Sunday, June 29, 2014

Sukan Tahunan SKTPP yang meriah

Dengan sumbangan yang besar daripada PIBG, Kejohanan Sukan Tahunan SKTPP kali ke-11 tahun 2014 ini telah berjalan dengan lancar dan sangat happening. Terima kasih kepada semua ibu bapa, YDP, AJK PIBG, para guru dan murid-murid sekalian. Semoga program ini dapat merapatkan silaturrahim antara guru dan ibu bapa serta pihak komuniti. Jom tengok sebahagian gambar suasana sukan tersebut...

 Di holding room bersama perasmi - Tn. Hj. Mutalib bin Tomran (Timbalan PPD Sepang)



Tahniah kepada para pemenang
Acara sampingan
Riang ria anak-anak SKTPP


Lagi laporan bergambar dalam blog SKTPP di sini, blog GB di sini dan blog PPDa di sini.

Thursday, June 19, 2014

Bermulanya Sistem SMS Sekolah

Sistem SMS sekolah telah mula beroperasi pada bulan Jun 2014. Pengaktifan sistem SMS ini bertujuan untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dan program sekolah dengan lebih mudah dan cepat melalui telefon bimbit kepada ibu bapa. Sistem ini merupakan satu lagi medium komunikasi yang dicetuskan oleh PIBG di samping komunikasi-komunikasi sedia ada yang dipraktikkan oleh sekolah seperti surat edaran, makluman melalui blog sekolah dan pesanan oleh guru-guru. Sistem ini hanya beroperasi bagi mereka yang telah melanggan sahaja.

Walau bagaimanapun, pendaftaran Sistem SMS sekolah ini masih lagi dibuka. Kepada ibu bapa yang berminat untuk melanggannya boleh mendapatkan borang Sistem SMS daripada guru kelas anak masing-masing. Borang pendaftaran beserta yuran RM 10.00 (sepuluh ringgit sahaja) setahun boleh diserahkan kepada pihak sekolah melalui guru kelas untuk proses pengaktifan kali ke-2.

Berikut adalah SMS-SMS yang telah diterima oleh ibu bapa baru-baru ini :

 




Laporan berkaitan sistem 'SMS' Sekolah - sila klik di sini

Wednesday, June 18, 2014

Mesyuarat think tank PPDa bersama wakil AJK PIBG

Mesyuarat think tank PPDa SKTPP hari ini telah mempertemukan pentadbir sekolah, Setiausaha PIBG, wakil AJK PIBG (YM Tengku Syawaluddin bin Tengku Mamat) selaku Event Manager Karnival D.A.R.I.H , Penyelaras PPDa, Setiausaha PPDa, AJK Video Karnival D.A.R.I.H, Ketua Bilik Sumber PPDa dan  wakil syarikat MZY Skytrue Pro (En Zuhdi bin Yahya).
Pihak sekolah dan PIBG telah bersetuju melantik syarikat MZY Skytrue Pro sebagai Event Planner bagi Karnival D.A.R.I.H yang akan diadakan pada 16 Ogos 2014. 












Saturday, May 24, 2014

Mesyuarat AJK PIBG ke-2

Mesyuarat AJK PIBG ke-2 telah diadakan di Makmal Komputer 1. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat kali ini ialah;
1. Program sms (butiran lanjut sila klik di sini)
2. Program Jalinan Mesra (18.6.2014)
3. Sukan Tahunan (28.6.2014)
4. Karnival DARIH (16.8.2014)

   Terima kasih buat PIBG yang telah meluluskan permohonan sekolah untuk menampung kos Sukan Tahunan. Terima kasih jua buat AJK PIBG yang bermurah hati menyumbang piala-piala pusingan pada hari sukan. Semoga semua perancangan dapat direalisasikan hasil kerjasama semua guru dan ibu bapa.


YDP dan Penasihat PIBG - GB
 
Suasana ceria mesyuarat AJK PIBG

Wednesday, May 21, 2014

Kempen Daftar Sistem 'SMS' Sekolah

Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKTPP telah bersetuju untuk mewujudkan sistem SMS sekolah. Sistem ini bertujuan sebagai salah satu saluran bagi pihak sekolah menyampaikan maklumat secara terus ke 'handphone' ibu bapa/penjaga.


Yuran pendaftaran bagi sistem ini adalah sebanyak RM10.00 (sepuluh ringgit) bagi setiap keluarga untuk setahun. Borang pendaftaran bersama-sama yuran pendaftaran boleh diserahkan melalui guru kelas anak masing-masing pada atau sebelum 27 Mei 2014 (Selasa). Pengaktifan sistem ini akan dilakukan pada bulan Jun 2014.

Contoh borang pendaftaran adalah seperti berikut :