Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) disaran menjalinkan kerjasama erat dengan pihak sekolah untuk membantu mencari dana bukan sahaja dari segi pembangunan infrastruktur berbentuk fizikal tetapi juga mencakupi aspek kemenjadian murid.
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata, PIBG perlu memainkan peranan membantu pihak sekolah mencari dana terutama dalam membantu membaik pulih atau menaik taraf kemudahan sedia ada supaya diwujudkan persekitaran pembelajaran yang selesa, selamat dan kondusif.
“Pada masa sama, dana sumbangan PIBG juga perlu dimanfaatkan bagi tujuan pembangunan akademik dan kokurikulum sekolah,” katanya ketika merasmikan kutipan amal PIBG Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Beruntung, Hulu Selangor, baru-baru ini.
Majlis itu turut dihadiri Yang Dipertua PIBG SK Bukit Beruntung, Bakari Abu Bakar, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor, Abu Mansor Sathiri dan Guru Besar sekolah itu, Kamariah Ab Rashid.
Dalam tempoh sebulan kutipan amal melibatkan guru dan ibu bapa itu berjaya memperoleh RM55,571.50 dengan kutipan tertinggi sebanyak Rm2018 oleh murid tahun satu, Syaza Minhalina Md. Fuzi.
Dipetik daripada:
https://m.utusan.com.my/pendidikan/pibg-disaran-kumpul-dana-bantu-sekolah-1.625381
No comments:
Post a Comment