Saturday, February 18, 2017

Mesyuarat AJK PIBG Bil. 1 Sesi 2017/2018

Mesyuarat AJK PIBG buat kali pertama bagi sesi 2017/2018 telah diadakan pada hari Sabtu 18 Februari 2017. Kehadiran AJK amat memberangsangkan. YDP; Tn. Hj. Khairul Azhar memulakan agenda mesyuarat dengan sesi memperkenalkn diri oleh semua AJK & pentadbir yang hadir. Mesyuarat telah membincangkan pelbagai perkara dan permasalahan yang ditimbulkan. Terima kasih buat PIBG kerana telah meluluskan permohonan sekolah untuk menjalankan berbagai-bagai program yang telah disusun. Terima kasih banyak buat AJK yang telah menghulurkan sumbangan peribadi bagi menampung kos aktiviti-aktiviti.
   Semoga permuafakatan yang terjalin ini akan menjamin kebajikan anak-anak murid serta dapat membantu pihak sekolah mengadakan program-program kecemerlangan murid, menaiktaraf kemudahan sekolah, menambah dana PIBG dan seterusnya meningkatkan imej sekolah. Semoga idea yang dijana akan memantapkan lagi pengurusan sekolah agar lebih cemerlang....









No comments:

Post a Comment