Showing posts with label Wakaf Surau. Show all posts
Showing posts with label Wakaf Surau. Show all posts

Sunday, October 25, 2015

Mesyuarat AJK Wakaf Surau kali ke-3

Mesyuarat Wakaf Surau kali ke-3 ini telah diadakan pada 23 Oktober 2015 (Jumaat), bertempat di Bilik Mesyuarat SKTPP. Mesyuarat kali ini telah bersetuju memutuskan beberapa perkara. Antaranya maklumat terkini berkaitan kutipan wakaf akan dimaklumkan oleh Bendahari pada setiap minggu melalui aplikasi Whatsapp dan Facebook sekolah. Selain itu, tabung wakaf akan disediakan di sekolah. Ini bertujuan bagi menggalakkan murid-murid untuk melakukan sumbangan wakaf.





Pihak PIBG dan sekolah amat mengalu-alukan sumbangan daripada pihak tuan/puan agar dapat menghulurkan sedikit sumbangan bagi membantu mempercepatkan pembinaan surau baharu ini. Sumbangan tuan/puan bolehlah disalurkan ke dalam no akaun berikut:


Segala sumbangan yang diberikan tuan/puan kami doakan agar Allah S.W.T. mengurniakan rahmatNya, keberkatanNya serta dipermudahkan segala urusan tuan/puan seisi keluarga di dunia dan di akhirat.

Wednesday, October 14, 2015

Pelanjutan Kebenaran Program Wakaf Surau

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT atas kelulusan permohonan pelanjutan program Wakaf Surau dan Pembangunan Sekolah kita hingga 31 Disember 2016. Dengan ini pihak sekolah dan PIBG mempunyai lebih banyak masa untuk membuat kutipan dan dana untuk program wakaf surau SKTPP ini. Semoga lebih ramai penyumbang akan menghulurkan sumbangan bagi projek ini. Hasrat kami tak lain tak bukan adalah untuk melihat surau SKTPP akan terbina dan tertegak demi kemudahan anak-anak murid dan warga sekolah kami. Kepada para penyumbang terima kasih banyak kami ucapkan. Hanya Allah jua yang akan membalasnya..



Wednesday, September 30, 2015

Mesyuarat AJK Wakaf Surau kali ke-2

Mesyuarat Wakaf Surau kali ke-2 ini telah dihadiri YDP, NYDP PIBG, GB, GPK, AJK PIBG, Tn. Hj. Muzi - Pengerusi Pembangunan serta guru-guru AJK yang terdiri daripada guru-guru Pendidikan Islam SKTPP. Mesyuarat telah membincangkan perkembangan terkini program Wakaf Surau dan Kelas Pengajian Tambahan ini seperti proses mendapatkan kelulusan pelan daripada PBT (MPS), gambaran projek yang akan dilaksanakan, kaedah kutipan, masalah, cadangan dan lain-lain lagi. Kutipan yang diperolehi setakat ini yakni lebih RM18,000.00 masih jauh daripada sasaran. Semoga usaha seterusnya akan memberi lebih banyak peningkatan terhadap jumlah kutipan.
   Kepada para ibu bapa / penjaga, masyarakat setempat serta para dermawan, kami memohon dapatlah kiranya menyumbang / mendapatkan penyumbang untuk mengisi dana Wakaf Surau kami. Tuan / puan bolehlah menyumbang dengan cara bank in ke Bank Rakyat no akaun : 22-138-102638-7. Setiap sumbangan sangat kami hargai dan diucapkan ribuan terima kasih...





Sunday, September 6, 2015

Banner Tabung Wakaf Surau



Semoga dapat menarik para penyumbang untuk pembinaan surau SKTPP. Terima kasih...

Thursday, August 27, 2015

Mesyuarat Khas 1 Wakaf Surau SKTPP

Terima kasih diucapkan kepada En. Muzi bin Abdullah; bapa murid sekolah ini atas kesudian dilantik selaku Pengerusi Pembinaan Surau SKTPP. Majlis penyerahan surat pelantikan tersebut telah diadakan semasa Mesyuarat Khas 1 AJK Induk Wakaf Surau SKTPP pagi tadi. Turut menerima surat pelantikan ialah;
- Tn. Hj. Ahmad Fuadi bin Sarham : Pengurus Wang Wakaf Surau
- En. Zurilazman bin Abdullah : Penolong Pengurus Wang Wakaf Surau
- Pn. Azizah binti Mokhlas : Pengurus Sumbangan Pembangunan Sekolah
   Mesyuarat telah membincangkan gambaran pembinaan surau, kaedah dan strategi pelaksanaan dalam usaha untuk mendapatkan dana dan kelulusan PBT ke arah permohonan pelepasan cukai dengan LHDN. Adalah diharapkan semoga usaha yang murni dan niat yang suci ini akan dipermudahkan Allah serta mendapat sokongan dan kerjasama dari semua pihak.




En. Muzi menerima surat pelantikan daripada YDP PIBG SKTPP - Tn. Hj. Khairul Azhar

Tn. Hj. Ahmad Fuadi

Ustaz Zurilazman

Ustazah Azizah


Ucapan dan taklimat oleh En. Muzi - Pengerusi Pembinaan Surau SKTPP

Tuesday, August 25, 2015

Tabung Wakaf Surau SKTPP



Semoga semua penderma dimurahkan rezeki dan hidup diberkati. Aamiinn..

Monday, August 24, 2015

Brosur Tabung Wakaf Untuk Pembinaan Surau di SKTPP


Pelan Lokasi Pembinaan Surau dan Kelas Pengajian Tambahan SKTPP







Pihak PIBG ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Muzi bin Abdullah kerana telah menyediakan pelan pembinaan surau dan kelas pengajian tambahan ini.

Sunday, August 23, 2015

Sumbangan Saham Akhirat

Buat semua ibu bapa, masyarakat setempat serta semua pembaca blog ini jom menyumbang untuk saham akhirat iaitu Wakaf Surau SKTPP. Sumbangan bolehlah diberi dalam bentuk;
~ Tunai / cek atas nama PIBG SK Taman Putra Perdana & kirim ke alamat SK Taman Putra Perdana, 47130 Puchong; atau
~ bank in ke Bank Rakyat : 22-138-102638-7 atas nama PIBG SK Taman Putra Perdana.
   Sumbangan & kerjasama tuan / puan amat dialu-alukan dan diucapkan ribuan terima kasih. Semoga dimurahkan rezeki kalian.. amiiin....

Thursday, August 13, 2015

Jemputan Ke Malam Gema Selawat SKTPP 2015


Hadith:
Nabi s.a.w bersabda: "Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku."(Riwayat:  Ibn Mas'ud r.a)


Wednesday, August 5, 2015

Malam Gema Selawat SKTPP 2015

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Taman Putra Perdana pada tahun ini akan menganjurkan satu Program Wakaf Pembinaan Surau & Sumbangan Pembangunan Sekolah. Objektif program ini dianjurkan adalah untuk mencari dana (wakaf) bagi membina sebuah surau baharu di sekolah ini untuk memenuhi keperluan bilangan murid yang semakin bertambah setiap tahun. Manakala dana (sumbangan) pembangunan sekolah pula akan digunakan untuk tujuan pembangunan fizikal sekolah yang meliputi bidang Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum.

Satu majlis yang dinamakan 'Malam Gema Selawat SKTPP 2015' akan diadakan sempena pelancaran program wakaf dan sumbangan tersebut pada;

Tarikh  : 14 Ogos 2015 (Jumaat)
Masa    : 7.00 malam hingga 10.00 malam
Tempat : Dewan Perdana SKTPP
Majlis ini akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Sharum bin Mohd Sharif (ADUN Dengkil)


Pihak PIBG berbesar hati menjemput semua ibu bapa / penjaga serta orang ramai untuk sama-sama hadir pada majlis tersebut. 

Pelbagai acara telah diaturkan seperti:
  • Alunan Selawat dan tazkirah daripada kumpulan nasyid 'Anwarul Madad' (untuk yang beragama Islam)
  • Ceramah Motivasi Keibubapaan (untuk yang bukan beragama Islam)
  • Jualan gerai terbuka

Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke majlis ini akan mendapat keberkatan serta dapat merealisasikan matlamat pihak sekolah demi kebaikan seluruh warga SKTPP.



*Bagi pihak yang berhajat untuk memberi Sumbangan Wakaf Pembinaan Surau atau Sumbangan Pembangunan Sekolah, boleh menghubungi pihak sekolah di talian 03-83119204 atau emel ke sktmnputraperdana@gmail.com

*Sebarang pertanyaan berhubung sewaan gerai terbuka, juga boleh menghubungi pihak sekolah di talian yang sama. Bayaran sewa yang dikenakan ialah sebanyak RM30.00 bagi satu gerai.

Wednesday, June 17, 2015

Perbincangan Khas Wakaf Surau

Insya Allah kalau tiada apa aral tahun ini PIBG SKTPP akan menjalankan program Wakaf Surau dan Sumbangan Pembangunan Sekolah. Setelah mendapat kebenaran daripada PPD Sepang, langkah seterusnya ialah memohon pelepasan cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan urusan-urusan kelulusan dari Majlis Perbandaran Sepang (MPS) berkait dengan pelan bangunan, anggaran kos, pelantikan konsultan, kontraktor dan berbagai-bagai urusan.
   Untuk tujuan tersebut, AJK PIBG telah membuat perjumpaan bersama arkitek; En. Muzi - salah seorang ibu bapa sekolah ini. Perbincangan berkisar tentang prosedur, strategi, masalah dan lain-lain lagi. Beberapa jawatan telah dibuat pelantikan;
Pengurus Wang Wakaf : Tn. Hj. Ahmad Fuadi
Pengurus Sumbangan : Pn. Azizah Mokhlas
Penyelaras Barangan : Pn. Rosmah
Bendahari : Ustaz Zurilazman dan Ustazah Wan Rosmawati