Sebagai penutup bagi Tahun 2015, AJK Pembinaan Surau SKTPP yang diketuai oleh Project Director (PD); Tn. Hj. Muzi serta YDP; Tn. Hj. Khairul Azhar telah bermesyuarat buat kali terakhir tahun ini yang diadakan di Pusat Sumber Sekolah. Majlis telah membincangkan gerak kerja seterusnya dalam mendapatkan dana tabung wakaf surau. Alhamdulillah kutipan setakat ini ialah hampir RM34,000.00. Ahli mesyuarat dimaklumkan bahawa kerja-kerja pembinaan akan dimulakan apabila kutipan mencapai RM500,000.00. Justeru usaha yang lebih mantap perlu dilakukan bagi merancakkan lagi kutipan wakaf surau tersebut.
Antara langkah yang akan diambil dan diteruskan lagi ialah menyediakan tabung yang lebih banyak lagi kukuh, menyusul pihak-pihak yang telah menerima surat permohonan sumbangan seperti Pusat Zakat Selangor, Baitulmal, Wakaf Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan lain-lain lagi. YDP PIBG dan PD akan membuat susulan kepada pihak Majlis Perbandaran Sepang (MPS) untuk urusan konsultan, pelan dan sebagainya untuk tujuan permohonan pelepasan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Semoga segala urusan ini akan dipermudahkan oleh Allah SWT...
Friday, November 27, 2015
Monday, November 16, 2015
Konvensyen PIBG 1Selangor
Guru Besar dan YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar telah mendapat jemputan untuk menghadiri Konvensyen PIBG 1 Selangor pada 13 - 15 November 2015 di Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek, Negeri Sembilan. YDP tak dapat hadir kerana ada urusan. Guru Besar pula hanya dapat melapor diri pada sebelah malam hari ke-2. Namun banyak input telah diperolehi daripada konvensyen tersebut. Semoga konvensyen ini dapat memantapkan lagi PIBG sekolah-sekolah dan seterusnya membantu pihak sekolah dan murid-murid dalam segenap bidang pendidikan dan pembangunan sekolah...
Wednesday, November 4, 2015
Mesyuarat AJK PIBG ke-6/2015
Mesyuarat AJK PIBG terakhir tahun ini telah diadakan pada sebelah malam. Semoga segala perancangan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin hasil permuafakatan ibu bapa dan guru. Terima kasih buat semua pentadbir dan AJK yang hadir. Mohon maaf atas segala keterlanjuran kata dan tingkahlaku sepanjang tahun ini. Semoga sekolah kita akan semakin maju hasil kerjasama semua.
Perancangan Mesyuarat Agung PIBG tahun depan pada 30 Januari 2016 (Sabtu).
Subscribe to:
Posts (Atom)