Tuesday, December 20, 2016

Pelanjutan Kutipan Wakaf Surau

Terima kasih kepada PPD Sepang atas kelulusan permohonan pelanjutan kutipan dana pembinaan wakaf surau SKTPP. Semoga semua pihak dapat memanfaatkan pelanjutan tempoh sehingga 31 Disember 2017 ini untuk menggerakkan usaha bagi mencari dana tersebut. Semoga hasrat untuk melihat sebuah surau yang dapat menampung bilangan murid SKTPP yang ramai ini akan tercapai. Buat para dermawan sudilah apa kiranya menghulurkan sumbangan kepada kami seberapa ikhlas yang boleh. Budi baik tuan / puan amat dihargai...


Wednesday, November 9, 2016

Mesyuarat AJK PIBG Ke-4 / 2016

Alhamdulillah di hujung sesi persekolahan 2016, AJK PIBG dapat menjalankan mesyuarat kali ke-4, terakhir untuk tahun ini. Terima kasih kepada AJK dan pentadbir yang hadir. Terima kasih juga buat PIBG atas sumbangan peruntukan yang diluluskan kepada sekolah. Sesungguhnya sumbangan tersebut amat besar ertinya kepada anak-anak murid dan warga sekolah.
   Sumbangan tersebut meliputi kos Cabaran Pandu Puteri Tunas peringkat kebangsaan, jamuan PPKI, pembangunan sukan dan kriket serta naiktaraf tempat lompat jauh. Terima kasih banyak buat PIBG. Tidak dinafikan kecemerlangan sekolah berpunca daripada kecemerlangan PIBG...






Saturday, August 20, 2016

Mesyuarat AJK PIBG Bil. 3 / 2016

Mesyuarat AJK PIBG Bil. 3 telah dapat diadakan dengan jayanya pagi ini. Terima kasih diucapkan atas kehadiran semua pentadbir sekolah, AJK PIBG guru dan ibu bapa diketuai YDP; Tn. Hj. Khairul Azhar yang sangat komited. Terima kasih banyak juga diucapkan kerana mesyuarat telah meluluskan permohonan-permohonan sekolah untuk pelbagai program sehingga hujung kalendar persekolahan tahun ini. Sesungguhnya sumbangan-sumbangan tersebut sangat diharapkan bagi melancarkan perjalanan aktiviti-aktiviti yang dirancang yang melibatkan bilangan murid kita seramai lebih 2000 orang.
   Diharapkan ibu bapa yang belum menjelaskan sumbangan PIBG dapat berbuat demikian dengan segera bagi memberi keadilan kepada ibu bapa yang telah menjelaskan sumbangan. Setakat ini ibu bapa yang telah menjelaskan sumbangan PIBG ini hanyalah sekitar 60% sahaja. Sumbangan mereka inilah yang selama ini menampung berbagai-bagai keperluan sekolah baik dari segi pengajaran dan pembelajaran, program motivasi, pembaikan fizikal maupun pembangunan sahsiah, sukan dan sebagainya.
   Bayangkan kalau 100% ibu bapa menjelaskan sumbangan PIBG, sudah tentu lebih banyak program, projek dan aktiviti dapat dilaksanakan demi meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak murid, fasiliti dan pembinaan modal insan masa depan. Ibu bapa / penjaga yang tidak menjelaskan sumbangan PIBG ini ibarat "penumpang" yang menggunakan kemudahan dan keselesaan atas "tiket" yang dibayar oleh orang lain. Renung-renungkanlah.....



Friday, August 5, 2016

Mesyuarat Khas Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH"

Mesyuarat khas ini telah membincangkan perkembangan program Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH" SKTPP yang akan diadakan pada hari Ahad 7 Ogos 2016 ini. Terima kasih atas kehadiran semua. Segala cadangan serta bantuan yang dihulurkan baik dalam bentuk idea, kewangan maupun sumber manusia amat dihargai terutama dalam menyediakan sukarelawan pada hari larian tersebut...


Menjejak Trek Larian

YDP PIBG telah turun padang bersama Guru Besar dan guru-guru sewaktu membuat pemantauan trek Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH" yang akan diadakan pada hari Ahad ini iaitu pada 7 Ogos 2016. Selesai survey dengan kereta, perbincangan dilakukan berkaitan kemudahan polis, pasukan RELA, BSMM, penguatkuasa dan keperluan-keperluan lain. Terima kasih atas sokongan PIBG dalam melancarkan pengurusan program dan menampung kos-kos yang diperlukan...





Thursday, July 28, 2016

Berita Larian Amal

Berita Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH" SKTPP 2016 anjuran sekolah bersama PIBG dimuatkan dalam akhbar Sinar Harian.. Jom tengok di sini..


 

Monday, July 4, 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1437H

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, pihak sekolah dan PIBG  ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh murid dan ibu bapa serta guru dan warga SKTPP. Semoga hari raya ini disambut dengan penuh semangat kekeluargaan dan jalinan hubungan yang erat sesama keluarga, sanak saudara serta jiran tetangga. Didoakan agar selamat sampai ke destinasi serta kampung halaman masing-masing dan selamat kembali semula ke rumah dengan semangat dan azam baru demi meneruskan kecemerlangan yang telah diraih..

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.



Monday, June 6, 2016

Jom Sertai Kami Dalam Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH" 2016

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia

Jom cergas sambil beramal....

Semua dijemput untuk menyertai dan memeriahkan Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH" anjuran bersama SK Taman Putra Perdana dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKTPP yang akan diadakan pada 7 Ogos 2016 nanti..

Anda berpeluang untuk menyertai 3 kategori yang dipertandingkan;
1) Terbuka - 10 km
2) Fun Run - 4 km
3) Murid Sekolah - 4 km

Pelbagai aktiviti menarik diadakan pada hari tersebut:
# Pameran Bilik Sumber PPDa - Johan Negeri Selangor 2015 / 2016
# Pameran daripada agensi seperti AADK, KKM, PDRM, JKDM
# Permainan Kanak-Kanak
# Gerai Jualan
# Cabutan Bertuah     



Maklumat lanjut boleh dilihat dalam blog dan facebook rasmi Larian Amal; 
Klik di sini larianamaldarvih@blogspot.my

Wednesday, May 18, 2016

Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke-2 / 2016

Alhamdulillah Mesyuarat AJK PIBG kali ke-2 dapat diadakan pada hari Selasa 17 Mei 2016 jam 8.00 malam. Kehadiran menggalakkan. Terima kasih atas komitmen YDP, NYDP, semua AJK serta semua Penolong Kanan yang turut hadir bersama Penasihat.
   Banyak telah dibincangkan dalam mesyuarat ini termasuklah program induk PIBG bersama PPDa : Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH", projek Wakaf Surau dan lain-lain lagi. Semoga segala perancangan dan program dapat dilaksanakan dengan jayanya dan segala permasalahan dapat diselesaikan dengan baik serta penuh semangat kekeluargaan.




Di akhir mesyuarat, telah diadakan majlis penyampaian hadiah boling santai yang tertangguh tempoh hari kepada YDP; Tn. Hj. Khairul Azhar dan AJK; En. Ibrahim. Terima kasih..


Sunday, May 15, 2016

Santai Bowling Hari Guru

PIBG dengan kerjasama Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KKGK) dan Unit Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SKTPP telah menganjurkan program Santai Bowling Hari Guru 2016 di DPulze, Cyberjaya. Alhamdulillah penyertaan dalam kalangan ibu bapa dan guru agak memuaskan.
Turut hadir memeriahkan program ialah Exco PIBG 1Selangor iaitu Pn. Ana; YDP PIBG SK Methodist Klang, Pn. Jun; YDP PIBG SK Taman Sri Andalas Klang dan En. Fadzli; YDP PIBG SK Padang Jawa Klang.
Semoga hasrat untuk merapatkan ikatan silaturrahim dan jalinan mesra antara ibu bapa dan guru akan tercapai dengan adanya program sebegini.
PIBG Cemerlang Pendidikan Terbilang!























Saturday, April 16, 2016

Gotong royong kelas Zuhrah / Seruling

Gotong-royong bersama ibu  bapa, guru dan murid-murid kelas 5 Zuhrah dan 3 Seruling pagi ini. Terima kasih semua...