Sunday, September 10, 2023
Murid-Murid SKTPP Beraksi dalam Filem "Adiwiraku 2 : Gemencheh Boys"
Saturday, June 24, 2023
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Dan Perasmian Musalla Raudatul Ilmi
Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG kali ke-19 dan Perasmian Musalla Raudatul Ilmi telah diadakan pada 24 Jun 2023 (Sabtu)
Perasmian MAT PIBG dan Musalla Raudatul Ilmi telah disempurnakan oleh Tuan Haji Shopuan Anuar bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
Pihak sekolah amat berbesar hati dengan kehadiran beliau yang sudi meluangkan masa untuk merasmikan MAT PIBG dan Musalla Raudatul Ilmi.
Pihak sekolah juga merakamkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-19.
Berikut merupakan barisan AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana bagi sesi 2023/2024;
Penasihat : Pn. Hajah Rohaidah bt Mohd Ali
Yang Dipertua : Tn. Haji Megat Md Saleh bin Md Arshad
Naib Yang Dipertua : En. Hafiz bin Zainol Shokor
Setiausaha : Pn. Nurliza binti Ab Rahman
Naib Setiausaha : Cik Azwane binti Adnan
Bendahari : Pn. Musaliha binti Mustafa
Naib Bendahari : Cik Amalina binti Abd Hamid
Ahli Jawatankuasa (Guru)
1. Pn. Nor Latifah binti Che Yusoff
2. En. Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin
3. Pn. Rosmawati binti Md Desa
4. Pn. Claudia Jacqueline Charles Nelson
5. Cik Zalina binti Ismail
Ahli Jawatankuasa (IBU Bapa)
1. Pn. Nur Syamila binti Muhamad Ishak
2. Pn. Siti Faezah binti Ahmad
3. En. Wan Mohd Nazmi bin Wan Hussein
4. En. Muhd Khusyairi bin Abdul Latif
5. Pn. Sasira binti Nordin
6. En. Muhammad Syamim bin Mohd Nizam
Juru Audit:
Pn. Umi Nazrah bin Saharoni (Guru)
En. Amir Ariffin bin Ab Rahman (Ibu Bapa)
Saturday, May 20, 2023
Notis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali Ke-19 Tahun 2023
BIL | PERKARA |
1. | Ucapan alu-aluan pengerusi majlis |
2. | Ucapan pengerusi (Yang Dipertua) |
3. | Ucapan penasihat (Guru Besar) |
4. | Pembentangan & Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-18 |
5. | Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG sesi 2022/2023 |
6. | Pembentangan & Pengesahan Penyata Kewangan yang berakhir 31 Disember 2022 |
7. | Membahaskan usul dan cadangan |
8. | Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 |
9. | Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 a) Pelantikan pengerusi sementara b) Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG (Guru) bagi sesi 2023/2024 i. Setiausaha Kehormat ii. Naib Setiausaha Kehormat iii. Bendahari Kehormat iv. Naib Bendahari Kehormat v. AJK Guru (5 orang daripada kalangan guru SKTPP) vi. Juruaudit Dalaman (Seorang wakil guru) c) Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG (Ibu bapa / penjaga) bagi sesi 2023/2024 i. Yang Dipertua ii. Naib Yang Dipertua iii. AJK Ibu Bapa (6 orang daripada kalangan ibu bapa / penjaga) iv. Juruaudit Dalaman (Seorang wakil ibu bapa / penjaga) |
10. | Hal-hal lain |
11. | Ucapan penangguhan |
12. | Majlis bersurai |
Saturday, June 25, 2022
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-18 Tahun 2022
Pada hari Sabtu, 25 Jun 2022 berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-18 dengan jayanya mengikut agenda yang telah ditetapkan. Mesyuarat Agung Tahunan PIBG pada kali ini masih secara maya seperti tahun sebelumnya ekoran pandemik Covid-19. Dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zurilazman supaya majlis diberkati dan berjalan lancar dan diikuti dengan tayangan multimedia berkaitan aktiviti dan program yang dianjurkan PIBG bersama pihak sekolah untuk tahun 2022.
- Johan Pertandingan Bilik Sumber Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) negeri Selangor (2016).
- Penarafan 5 Bintang Pertandingan Bilik Sumber Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) peringkat Kebangsaan (2017)
- Johan Anugerah Pengurusan Disiplin Cemerlang Negeri Selangor (2020)
- Tempat ke-3 Anugerah Pengurusan Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks peringkat negeri Selangor.
- Wakil daerah bagi kategori Laluan atau Lorong Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) peringkat negeri Selangor (2022).
- Puan Siti Faezah binti Ahmad
- Puan Azura binti Mohamad Zawawi
- Tuan Haji Megat Md. Saleh bin Md. Arshad, PJK, PPB
- Encik Hafiz bin Zainol Shokor
- Encik Kamarul Badlishah bin Kamarulzaman
- Puan Hamidah binti Affendi
- Encik Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah
- Puan Noor Hanawati Alinda binti Abd Taib Puruji
- Encik Mohd Dzarfan bin Kamar Baharin
- Puan Nor Hanim binti Ismail
- Encik Mohd Hasbullah bin Zainal Abidin
Barisan Pengacara Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Tahun 2022 |
Ucapan Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian (YDP) PIBG |
Penyampaian sijil penghargaan dan cenderamata kepada barisan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2021/2022 |
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG sesi 2022 bermula |
Pembentangan laporan aktiviti oleh Setiausaha; Puan Baizura |
Pembentangan kewangan oleh Bendahari; Pn. Azwani |
Pembentangan usul dan cadangan |
Tatacara pemilihan AJK PIBG bagi sesi 2022 |
|
Persembahan daripada murid SKTPP
Persembahan daripada murid SKTPP |
Di sebalik tabir Mesyuarat Agung PIBG berlangsung....
Disediakan oleh:
Nor Saadah binti Ab Halim
Hastipa binti Mat Daud
Monday, June 6, 2022
Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-18 Tahun 2022
Makluman kepada ibu bapa / penjaga murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana,
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-18 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Platform : Aplikasi Google Meet
BIL | PERKARA |
1. | Ucapan alu-aluan pengerusi majlis |
2. | Ucapan pengerusi (Yang Dipertua) |
3. | Ucapan penasihat (Guru Besar) |
4. | Pembentangan & pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-17 |
5. | Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG sesi 2020/2021 |
6. | Pembentangan & Pengesahan Penyata Kewangan yang berakhir 31 Disember 2021 |
7. | Membahaskan usul dan cadangan |
8. | Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022 |
9. | Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 a) Pelantikan pengerusi sementara b) Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG (Guru) bagi sesi 2022/2023 i. Setiausaha Kehormat ii. Naib Setiausaha Kehormat iii. Bendahari Kehormat iv. Naib Bendahari Kehormat v. AJK Guru (5 orang daripada kalangan guru SKTPP) vi. Juruaudit Dalaman (Seorang wakil guru) c) Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG (Ibu bapa / penjaga) bagi sesi 2022/2023 i. Yang Dipertua ii. Naib Yang Dipertua iii. AJK Ibu Bapa (6 orang daripada kalangan ibu bapa / penjaga) iv. Juruaudit Dalaman (Seorang wakil ibu bapa / penjaga) |
10. | Hal-hal lain |
11. | Ucapan penangguhan |
12. | Majlis bersurai |
Disediakan oleh,
Nur Azizati dan Arnny Yusnita
Thursday, December 9, 2021
Penghargaan PPD kepada PIBG SKTPP
Tahniah buat PIBG SKTPP atas penghargaan dari PPD kerana telah mencapai KPI : 50% Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Secara Sukarela Dalam Aktiviti Sekolah Sepanjang Tahun 2020. Tahniah dan terima kasih buat YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar Mohammad Suffian, Naib YDP PIBG; Pn. Normawati, barisan AJK PIBG serta ibu bapa atas usaha dan kegigihan yang dijalin bersama guru-guru selama ini. Semoga PIBG SKTPP terus cemerlang dan menerajui kegemilangan sekolah serta anak-anak kita..
Saturday, October 30, 2021
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-17 Tahun 2021
Buat julung-julung kalinya Mesyuarat Agung Tahunan PIBG telah dijalankan secara maya pada hari Sabtu, 30 Oktober 2021.
Majlis yang pada mulanya mengalami sedikit perubahan masa akibat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan Taman Putra Perdana, berjalan dengan sangat lancar sehingga ke akhirnya.
Dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zurilazman supaya majlis diberkati dan berjalan lancar dan diikuti oleh ucapan alu-aluan oleh Puan Hajah Rohaidah selaku guru besar SK Taman Putra Perdana.
Di dalam ucapannya, Puan Hajah Rohaidah mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa yang berusaha memastikan PdPR berjalan lancar dengan memastikan anak-anak mereka mengikuti kelas mengikut jadual yang telah ditetapkan. Puan Hajah Rohaidah juga memberitahu aktiviti kokurikulum juga berjaya dilaksanakan secara dalam talian pada setiap hari Sabtu. Segala pertandingan dan aktiviti yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) juga dapat disertai oleh murid-murid walaupun dalam norma baharu hasil kerjasama ibu bapa dan guru.
Seterusnya Tuan Haji Khairul Azhar selaku Yang Dipertua (YDP) PIBG memulakan ucapan beliau dengan pengumuman ringkas mengenai keadaan YB Tuan Adhif Syan bin Abdullah (ADUN Dengkil) yang baru sahaja menjalani pembedahan bahu dan tidak dapat hadir merasmikan mesyuarat tahunan ini. Beliau berharap agar YB Adhif Syan cepat sembuh dan dapat menjalankan tugas seperti biasa. Tuan Haji Khairul Azhar juga mengucapkan tahniah kepada ibu bapa yang berjaya memastikan PdPR berjalan lancar sepanjang murid-murid berada di rumah.
Sedikit ingatan dari YDP PIBG, supaya setiap ibu bapa dapat menyelesaikan sumbangan PIBG supaya setiap aktiviti di sekolah dapat berjalan lancar. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua guru SK Taman Putra Perdana kerana berjaya menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG secara maya melalui aplikasi Zoom. 'Walaupun baru pertama kali melakukan mesyuarat ini secara maya, saya amat berpuas hati dengan hasilnya', ujar beliau. Beliau seterusnya merasmikan mesyuarat.
Mesyuarat dimulakan dengan pelantikan Encik Shahrizal bin Ya'am (PK Kokurikulum) selaku pengerusi sementara selepas Ahli Jawatankuasa (AJK) PIBG bagi tahun 2020/2021 dibubarkan. Majlis seterusnya sebulat suara (pengundian secara poll) mengekalkan AJK 2021/2021 untuk sesi 2021/2022 dengan dua orang AJK baru mengisi kekosongan setelah ada AJK 2020/2021 menolak untuk menjadi AJK.
Berikut adalah barisan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2021/2022:
Naib Yang DiPertua: Puan Normawati binti Saad
Setiausaha Kehormat: Puan Norbaizura binti Nordin
Naib Setiausaha Kehormat: Cik Syahirah binti Tumar
Bendahari: Puan Azwani binti Mohamed Noordin
Naib Bendahari: Puan Norazian binti Ahmad
Pengumuman mengenai kelewatan mesyuarat akibat gangguan bekalan elektrik |
Bacaan Doa |
Ucapan YDP PIBG |
Mesyuarat bermula |
Pembentangan laporan aktiviti oleh Setiausaha; Puan Baizura |