalkan pada pukul
6.30 petang.
(Puan Normala bt Mohd Salleh)
Jawapan:
Dasar yang telah dibentuk tidak boleh
diubah. Oleh kerana itu, pelajar tidak boleh pulang awal kerana akan
menyebabkan waktu pengajaran terpaksa dikurangkan serta ianya adalah
tertakluk kepada kalendar akademik dan jumlah waktu persekolahan.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
52.
|
Kawalan barang-barang yang dijual di koperasi sekolah.
(Encik Mohd Halmy bin Sharifudin)
Jawapan:
Pihak
sekolah akan mengadakan perbincangan dengan pengurus kedai buku.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
53.
|
Dipermudahkan sumbangan PIBG kepada pengawal. Tahun lepas, saya disuruh untuk memakai kot
untuk ke pejabat bagi menyumbang bayaran PIBG.
(Encik Zulkiflee Sarudin)
Jawapan:
Sumbangan
PIBG boleh diserahkan kepada anak masing-masing dimana anak-anak mereka akan
menyerahkan wang sumbangan tersebut kepada guru kelas mereka. Adalah
digalakkan agar sumbangan diserahkan kepada guru atau pejabat.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
54.
|
Perbaiki kerosakan longkang di luar sekolah di mana terdapat penutup
longkang telah pecah, aliran air tidak lancar dan sebagainya.
(Anan Zuli Ismail)
Jawapan:
Segala kerosakan yang berlaku di luar kawasan
sekolah adalah dibawah tanggungjawab Majlis Perbandaran Sepang.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
55.
|
AJK TERTINGGI PIBG
PENGERUSI
NAIB PENGERUSI
SETIAUSAHA
BENDAHARI
AJK MEDIA DAN PUBLISITI (KEMASKINI MEDIA SOSIAL)
AJK SEDIAADA LAIN
AJK TERTINGGI SETIAP KOHORT
(Muhammad Izwanazrul Ismail)
Jawapan:
Perbincangan
akan diadakan semasa mesyuarat AJK PIBG berlangsung.
|
No comments:
Post a Comment