Saturday, February 23, 2019

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-15 / 2019

Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Taman Putra Perdana Kali Ke-15, yang berlangsung pada 23 Februari 2019 telah berjalan lancar mengikut agenda yang dirancang. Seawal jam 8.00 pagi, para ibubapa dan guru telah mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran dan seterusnya memenuhi ruang di Dewan Perdana, iaitu tempat berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG. 

Sebelum majlis bermula, di dewan telah ditayangkan video Diskusi Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Tahap 1 - Temubual Eksklusif Pak Nil Bersama Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, YBhg. Datuk Dr Amin Senin untuk memberi lebih penjelasan tentang PBD & pemansuhan peperiksaan Tahap 1.


Seterusnya tepat jam 9.00 pagi majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa oleh Ustaz Zurilazman bin Abdullah, diikuti ucapan alu-aluan oleh Guru Besar SKTPP, Pn. Hajjah Rohaidah bt Mohd Ali, YDP PIBG, Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian dan seterusnya ucapan perasmian oleh Ketua Penolong PPD Pengurusan Akademik, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang, Encik Mohd Alias bin Awang.


Bacaan doa diketuai oleh Ustaz Zurilazman bin Abdullah

Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar SKTPP,
 Pn. Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali






Ucapan oleh YDP PIBG 2018/2019,
Tn Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian




Ucapan Perasmian oleh Ketua Penolong PPD Pengurusan Akademik, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang, Encik Mohd Alias bin Awang.

Ketika berlangsungnya majlis ini, pihak sekolah serta PIBG juga telah berbesar hati menyampaikan hadiah kepada 15 orang bekas murid sekolah ini yang telah berjaya mendapat keputusan 6A dalam peperiksaan UPSR tahun 2018 yang lalu. Semoga penghargaan yang diberikan kepada murid-murid ini akan menjadi penyuntik semangat agar mereka terus cemerlang pada masa hadapan dan menjadi contoh yang baik kepada semua murid SKTPP.


Antara penerima hadiah kecemerlangan UPSR 2018

Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaikan cenderahati kepada AJK PIBG Sesi 2018/2019.

Puan Jumilah binti Ahmad menerima cenderahati dari PIBG selaku pentadbir sekolah.



Antara AJK PIBG Sesi 2018/2019 yang menerima cenderahati PIBG.
Cenderahati turut disampaikan kepada
Encik Mohd Alias bin Awang sebagai tanda terima kasih atas kesudian beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini.

Majlis turut diselangi dengan acara persembahan murid di bawah bimbingan Puan Astina binti Mahad Nor.

Persembahan murid

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-15 dibuka dengan ucapan ringkas oleh YDP PIBG, diikuti dengan pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat yang lalu, Penyata Tahunan dan Penyata Kewangan oleh Setiausaha Kehormat  dan Bendahari Kehormat PIBG. AJK PIBG 2018/2019 juga turut mengambil tempat di hadapan semasa sesi membentang dan membahaskan usul dan cadangan.


Antara ibubapa/penjaga yang telah hadir dan 
memberikan usul semasa mesyuarat berlangsung.

Seterusnya YDP PIBG membubarkan AJK PIBG 2018/2019 dan memberi laluan kepada Pengerusi Sementara untuk mengendalikan pemilihan AJK PIBG 2019/2020. Majlis bersetuju melantik PK Kokurikulum; Encik Shahrizal bin Ya'am sebagai Pengerusi Sementara. 

PK Kokurikulum; Encik Shahrizal bin Ya'am
sebagai Pengerusi Sementara.

Setelah pemilihan dibuat, AJK PIBG 2019/2020 mengambil tempat di hadapan dan YDP PIBG membuka ruang kepada semua ibubapa yang hadir sekiranya terdapat hal-hal lain yang ingin dibincangkan.


Senarai AJK Tertinggi untuk sesi 2019/2020 adalah seperti berikut :



Penasihat                                : Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali

Yang Dipertua                         : Tuan Haji Khairul Azhar Bin Mohammad Suffian
Yang Naib Dipertua                 : Encik Ibrahim Bin Rahman
Setiausaha Kehormat             : Puan Norbaizura Binti Nordin
Naib Setiausaha Kehormat    : Cik Syahirah Binti Tumar
Bendahari Kehormat                : Puan Azwani Binti Mohamed Noordin @ Noordin

Ahli jawatankuasa (Ibu Bapa) :
1. Encik Wan Roslizan bin Othman
2. Puan Rahimah Binti Ahmad Akhirudin
3. Puan Nalini A/P Venugopal
4. Puan Rafidah binti Othman
5. Puan Azura binti Mohamad Zawawi
6. Puan Rozitah binti Mat Tasu

Ahli Jawatankuasa (Guru) :
1. Encik Nor Amirulfitri bin Othman
2. Encik Ahmad Zubair bin Haji Muhamad Taib
3. Puan Julaili binti Onion
4. Cik Maizan bin Abdullah
5. Cik Mawaddah binti Kamarulzaman

Juru Audit (Ibu Bapa) : Puan Normawati Binti Saad
Juru Audit (Guru)        : Puan Norinna binti Mohamedhamed

Barisan AJK PIBG SK Taman Putra Perdana sesi 2019/2020

Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru kali ke-15 yang dihadiri oleh ibubapa/penjaga serta guru-guru SK Taman Putra Perdana kali ini diharap dapat menjadi jambatan penghubung  dan pengerat silaturrahim antara ibubapa/penjaga dengan guru-guru. Diharapkan cetusan idea dan pendapat daripada semua pihak dapat membantu meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah.

Mesyuarat PIBG SKTPP kali Ke-15 ini ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.

Disediakan oleh,
Amalina binti Abd Hamid
Nurul Afiqah binti Mohd Hashim
Norazah binti Mohd Ali

No comments:

Post a Comment