Saturday, October 30, 2021

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-17 Tahun 2021

Buat julung-julung kalinya Mesyuarat Agung Tahunan PIBG telah dijalankan secara maya pada hari Sabtu, 30 Oktober 2021.

    Majlis yang pada mulanya mengalami sedikit perubahan masa akibat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan Taman Putra Perdana, berjalan dengan sangat lancar sehingga ke akhirnya.

    Dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zurilazman supaya majlis diberkati dan berjalan lancar dan diikuti oleh ucapan alu-aluan oleh Puan Hajah Rohaidah selaku guru besar SK Taman Putra Perdana.

     Di dalam ucapannya, Puan Hajah Rohaidah mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa yang berusaha memastikan PdPR berjalan lancar dengan memastikan anak-anak mereka mengikuti kelas mengikut jadual yang telah ditetapkan.  Puan Hajah Rohaidah juga memberitahu aktiviti kokurikulum juga berjaya dilaksanakan secara dalam talian pada setiap hari Sabtu.  Segala pertandingan dan aktiviti yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) juga dapat disertai oleh murid-murid walaupun dalam norma baharu hasil kerjasama ibu bapa dan guru.

    Seterusnya Tuan Haji Khairul Azhar selaku Yang Dipertua (YDP) PIBG memulakan ucapan beliau dengan pengumuman ringkas mengenai keadaan YB Tuan Adhif Syan bin Abdullah (ADUN Dengkil) yang baru sahaja menjalani pembedahan bahu dan tidak dapat hadir merasmikan mesyuarat tahunan ini.  Beliau berharap agar YB Adhif Syan cepat sembuh dan dapat menjalankan tugas seperti biasa.  Tuan Haji Khairul Azhar juga mengucapkan tahniah kepada ibu bapa yang berjaya memastikan PdPR berjalan lancar sepanjang murid-murid berada di rumah.  

     Sedikit ingatan dari YDP PIBG, supaya setiap ibu bapa dapat menyelesaikan sumbangan PIBG supaya setiap aktiviti di sekolah dapat berjalan lancar.  Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua guru SK Taman Putra Perdana kerana berjaya menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG secara maya melalui aplikasi Zoom.  'Walaupun baru pertama kali melakukan mesyuarat ini secara maya, saya amat berpuas hati dengan hasilnya', ujar beliau.  Beliau seterusnya merasmikan mesyuarat.

    Mesyuarat dimulakan dengan pelantikan Encik Shahrizal bin Ya'am (PK Kokurikulum) selaku pengerusi sementara selepas Ahli Jawatankuasa (AJK) PIBG bagi tahun 2020/2021 dibubarkan.  Majlis seterusnya sebulat suara (pengundian secara poll) mengekalkan AJK 2021/2021 untuk sesi 2021/2022 dengan dua orang AJK baru mengisi kekosongan setelah ada AJK 2020/2021 menolak untuk menjadi AJK.

    Berikut adalah barisan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2021/2022:

Yang Dipertua: Tuan Haji Khairul Azhar bin Muhammad Suffian
Naib Yang DiPertua: Puan Normawati binti Saad
Setiausaha Kehormat: Puan Norbaizura binti Nordin
Naib Setiausaha Kehormat: Cik Syahirah binti Tumar
Bendahari: Puan Azwani binti Mohamed Noordin
Naib Bendahari: Puan Norazian binti Ahmad

AJK Ibu bapa:
1. Puan Siti Faezah binti Ahmad
2. Puan Azura binti Mohamad Zawawi
3. Tuan Haji Megat Md. Saleh bin Md. Arshad, PJK, PPB
4. Encik Hafiz bin Zainol Shokor
5. Puan Jayanthe Kandasamy
6. Puan Hamidah binti Affendi

AJK Guru:
1. Puan Roseniza binti Setapa
2. Puan Norhidayu binti Sadri
3. Puan Noor Hayati binti Yusof
4. Encik Mohd Hadri bin AG Idris
5. Encik Ahmad Mustafid bin Mat Sharif

Juru Audit (Ibu bapa): Encik Ibrahim bin Rahman
                  (Guru): Puan Rosmizawati bin Yusub


Mari kita saksikan gambar-gambar sepanjang mesyuarat dijalankan, video korporat dan video-video persembahan oleh murid-murid SK Taman Putra Perdana.

Pengumuman mengenai kelewatan mesyuarat akibat gangguan bekalan elektrik

Bacaan Doa

Ucapan Guru Besar

Ucapan YDP PIBG


Mesyuarat bermula

Pembentangan laporan aktiviti oleh Setiausaha; Puan Baizura

Pembentangan kewangan oleh Bendahari; Pn. Azwani



Pengerusi Majlis 

Keputusan undian supaya AJK dikekalkan


Kru belakang tabir





Di sebalik tabir









Disediakan oleh:

Puan Nor-Azura binti Mustafa
Puan Norazian binti Mat Anuar
Puan Norinna binti Mohamed

AJK Posting blog MAT PIBG Kali Ke-17

No comments:

Post a Comment