Saturday, April 1, 2017

Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke-2

Tahniah diucapkan kepada AJK PIBG yang telah meluangkan masa hadir ke Mesyuarat AJK PIBG kali ke-2. Semoga permuafakatan strategik ini akan membuahkan hasil yang baik dalam meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak murid SKTPP.
   Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih banyak diucapkan atas sumbangan peruntukan menampung pelbagai keperluan sekolah termasuklah;
- bayaran insentif 2 orang guru ganti
- kos pemasangan grill di tangga-tangga
- naiktaraf Makmal Komputer
- kos sambutan penarafan PPDa peringkat kebangsaan
   Sesungguhnya peruntukan ini banyak membantu pihak sekolah dalam meningkatkan kemudahan fizikal dan pelaksanaan program-program sekolah.
   Doakan kejayaan SKTPP dalam penarafan Bilik Sumber PPDa peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 6 April 2017 nanti.
"PPDa Pemangkin Kecemerlangan"




No comments:

Post a Comment