Thursday, January 31, 2019

Program Ziarah Cakna Siri 1

Susulan hasrat Y.B Menteri Pendidikan supaya sekolah memperkukuhkan nilai murni di sekolah melalui pembudayaan amalan penyayang, hormat-menghormati, keseronokan dan bertanggungjawab maka lahirlah pelaksanaan Program Ziarah Cakna dengan memperkukuhkan konsep sekolah penyayang bagi menanganimutual distrust seperti dipraktik oleh negara Jepun dengan memperkukuhkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa / penjaga.

Objektif utama program ini adalah untuk berkongsi kemenjadian diri murid bersama-sama ibu bapa dan penjaga di samping memahami latar belakang keluarga murid.

Manakala tujuan utama ianya dilaksanakan bagi memperluaskan amalan penyayang dengan membudayakan amalan ziarah ke rumah murid.

Hari ini pihak sekolah diwakili Guru Besar, PK HEM, Guru Kaunseling dan guru kelas  berkesempatan meluangkan masa ke rumah murid di Apartmen Anggerik. Semoga ziarah ini mampu merapatkan lagi hubungan pihak sekolah dan juga ibu bapa murid. 

Terima kasih juga kepada Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian (YDP PIBG) turut sama meluangkan masa dalam lawatan kali ini.

Tiba di perkarangan Apartmen Anggerik

Bergambar bersama-sama ahli keluarga murid

Sesi beramah mesra dan bertanya khabar

Puan W.Rosmawati bt W.Ibrahim (Guru Kelas) turut bersama-sama dalam dalam lawatan ini

Sebelum balik, penyampaian sedikit buah tangan untuk keluarga ini. Kami juga dibekalkan dengan sambal bilis yang sangat awesome dari keluarga ini. Semoga murah rezeki mereka.

Wednesday, January 16, 2019

Mesyuarat AJK PIBG ke-4

Mesyuarat AJK PIBG ke-4 telah diadakan malam tadi (15 Januari 2019) dengan penuh semangat kekeluargaan. Mesyuarat ini merupakan yang terakhir untuk sesi 2018 / 2019 ini menjelang Mesyuarat Agung PIBG yang akan diadakan pada 23 Februari 2019 nanti. Terima kasih banyak diucapkan buat Yang Dipertua PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar bin Mohammad Suffian, Naib YDP; En. Ibrahim bin Rahman serta semua AJK terutamanya AJK ibu bapa yang telah membantu sekolah dalam semua hal. Terima kasih atas kelulusan permohonan program-program sekolah yang dikemukakan malam ini. Kolaborasi dan keintiman inilah yang telah melonjakkan sekolah dalam segenap bidang pendidikan terutama berkaitan kebajikan, material dan akademik. Semoga SKTPP akan terus cemerlang di bawah payung PIBG yang sangat teduh lagi meneduhkan...