Untuk makluman ibu bapa/penjaga murid-murid SK Taman Putra
Perdana, Mesyuarat Agung PIBG kali ke-10 yang dijalankan pada 15 Mac 2014 telah
sebulat suara bersetuju memutuskan bahawa amaun kutipan wang sumbangan PIBG
adalah sebanyak RM50.00 bagi setiap keluarga.
Sehubungan itu, pihak sekolah memohon agar ibu bapa/penjaga
dapat membuat bayaran sumbangan PIBG tersebut bermula 20 Mac 2014. Bayaran
sumbangan tersebut boleh dijelaskan kepada guru kelas anak-anak tuan/puan
masing-masing selewat-lewatnya pada atau sebelum 30 April 2014.
Segala kerjasama yang diberikan oleh tuan/puan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.
Setiausaha Kehormat PIBG
SK Taman Putra Perdana
No comments:
Post a Comment