Dimaklumkan sumbangan PIBG sebanyak RM50.00 untuk setiap keluarga telah diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Selangor dan dipersetujui semasa Mesyuarat Agung PIBG ke-13. Diharap ibu bapa / penjaga dapat membuat pembayaran kepada guru kelas anak masing - masing segera bagi membolehkan PIBG melaksanakan program yang telah dirancang demi kecemerlangan pendidikan anak-anak. Sumbangan yang diberikan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Wednesday, January 25, 2017
Sunday, January 22, 2017
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-13 2017/2018
Pada 22 Januari 2017 (Ahad), berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG SKTPP buat kali ke-13. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Mohd Alias bin Awang, Penolong PPD Sains dan Matematik (Menengah).
Mesyuarat Agung Tahunan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk berbincang, mengutarakan pendapat dan mencetus idea-idea bernas demi menjana kemajuan seterusnya meningkatkan prestasi akademik, disiplin dan kokurikulum sekolah.
Tanpa sokongan padu dan kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru-guru, sesebuah sekolah itu tidak akan mencapai kejayaan. Diharapkan agar jalinan hubungan yang terbentuk antara kedua-dua pihak akan menjadi satu pemangkin yang bisa meletuskan kejayaan dan kegemilangan SK Taman Putra Perdana bagi tahun 2017.
Suasana yang sempat dirakamkan semasa berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG, 2017...
(Lagi laporan Mesyuarat Agung PIBG dalam blog SKTPP - sila klik di sini)

Tahniah buat barisan AJK PIBG yang terpilih. Semoga akan memantapkan lagi pengurusan PIBG SKTPP.
AJK PIBG SESI 2017/2018
Pn. Hjh.
Rohaidah Bt Mohd Ali
|
Penasihat
|
Tn Hj Khairul
Azhar B. Mohammad Suffian
|
Yang Dipertua
|
En.Mohamad Rahmat B. Sahman
|
Naib Yang Dipertua
|
Pn. Noor Hayati
Bt Yusof
|
Setiausaha Kehormat
|
Pn. Nurhayati
Bt Mohamed Nor
|
Naib Setiausaha Kehormat
|
Pn. Maimunah Bt
Yob
|
Bendahari Kehormat
|
Dr. Saravanan
Ramasamy
|
AJK Ibu Bapa
|
En. Ibrahim Bin
Rahman
|
AJK Ibu Bapa
|
En. Azman Bin Ab.Kadir
|
AJK Ibu Bapa
|
En. Salahuddin
Bin Abdullah
|
AJK Ibu Bapa
|
Pn. Salina Bt Mohd Arifin
|
AJK Ibu Bapa
|
Dr. Mazrina Bt Mohamed Ibramsah
|
AJK Ibu Bapa
|
En. Abdul Hafiz Bin Abdul Halil
|
AJK Guru
|
En. Tarmiji Bin Sabali
|
AJK Guru
|
Pn. Azwani Bt Mohamed Noordin
|
AJK Guru
|
Pn. Astina Bt Mahad Nor
|
AJK Guru
|
Pn. Nik Kamisah Bt Mohamad Aziz
|
AJK Guru
|
Pn. Wan Intan Zuraida Bt Wan Mohd Zain
|
Juruaudit Dalam Ibu Bapa
|
Pn. Shurhama Bt Ahmad
|
Juruaudit Dalam Guru
|
Wednesday, January 18, 2017
Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke-5 / 2016
Menjelang Mesyuarat Agung PIBG yang akan diadakan pada hari Ahad 22.1.2017 nanti, AJK PIBG telah bermesyuarat buat kali ke-5 yakni kali terakhir untuk sesi ini. Tujuan utama mesyuarat adalah untuk membincangkan perkara-perkara berbangkit serta perkara-perkara baharu termasuk persiapan Mesyuarat Agung. Terima kasih buat barisan AJK PIBG sesi 2016 / 2017 yang sangat komited lagi cemerlang. Pihak sekolah amat menghargai segala jasa baik yang telah diberi baik dalam bentuk kewangan, tenaga, idea dan apa jua sumbangan yang telah membuahkan banyak kejayaan dan kecemerlangan sekolah sepanjang tahun lepas. Semoga kehebatan tuan / puan akan diteruskan oleh kepimpinan AJK yang akan dilantik nanti.
Mohon maaf atas segala kesilapan dan kelemahan pihak sekolah dan guru-guru sepanjang kita berkolaborasi. Semoga hubungan silaturrahim ini akan berkekalan sampai bila-bila demi kemajuan pendidikan anak-anak murid kita..

Monday, January 16, 2017
Sunday, January 8, 2017
Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-13
Dengan
segala hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG kali ke-13 akan diadakan seperti ketetapan berikut:-
Tarikh : 22 Januari 2017 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Perdana SKTPP
Kehadiran
Y. Bhg Dato’/Datin/Tuan/Puan amatlah diharapkan bagi menjayakan Mesyuarat Agung
pada tahun ini.
Sekian
dimaklumkan, terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)