Pages


Selamat Datang ke Blog PIBG SKTPP ... Selamat Datang ke Blog PIBG SKTPP ... Selamat Datang ke Blog PIBG SKTPP ... Selamat Datang ke Blog PIBG SKTPP

Wednesday, January 25, 2017

Notis Sumbangan PIBG 2017

Dimaklumkan sumbangan PIBG sebanyak RM50.00 untuk setiap keluarga telah diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Selangor dan dipersetujui semasa Mesyuarat  Agung PIBG ke-13. Diharap ibu bapa / penjaga dapat membuat pembayaran kepada guru kelas anak masing - masing segera bagi membolehkan PIBG melaksanakan program yang telah dirancang demi kecemerlangan pendidikan anak-anak. Sumbangan yang diberikan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sunday, January 22, 2017

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-13 2017/2018

Pada 22 Januari 2017 (Ahad), berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG SKTPP buat kali ke-13. Majlis  ini telah dirasmikan oleh En. Mohd Alias bin Awang, Penolong PPD Sains dan Matematik (Menengah).

Mesyuarat Agung Tahunan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada  ibu bapa. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk berbincang, mengutarakan pendapat dan mencetus idea-idea bernas demi menjana kemajuan seterusnya meningkatkan prestasi akademik, disiplin dan kokurikulum sekolah.

Tanpa sokongan padu dan kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru-guru, sesebuah sekolah itu tidak akan mencapai kejayaan. Diharapkan agar jalinan hubungan yang terbentuk antara kedua-dua pihak akan menjadi satu pemangkin yang bisa meletuskan kejayaan dan kegemilangan SK Taman Putra Perdana bagi tahun 2017.

Suasana yang sempat dirakamkan  semasa berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG, 2017...
 (Lagi laporan Mesyuarat Agung PIBG dalam blog SKTPP - sila klik di sini)






Tahniah buat barisan AJK PIBG yang terpilih. Semoga akan memantapkan lagi pengurusan PIBG SKTPP.

AJK PIBG SESI 2017/2018

Pn. Hjh. Rohaidah Bt Mohd Ali
Penasihat
Tn Hj Khairul Azhar B. Mohammad Suffian
Yang Dipertua
En.Mohamad Rahmat B. Sahman
Naib Yang Dipertua
Pn. Noor Hayati Bt Yusof
Setiausaha Kehormat
Pn. Nurhayati Bt Mohamed Nor
Naib Setiausaha Kehormat
Pn. Maimunah Bt Yob
Bendahari Kehormat
Dr. Saravanan Ramasamy
AJK Ibu Bapa
En. Ibrahim Bin Rahman
AJK Ibu Bapa
En. Azman Bin Ab.Kadir
AJK Ibu Bapa
En. Salahuddin Bin Abdullah
AJK Ibu Bapa
Pn. Salina Bt Mohd Arifin
AJK Ibu Bapa
Dr. Mazrina Bt Mohamed Ibramsah
AJK Ibu Bapa
En. Abdul Hafiz Bin Abdul Halil
AJK Guru
En. Tarmiji Bin Sabali
AJK Guru
Pn. Azwani Bt Mohamed Noordin
AJK Guru
Pn. Astina Bt Mahad Nor
AJK Guru
Pn. Nik Kamisah Bt Mohamad Aziz
AJK Guru
Pn. Wan Intan Zuraida Bt Wan Mohd Zain
Juruaudit Dalam Ibu Bapa
Pn. Shurhama Bt Ahmad
Juruaudit Dalam Guru

Wednesday, January 18, 2017

Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke-5 / 2016

Menjelang Mesyuarat Agung PIBG yang akan diadakan pada hari Ahad 22.1.2017 nanti, AJK PIBG telah bermesyuarat buat kali ke-5 yakni kali terakhir untuk sesi ini. Tujuan utama mesyuarat adalah untuk membincangkan perkara-perkara berbangkit serta perkara-perkara baharu termasuk persiapan Mesyuarat Agung.    Terima kasih buat barisan AJK PIBG sesi 2016 / 2017 yang sangat komited lagi cemerlang. Pihak sekolah amat menghargai segala jasa baik yang telah diberi baik dalam bentuk kewangan, tenaga, idea dan apa jua sumbangan yang telah membuahkan banyak kejayaan dan kecemerlangan sekolah sepanjang tahun lepas. Semoga kehebatan tuan / puan akan diteruskan oleh kepimpinan AJK yang akan dilantik nanti.
   Mohon maaf atas segala kesilapan dan kelemahan pihak sekolah dan guru-guru sepanjang kita berkolaborasi. Semoga hubungan silaturrahim ini akan berkekalan sampai bila-bila demi kemajuan pendidikan anak-anak murid kita..






Monday, January 16, 2017

Taklimat Guru - AGM PIBG

Taklimat bersama guru-guru berkaitan persediaan Mesyuarat Agung PIBG telah dipengerusikan oleh Setiausaha Kehormat; Pn. Noor Hayati binti Yusof. Terima kasih atas kerjasama semua guru. Semoga majlis berjalan lancar..





Sunday, January 8, 2017

Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-13

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG kali ke-13  akan diadakan seperti ketetapan berikut:-
                             
                   Tarikh       : 22 Januari 2017 (Ahad)
                   Masa       : 8.00 pagi
                   Tempat   : Dewan Perdana SKTPP

Kehadiran Y. Bhg Dato’/Datin/Tuan/Puan amatlah diharapkan bagi menjayakan Mesyuarat Agung pada tahun ini.   

Sekian dimaklumkan, terima kasih.