Mesyuarat khas ini telah membincangkan perkembangan program Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH" SKTPP yang akan diadakan pada hari Ahad 7 Ogos 2016 ini. Terima kasih atas kehadiran semua. Segala cadangan serta bantuan yang dihulurkan baik dalam bentuk idea, kewangan maupun sumber manusia amat dihargai terutama dalam menyediakan sukarelawan pada hari larian tersebut...
Friday, August 5, 2016
Menjejak Trek Larian
YDP PIBG telah turun padang bersama Guru Besar dan guru-guru sewaktu membuat pemantauan trek Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH" yang akan diadakan pada hari Ahad ini iaitu pada 7 Ogos 2016. Selesai survey dengan kereta, perbincangan dilakukan berkaitan kemudahan polis, pasukan RELA, BSMM, penguatkuasa dan keperluan-keperluan lain. Terima kasih atas sokongan PIBG dalam melancarkan pengurusan program dan menampung kos-kos yang diperlukan...
Thursday, July 28, 2016
Berita Larian Amal
Berita Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH" SKTPP 2016 anjuran sekolah bersama PIBG dimuatkan dalam akhbar Sinar Harian.. Jom tengok di sini..
Monday, July 4, 2016
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1437H
Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, pihak sekolah dan PIBG ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh murid dan ibu bapa serta guru dan warga SKTPP. Semoga hari raya ini disambut dengan penuh semangat kekeluargaan dan jalinan hubungan yang erat sesama keluarga, sanak saudara serta jiran tetangga. Didoakan agar selamat sampai ke destinasi serta kampung halaman masing-masing dan selamat kembali semula ke rumah dengan semangat dan azam baru demi meneruskan kecemerlangan yang telah diraih..
Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Monday, June 6, 2016
Jom Sertai Kami Dalam Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH" 2016
Assalamualaikum & Salam 1Malaysia
Jom cergas sambil beramal....
Semua dijemput untuk menyertai dan memeriahkan Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH" anjuran bersama SK Taman Putra Perdana dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKTPP yang akan diadakan pada 7 Ogos 2016 nanti..
Anda berpeluang untuk menyertai 3 kategori yang dipertandingkan;
1) Terbuka - 10 km
2) Fun Run - 4 km
3) Murid Sekolah - 4 km
Pelbagai aktiviti menarik diadakan pada hari tersebut:
# Pameran Bilik Sumber PPDa - Johan Negeri Selangor 2015 / 2016
# Pameran daripada agensi seperti AADK, KKM, PDRM, JKDM
# Permainan Kanak-Kanak
# Gerai Jualan
# Cabutan Bertuah
Maklumat lanjut boleh dilihat dalam blog dan facebook rasmi Larian Amal;
Klik di sini larianamaldarvih@blogspot.my

Wednesday, May 18, 2016
Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke-2 / 2016
Alhamdulillah Mesyuarat AJK PIBG kali ke-2 dapat diadakan pada hari Selasa 17 Mei 2016 jam 8.00 malam. Kehadiran menggalakkan. Terima kasih atas komitmen YDP, NYDP, semua AJK serta semua Penolong Kanan yang turut hadir bersama Penasihat.
Banyak telah dibincangkan dalam mesyuarat ini termasuklah program induk PIBG bersama PPDa : Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH", projek Wakaf Surau dan lain-lain lagi. Semoga segala perancangan dan program dapat dilaksanakan dengan jayanya dan segala permasalahan dapat diselesaikan dengan baik serta penuh semangat kekeluargaan.
Di akhir mesyuarat, telah diadakan majlis penyampaian hadiah boling santai yang tertangguh tempoh hari kepada YDP; Tn. Hj. Khairul Azhar dan AJK; En. Ibrahim. Terima kasih..

Sunday, May 15, 2016
Santai Bowling Hari Guru
PIBG dengan kerjasama Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KKGK) dan Unit Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SKTPP telah menganjurkan program Santai Bowling Hari Guru 2016 di DPulze, Cyberjaya. Alhamdulillah penyertaan dalam kalangan ibu bapa dan guru agak memuaskan.
Turut hadir memeriahkan program ialah Exco PIBG 1Selangor iaitu Pn. Ana; YDP PIBG SK Methodist Klang, Pn. Jun; YDP PIBG SK Taman Sri Andalas Klang dan En. Fadzli; YDP PIBG SK Padang Jawa Klang.
Semoga hasrat untuk merapatkan ikatan silaturrahim dan jalinan mesra antara ibu bapa dan guru akan tercapai dengan adanya program sebegini.
PIBG Cemerlang Pendidikan Terbilang!

Subscribe to:
Posts (Atom)