Thursday, August 13, 2015

Jemputan Ke Malam Gema Selawat SKTPP 2015


Hadith:
Nabi s.a.w bersabda: "Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku."(Riwayat:  Ibn Mas'ud r.a)


Wednesday, August 5, 2015

Malam Gema Selawat SKTPP 2015

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Taman Putra Perdana pada tahun ini akan menganjurkan satu Program Wakaf Pembinaan Surau & Sumbangan Pembangunan Sekolah. Objektif program ini dianjurkan adalah untuk mencari dana (wakaf) bagi membina sebuah surau baharu di sekolah ini untuk memenuhi keperluan bilangan murid yang semakin bertambah setiap tahun. Manakala dana (sumbangan) pembangunan sekolah pula akan digunakan untuk tujuan pembangunan fizikal sekolah yang meliputi bidang Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum.

Satu majlis yang dinamakan 'Malam Gema Selawat SKTPP 2015' akan diadakan sempena pelancaran program wakaf dan sumbangan tersebut pada;

Tarikh  : 14 Ogos 2015 (Jumaat)
Masa    : 7.00 malam hingga 10.00 malam
Tempat : Dewan Perdana SKTPP
Majlis ini akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Sharum bin Mohd Sharif (ADUN Dengkil)


Pihak PIBG berbesar hati menjemput semua ibu bapa / penjaga serta orang ramai untuk sama-sama hadir pada majlis tersebut. 

Pelbagai acara telah diaturkan seperti:
  • Alunan Selawat dan tazkirah daripada kumpulan nasyid 'Anwarul Madad' (untuk yang beragama Islam)
  • Ceramah Motivasi Keibubapaan (untuk yang bukan beragama Islam)
  • Jualan gerai terbuka

Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke majlis ini akan mendapat keberkatan serta dapat merealisasikan matlamat pihak sekolah demi kebaikan seluruh warga SKTPP.



*Bagi pihak yang berhajat untuk memberi Sumbangan Wakaf Pembinaan Surau atau Sumbangan Pembangunan Sekolah, boleh menghubungi pihak sekolah di talian 03-83119204 atau emel ke sktmnputraperdana@gmail.com

*Sebarang pertanyaan berhubung sewaan gerai terbuka, juga boleh menghubungi pihak sekolah di talian yang sama. Bayaran sewa yang dikenakan ialah sebanyak RM30.00 bagi satu gerai.

Tuesday, August 4, 2015

Mesyuarat AJK Pelaksana Malam Gema Selawat PIBG






Semoga perancangan program Malam Gema Selawat dan projek induk PIBG tahun ini - Wakaf Surau serta Pembangunan Sekolah akan berjalan lancar dan dirahmati Allah SWT.

Saturday, August 1, 2015

Mesyuarat AJK PIBG ke-4

Alhamdulillah dalam suasana Hari Raya yang mulia ini AJK PIBG telah dapat berkumpul bermesyuarat membincangkan permasalahan sekolah & program-program terutamanya program Gema Selawat yang akan diadakan pada 14 Ogos 2015 nanti. Semoga segala perancangan dapat dilaksanakan dengan lancar dan jayanya.






Wednesday, June 17, 2015

Perbincangan Khas Wakaf Surau

Insya Allah kalau tiada apa aral tahun ini PIBG SKTPP akan menjalankan program Wakaf Surau dan Sumbangan Pembangunan Sekolah. Setelah mendapat kebenaran daripada PPD Sepang, langkah seterusnya ialah memohon pelepasan cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan urusan-urusan kelulusan dari Majlis Perbandaran Sepang (MPS) berkait dengan pelan bangunan, anggaran kos, pelantikan konsultan, kontraktor dan berbagai-bagai urusan.
   Untuk tujuan tersebut, AJK PIBG telah membuat perjumpaan bersama arkitek; En. Muzi - salah seorang ibu bapa sekolah ini. Perbincangan berkisar tentang prosedur, strategi, masalah dan lain-lain lagi. Beberapa jawatan telah dibuat pelantikan;
Pengurus Wang Wakaf : Tn. Hj. Ahmad Fuadi
Pengurus Sumbangan : Pn. Azizah Mokhlas
Penyelaras Barangan : Pn. Rosmah
Bendahari : Ustaz Zurilazman dan Ustazah Wan Rosmawati