Sunday, October 25, 2015

Mesyuarat AJK Wakaf Surau kali ke-3

Mesyuarat Wakaf Surau kali ke-3 ini telah diadakan pada 23 Oktober 2015 (Jumaat), bertempat di Bilik Mesyuarat SKTPP. Mesyuarat kali ini telah bersetuju memutuskan beberapa perkara. Antaranya maklumat terkini berkaitan kutipan wakaf akan dimaklumkan oleh Bendahari pada setiap minggu melalui aplikasi Whatsapp dan Facebook sekolah. Selain itu, tabung wakaf akan disediakan di sekolah. Ini bertujuan bagi menggalakkan murid-murid untuk melakukan sumbangan wakaf.





Pihak PIBG dan sekolah amat mengalu-alukan sumbangan daripada pihak tuan/puan agar dapat menghulurkan sedikit sumbangan bagi membantu mempercepatkan pembinaan surau baharu ini. Sumbangan tuan/puan bolehlah disalurkan ke dalam no akaun berikut:


Segala sumbangan yang diberikan tuan/puan kami doakan agar Allah S.W.T. mengurniakan rahmatNya, keberkatanNya serta dipermudahkan segala urusan tuan/puan seisi keluarga di dunia dan di akhirat.

Sunday, October 18, 2015

Karnival DARIH yang meriah

Jom tengok gambar-gambar Karnival DARIH Daerah Sepang 2015 yang bertempat di SKTPP...





















Terima kasih kepada semua pihak khususnya PPD Sepang, AADK Daerah Sepang dan MZY Skytrue Pro.  Tidak lupa kepada agensi-agensi kerajaan yang telah memberi kerjasama dan membuat pameran iaitu IPD Sepang, Pejabat Kesihatan Daerah Sepang, Kastam Diraja Malaysia dan AADK sendiri. Semoga usaha murni kita dirahmati Allah. Jumpa lagi dalam karnival yang akan datang.

Jom tengok laporan Karnival DARIH yang sama dalam blog SKTPP di sini dan blog PPDa SKTPP di sini.

Thursday, October 15, 2015

Karnival DARIH peringkat Daerah Sepang 2015

Jom ramai-ramai kita memeriahkan Karnival DARIH Peringkat Daerah Sepang pada hari Sabtu (17 Oktober 2015) ini. Pelbagai permainan disediakan dengan harga tiket RM5.00 bagi setiap permainan atau bayar RM20.00 untuk main semua permainan.....


Wednesday, October 14, 2015

Penghakiman Bilik Sumber PPDa peringkat Negeri Selangor 2015

Syukur alhamdulillah selesai sudah penghakiman Pertandingan Bilik Sumber PPDa peringkat Negeri Selangor 2015. Terima kasih banyak buat YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar dan Naib YDP PIBG; YM Tengku Norsyawaludin atas kesudian hadir sama dlaam majlis ini. Sesungguhnya ia memberi markah bonus kepada pihak sekolah membuktikan wujud kesepakatan yang padu antara sekolah dan PIBG. Semoga kolaborasi ini berterusan dalam semua aspek pendidikan. Doakan sekolah kita berjaya dalam pertandingan ini...













Pelanjutan Kebenaran Program Wakaf Surau

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT atas kelulusan permohonan pelanjutan program Wakaf Surau dan Pembangunan Sekolah kita hingga 31 Disember 2016. Dengan ini pihak sekolah dan PIBG mempunyai lebih banyak masa untuk membuat kutipan dan dana untuk program wakaf surau SKTPP ini. Semoga lebih ramai penyumbang akan menghulurkan sumbangan bagi projek ini. Hasrat kami tak lain tak bukan adalah untuk melihat surau SKTPP akan terbina dan tertegak demi kemudahan anak-anak murid dan warga sekolah kami. Kepada para penyumbang terima kasih banyak kami ucapkan. Hanya Allah jua yang akan membalasnya..