Pages


Selamat Datang ke Blog PIBG SKTPP ... Selamat Datang ke Blog PIBG SKTPP ... Selamat Datang ke Blog PIBG SKTPP ... Selamat Datang ke Blog PIBG SKTPP

Thursday, March 19, 2015

Majlis Permuafakatan Bersama Pengusaha Bas & Van Sekolah

Sebagaimana yang dirancang, majlis permuafakatan bersama pengusaha bas dan van sekolah telah diadakan di Bilik Mesyuarat SKTPP. Majlis dihadiri oleh 12 orang pengusaha bas & van sekolah. Turut hadir ialah YDP PIBG - Tn. Hj. Khairul Azhar serta Naib YDP PIBG - YM Tengku Syawaluddin. Sekolah dihadiri oleh Guru Besar, PK Petang - Pn. Rosmah serta Penyelaras PPKI - Pn. Roslina. Pembantu Tadbir; Pn. Jalina bertindak selaku pencatat.
   Tujuan majlis pemuafakatan ini adalah untuk membincangkan masalah kesesakan lalulintas di SKTPP tanpa menyentuh soal lesen kenderaan maupun dasar-dasar Kementerian Pendidikan Malaysia. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Tuan YDP PIBG diikuti sesi takruf oleh semua yang hadir. Seterusnya majlis membincangkan perancangan yang telah dan akan dilaksanakan oleh PIBG. 
   Masing-masing dengan penuh semangat kekeluargaan telah membincangkan pelbagai masalah yang berbangkit selanjutnya mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah-masalah tersebut. Antara tindakan yang dipersetujui bersama adalah;
1) Meletakkan notis pemberitahuan ruangan parkir khas untuk bas & van sekolah
2) Melarang kereta-kereta persendirian meletakkan kereta dalam ruangan parkir bas & van sekolah yang disediakan
3) Menyediakan pas pengenalan bas & van oleh sekolah berdasarkan permohonan bagi memudahkan murid-murid mengenalpasti pemandu-pemandu gantian
4) Setiap pengusaha bas & van perlu memastikan setiap murid yang di bawah tanggungjawab mereka dibekalkan dengan nama dan no. telefon bas & van
5) Memohon kepada MPS untuk tar di kiri dan kanan jalan di sekitar bus stop
6) Memberi nasihat kepada penjaja-penjaja yang menjaja di bus stop agar tidak menjaja
7) Pihak sekolah akan memastikan murid-murid yang akan mengikuti latihan petang memaklumkan kepada pengusaha bas & van lebih awal 
   Semoga perbincangan hari ini dapat menyelesaikan serba sedikit masalah yang berkait dengan pengangkutan bas dan van selama ini. Terima kasih atas idea dan cadangan-cadangan yang diberi. Walau bagaimanapun segalanya memerlukan kerjasama semua pihak.  Adalah menjadi harapan sekolah agar ibu bapa dapat memberi lebih keutamaan kepada bas dan van sekolah yang membawa ramai murid berbanding kereta. Bukan sahaja pemandu bas dan van, diharapkan juga agar pemandu-pemandu kereta persendirian dalam kalangan ibu bapa akan turut mematuhi peraturan demi keselamatan dan kelancaran trafik di sekolah kita yang mempunyai bilangan murid yang paling ramai ini...  










Warga SKTPP Benci Dadah!

Monday, March 16, 2015

Gotong royong mengecat parkir bas & van sekolah

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program mengecat ruangan parkir bas dan van sekolah pada 15 Mac 2015....











Tuesday, March 10, 2015

Program Gotong-royong Mengecat Parkir Kenderaan di Pintu Pagar B

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak PIBG SKTPP akan mengadakan satu program gotong-royong mengecat ruangan parkir di Pintu Pagar B. Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh : 15 Mac 2015 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Pintu Pagar B

Sehubungan dengan itu, semua ibu bapa yang berkelapangan dijemput hadir untuk sama-sama menyertai aktiviti ini. Cat akan disediakan oleh pihak PIBG. Sekiranya tuan/puan ingin membawa berus cat atau kelengkapan mengecat sendiri adalah sangat dialu-alukan. Semoga kerjasama ini akan dapat membantu pihak sekolah dalam memastikan keselamatan dan kelancaran murid-murid semasa hadir dan pulang dari sekolah.