Tuesday, February 7, 2017

Jawapan Bagi Usul dan Cadangan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-13 / 2017

    
A. KURIKULUM
1. Memulakan kelas tambahan UPSR lebih awal.
Razman Bin Jaafar
Akan dimulakan selepas Majlis Jalinan Kasih Bersama Guru & Ibu Bapa Tahun 6 pada 4 Februari 2017 untuk penetapan target UPSR dan bayaran Program Peningkatan Tahun 6 serta bayaran kelas tambahan.

2. Solat Dhuha beramai-ramai paling kurang 2 kali seminggu terutama untuk tahun 6.
Asmawati Binti Amnan
Kekangan masa. Ada murid buat sendiri Solat Dhuha. Mulai bulan Julai – September diadakan Solat Dhuha selepas bacaan yaasin Tahun 6.

3. Harap UPSR tahun ini dimansuhkan seperti yang dibincangkan oleh kerajaan tahun lepas.
Roslan Bin Sulaiman
Tertakluk kepada dasar KPM

4. Sediakan masa tertentu untuk murid-murid Islam bersembahyang pada sesi petang. Mungkin guru-guru boleh memberi kelonggaran pada waktu tertentu untuk murid bersembahyang. Waktu rehat tidak mencukupi kerana murid perlu berehat untuk makan. Kebanyakan murid takut untuk memberitahu guru mereka hendak bersembahyang terutama dengan guru yang garang.
Norhazana Tul-Ilmiah Nawai
Masalah dan pencerahan berkaitan solat sesi petang :
a) Murid suka mengambil kesempatan untuk merayau-rayau bukan bersembahyang. Guru akan menguji murid boleh membaca niat solat, boleh membaca Al Fatihah sebelum membenarkan murid keluar solat
b) Surau sempit
c) Masalah jadual waktu
d) Ustaz & ustazah akan usahakan soat diadakan semasa subjek Tilawah
e) Menggalakkan murid bersolat secara bergilir menggunakan pas solat

5. Menyediakan tempoh masa solat berjemaah waktu zohor dan asar kepada pelajar sesi petang.
Nik Zarina binti Nik Mat
Walaupun tiada tempoh masa tetapi guru-guru sentiasa memberi kebenaran kepada murid-murid sesi petang yang benar-benar ingin menunaikan solat

6. Penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar.
Norliza binti Mohd Noor
Sentiasa diberi penekanan

7. Memberi bimbingan dan praktikal murid-murid tentang kesedaran sivik dari kebersihan, mengikut barisan dan menjaga harta sekolah.
Ahmad Fahmi bin Ismail
Sentiasa diberi keutamaan

8. Cara mengajar yang lebih efektif.
Muhammad Nizam bin Ariffin
Sentiasa dipraktikkan. Cth : PA21 & PLC

9. Mohon program transisi tahun 1 dipanjangkan tempoh pada masa akan datang.
Tempoh transisi sedia ada sudah memadai. Selaras dengan arahan KPM

10. Tekankan pendedahan tentang cara penulisan buku tulis dengan betul untuk murid-murid tahap 1 (terutamanya tahun 1) – boleh dijalankan masa program transisi.
Sentiasa ditekankan
Mohammad Sharil Bin A.Rashid

11. Mungkin perlu disediakan loker untuk pelajar supya tidak perlu mengangkat beg yang berat.untuk permulaan elok disediakan murid darjah 1
Amarlia Ghazali
Tiada ruang yang mencukupi untuk disediakan loker

12. Saya mencadangkan bahawa penggunaan buku aktiviti pelajar dapat digunakan sepenuhnya sehingga akhir tahun terutamanya waktu terluang yang ada selepas peperiksaan akhir.
Suhaimi Bin Sulaiman
Telah diingatkan kepada semua guru dan sentiasa diberi keutamaan

13. Penggunaan Sisipan Didik Berita Harian sebagai PdP di sekolah bagi pelajar tahun 5 dan 6. Galakkan pelajar melanggan pakej Sisipan Didik Berita Harian (lebih jimat melanggan dengan sekolah.
Tahun lepas, sekolah telah mendapat sumbangan Berita Harian dan ada digunakan

14. Program tuiyen berbayar tahun 4 dan 5
Akan dirancang kelas tuisyen tersebut bersama PIBG

15. Program kecemerlangan UPSR bermula dari tahun 5
Akan dibincang dalam Mesyuarat AJK PIBG

16. Sesi perjumpaan ibubapa dengan guru( dalam tempoh 2 minggu pertama januari bagi tahun 6 & 2 minggu terakhir hujung tahun bagi tahun 5)
Salina Mohd Arifi Perjumpaan ibu bapa Tahun 6 diadakan setiap tahun. Perbincangan ibu bapa Tahun 5 akan dibincangkan kelak

17. Mohon sekolah sediakan almari untuk pelajar tinggalkan buku teks agar beban buku pelajar bawa setiap hari berkurangan.
Sekolah tiada bekalan almari di kelas-kelas

18. Saya sebagai ibubapa sanggup bayar bagi membantu pihak sekolah.
Semua kelas memerlukan almari untuk tujuan menyimpan buku murid

19. Saya yang memikul beg sekolah yang telah pelajar mengikut jadual pun terasa bebannya inikan pula ank-anak.
Munirah Bt Udin
Beg sekolah sekarang berat dan canggih. Apatah lagi jika diisi dengan buku yang sedia anyak. Murid-murid disarankan mengikut jadual waktu

20. Memberi keselamatan yang penuh kepada murid-murid dan mendidik mereka dengan baik supaya tiadak melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat
Sarogene A/l Ramesran Naidu
Pengawal keselamatan ditugaskan menjaga keselamatan murid dan sekolah. Pengawas sekolah akan membantu guru bagi memastikan semua murid mematuhi peraturan demi menjamin keselamatan mereka








B. HAL EHWAL MURID
1. Murid-murid mencuci tandas dan perkarangan sekolah
Nurul Akmal binti Abdullah
Jika murid-murid diminta mencuci tandas dan perkarangan sekolah, dibimbangi akan menjadi isu dan tidak dipersetujui oleh ibu bapa

2. Ketatkan sistem keselamatan anak-anaksekolah.
Rafidah binti Yusuf
Pengawal keselamatan ditugaskan menjaga keselamatan murid dan sekolah. Pengawas sekolah akan membantu guru agar semua murid mematuhi peraturan bagi menjamin keselamatan mereka


3. Murid yang mengambil subjek moral, tidak dilepaskan awal kerana sering bermain dijalan raya.
Hasliza Baharuddin
Murid-murid Moral tersebut terpaksa dilepaskan awal kerana pdp telah tamat ketika murid-murid Islam tasmik. Menjadi tanggungjawab ibu bapa / penjaga / pemandu bas untuk membawa mereka balik ke rumah


4. Mkanan di kantin agak mahal. Harap ada pemantauan dari guru /PIBG
5. Masalah penjaja yang berkenderaan di luar kawasan sekolah.
6. Pastikan mereka tidak letak kenderaan mereka ditempat letak kereta ibubapa yang menunggu menyebabkan sesak .
Rosliza bt Arifin
Pihak sekolah telah menasihati muid-murid supaya tidak membeli makanan di luar pagar sekolah. Peniaga lama sudah tiada. Namun peniaga yang baru mula berniaga. Pihak sekolah & PIBG akan mengadakan kerjasama dengan pihak Majlis Perbandaran Sepang


7. Kalau boleh pastikan tiada penjaja di luar sekolah.
Sazima Bt Zainal
Akan lapor kepada pihak Majlis Perbandaran Sepang


8. Mohon kerjasama pihak sekolah dan pihak majlis memastikan longkang di tepi luar pagar sekolah tempat kaki lima pelajar berjalan kaki tertutup dengan sempurna supaya keselamatan pelajar berjalan kaki terjamin.
Mohd Redzuan B Mat Zain
Dasar KPM telah menetapkan bilangan waktu subjek mingguan dan harian. Pintu pagar C tidak dapat dibuka atas aspek keselamatan

9. Perbaiki kemudahan @ peralatan berkaitan dengan tandas murid
Contoh : sinki rosak, pintu tiada kunci, serta kebersihan tandas juga perlu diperbaiki.
Farh Dilla Binti Ishak
Kerosakan tandas sentiasa dibaiki namun tetap rosak semula memandangkan penggunaan yang kerap oleh murid yang ramai. Bajet penyelenggaraan yang ada kurang

10. Keselamatan murid perlu diutamakan Contoh : Longkang tidak ditutup dengan betul (di sebelah kantin sekolah)
Farh Dilla Binti Ishak
PIBG akan usahakan untuk menutup longkang tersebut. Sumbangan ibu bapa amat dihargai.



C. KOKURIKULUM
1. Mencadangkan agar rumah sukan dikekalkan untuk semua murid supaya ibu bapa tidak terbeban untuk membeli baju sukan pada setiap tahun.
Kasmah binti Karim
Rombakan perlu diadakan bagi menyelaraskan bil. murid dengan rumah sukan. Baju murid-murid biasanya dipakai selalu, telah lusuh. Eloklah ditukar baju sukan murid setiap tahun terutama bagi murid yang semakin besar saiz badannya

2. Jangan tukar-tukar rumah sukan setiap tahun.Adik –beradik sama rumah sukan.Tidak mengadakan sukan hampir dengan tarikh periksa.
Hanif bin Che Lah
Pihak pentadbiran terpaksa membuat rombakan rumah sukan supaya setiap ahli rumah dapat dibahagikan sama banyak secara adil. Sukan diadakan awal untuk membentuk pasukan sekolah bagi menghadapi MSSS & MSSM. PKSR 1 berdasarkan tarikh key in markah dalam SAPS

3. Baju rumah sukan tidak perlu ditukar untuk tahun berikutnya
Kasmah binti Karim
Rombakan perlu diadakan bagi menyelaraskan bil. murid dengan rumah sukan. Baju murid-murid baiasanya dipakai selalu, telah lusuh. Eloklah ditukar baju sukan murid setiap tahun terutama bagi murid yang semakin besar saiz badannya

4. Bayaran buku-buku sekolah murid pada awal sesi persekolahan perlu disertakan sekali bayaran untuk baju sukan.
Salina Marhamah Binti Shamsuddin
Rumah sukan ditetapkan apabila sesi persekolahan dibuka. Baju sukan perlu dibeli selepas mengetahui rumah sukan


5. Penjelasan kenapa perlu tukar rumah sukan. Menyukarkan ibubapa yang berpendapatan rendah untuk membeli baju sukan lagi.
Azlin Abd Rahman
Rombakan perlu diadakan bagi menyelaraskan bil. murid dengan rumah sukan. Baju murid- murid biasanya dipakai selalu, telah lusuh. Eloklah ditukar baju sukan murid setiap tahun terutama bagi murid yang semakin besar saiz badannya


6. Saya cadangkan bagi anak-anak yang terlibat aktiviti permainan. Latihan diadakan selepas tamat sek Ren Agama
Zulkifli B. Mat Daud
Jika latihan sukan & permainan diadakan selepas tamat Sekolah Agama ianya agak lewat, guru tinggal jauh dan masalah kesesakan jalan raya. Sekolah kerap juga mengadakan latihan pada pagi Sabtu dan Ahad. Biasanya tempoh latihan tidak lama menjelang pertandingan

7. Memberi pelajar mengikuti setiap aktiviti dalam sekolah baik dalam aktiviti pertandingan atau dalam kokurikulum. Sebelum ini, anak saya asyik tidak terlibat dalam apa-apa aktiviti walaupun anak ingin menyertai. Harap dipertimbangkan.
Mohd. Zahir Bin Mohd Ali
Sekolah biasanya mengadakan saringan sebelum membuat pemilihan. Hanya murid yang berkebolehan, berpotensi dan berbakat sahaja yang dipilih mewakili sekolah


D. KANTIN
1. Makanan kurang memuaskan.
Nor Hayati Binti A.Karim
Pihak sekolah akan mengadakan perbincangan dengan pengusaha kantin agar membaiki mutu makanan dan perkhidmatan. Pengusaha kantin masih baru dan tiada pengalaman berurusniaga di kantin sekolah



2. Mohon pemantauan kebersihan dan harga makanan di kantin sekolah serta cara pengendalian makanan untuk anak-anak kita.(Dilihat pekerja kantin ambil makanan dan terima duit menggunakan sarung tangan yang sama. Contah : Nasi goreng dan mee goreng.)
Mohamadin Bin Abdul Hamid
Sekolah mengadakan pemantauan setiap hari

3. Memberi bimbingan kepada pelajar untuk beratur ketika membeli makanan di kantin.
Ahmad Fahmi Bin Ismail
Selalu diingatkan


4. Makanan yang sihat dijual di kantin dengan harga berpatutan.Kurangkan jualan makanan ringan dan air berkarbonat dan
Nurul Akmal binti Abdullah
Makanan ringan dan air berkarbonat tiada dijual. Jualan hanya makanan yang berkhasiat dan sihat

5. Amalkan budaya beratur semasa membeli ketika waktu rehat .
Nurazlin Bt Mat Nor
Guru-guru dan pengawas bertugas memainkan peranan mendisiplinkan murid-murid beratur ketika membeli di kantin


6. Tetapkan semula harga makanan kantin.
Nur Azreen Binti Jamaludin
Telah ditetapkan di dalam sebutharga yang dipersetujui dalam Mesyuarat Pemilihan Kantin bersama PPD

7. Untuk mengumpul dana / sponsor ‘water cooler’ untuk ditempatakan di kantin sekolah bagi anak-anak untuk mendapatkan air kosong / minuman tambahan.
Nur Afliza Bt Zainozin
Sedang diusahakan

8. Kurangkan makanan ringan di kantin sekolah
Tidak ada makanan ringan dijual di kantin
9. Tahap keselamatan diperketatkan lagi ( lain-lain)
Keselamatan menjadi prioriti pihak sekolah. Didapati ibu bapa yang kerap melanggar peraturan terutama berkaitan menghantar dan menjemput anak dari sekolah
Siti Nurrazie Bt Amin

10. Makanan di kantin sekolah hendaklah di pelbagaikan supaya murid dapat membuat pilihan
Haslina Bt Hussin
Sekolah akan berbincang dengan pihak kantin

11. Mkanan di kantin agak mahal. Harap ada pemantauan dari guru /PIBG Rosliza bt Arifin
Pihak sekolah dan PIBG akan sentiasa memantau harga jualan di kantin



E. PPKI
1. Semua tandas ditambahbaikkan agar lebih selesa digunakan, lantai pecah, pintu yang rosak serta tiada paip, yang tidak boleh digunakan dan menyukarkan murid.
Selalu dibaiki dalam keadaan kekurangan peruntukan

2. Pagar keselamatan bersebelahan dengan kelas ppki perlu dibaiki.
Akan diusahakan

3. Tandas perlu dinaiktaraf untuk keselesaan murid bekeperluan khas.
Perlu bajet yang besar. Sumbangan dialu-alukan

4. Bilik Guru pendidikan Khas perlu dinaiktaraf agar dapat menampung bilangan murid yang makin bertambah.
PIBG telah mencadangkan supaya guna kabin sebagai bilik guru PPKI. Perlu bajet untuk menaiktaraf kabin tersebut

5. Penambahbaikan alat penghawa dingin.
Amat diperlukan untuk keselesaan guru. Bajet amat diperlukan
Puan Siti Nor Laile Bt Othman

6. Tambah bilik darjah untuk pelajar PPKI
Puan Salmah Bt Mohd Yusoff
Kelas PPKI yang ada masakini adalah hasil sumbangan program PIBG. Ini menunjukkan pihak sekolah dan PIBG sentiasa memberi keutamaan kepada PPKI. Malahan alat penghawa dingin juga turut disumbangkan oleh PIBG. Masalah utama ialah dana. Hanya 54% sahaja ibu bapa yang menyumbang dalam dana PIBG 2016
















F. LAIN-LAIN
1. Perbaiki tandas / pintu tidak boleh kunci.
Mohd Halmy Bin Sharifudin
Selalu dibaiki. Masalah tiada peruntukan

2. Penjaga trafik sewaktu murid-murid pergi dan balik dari sekolah.
Mohd Safhar Bin Yaacob
PIBG boleh usahakan, ibu bapa perlu membuat bayaran

3. Mencadangkan guru kelas untuk membuat whatsapp group untuk ibubapa murid. ini tujuan untuk senang update apa-apa yang melibatkan hal sekolah dan kelas.
Nik Razali Bin Nik Sulaiman
Terpulang kepada guru-guru, tiada paksaan kerana WhatsApp group selain mempunyai banyak kebaikan juga banyak keburukan di mana boleh mengganggu privasi guru yang berkeluarga. Ibu bapa perlu tahu had dan perlu menjadi admin (bukan guru). Group yang ditubuhkan hanya melibatkan pdp sahaja

4. Minta pihak sekolah cari jalan untuk selesaikan masalah kenderaan ketika murid keluar dan masuk sekolah.
Siti Rohani Bt. Shahridzuan
PIBG perlu bekerjasama dalam mendisiplinkan ibu bapa agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah

5. Menerima cadangan guru-guru yang bertugas.
Mazlan Mahmood
Sekolah berterima kasih kalau cadangan guru bertugas diterima

6. Menyediakan tandas duduk selain daripada tandas cangkung untuk murid-murid.
Spesifikasi bangunan sekolah telah menetapkan jenis tandas. Perubahan spec akan melibatkan bajet

7. Pemantauan terhadap tahap kebersihan tandas untuk memudahkan murid dan juga untuk memastikan kesihatan murid-murid.
Guru sentiasa memantau tahap kebersihan tandas dan sekolah. Pekerja-pekerja pembersihan sentiasa melaksanakan tugas mengikut tugasan yang digariskan. Cleaner sekolah ini semuanya rajin-rajin
Rohashima Bt Ramli

8. Bina whatsapp group bagi setiap kelas dengan guru kelas sebagai admin untuk penyampaian segala bentuk maklumat dengan lebih efisyen.
Mohd Din bin Ibrahim
Terpulang kepada guru-guru, tiada paksaan kerana WhatsApp group selain mempunyai banyak kebaikan juga banyak keburukan di mana boleh mengganggu privasi guru yang berkeluarga. Ibu bapa perlu tahu had dan perlu menjadi admin (bukan guru). Group yang ditubuhkan hanya melibatkan pdp sahaja

9. Lantai dalam kelas banyak berlubang.
Ayu Binti Baharuddin
Sekolah kerap menampal lubang yang terdapat di lantai tapi pecah semula. Mohon PIBG dan ibu bapa di bawah Sarana membantu mengatasi masalah ini

10. Buat ‘loker’ untuk murid.
Nur Hidayu Abd. Kadir
Tiada banyak ruang untuk meletak loker

11. Laluan sehala 7.00-7.30 pagi/pergi balik (waktu)
PIBG perlu mohon kebenaran MPS

12. Penggunaan parkIr kereta & bas dipatuhi (penggunaan optima pengawal keselamatan)
Pengawal keselamatan telah melaksanakan tugas dengan optima terutama dalam memastikan parkir kereta dan bas dipatuhi tetapi ramai ibu bapa yang tdiak mengendahkan arahan pengawal

13. Tidak dibenarkan menghantar dengan kenderaan (walaupun ibu/bapa guru bukan sesi)
Pihak sekolah telah berbincang dengan pihak MPS serta memohon pengawal keselamatan menasihatkan ibu bapa yang menghantar anak. Guru dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah walaupun bukan sesi kerana sekolah merupakan tempat kerja mereka.
Mohd Idil Bin Roslan

14. Buatlah yang terbaik untuk setiap anak didik/pelajar.
Insya Allah akan sentiasa menjadi pegangan para guru

15. Kami menyokong setiap tindakan yang berlandaskan kepada peraturan yang ditetapkan.
Terima kasih atas sokongan
Azhary Bin Md Rusly

16. Guru kelas mengambil inisiatif seperti Ustazah Norlida dengan menggunakan aplikasi “whatsapp” sebagai medium komunikasi dengan ibubapa.
Azhary Bin Md Rusly
Aminah Bt Asmad
Salina Mohd Arifin
Terpulang kepada guru-guru, tiada paksaan kerana WhatsApp group selain mempunyai banyak kebaikan juga banyak keburukan di mana boleh mengganggu privasi guru yang berkeluarga. Ibu bapa perlu tahu had dan perlu menjadi admin (bukan guru). Group yang ditubuhkan hanya melibatkan pdp sahaja

17. Jalan depan sekolah dijadiakn jalan sehala untuk kelancaran lalu lintas pada waktu sesak. [pagi, tetngahari, petang]
Mohd Izwan Mohd Hashim
PIBG akan membincangkan perkara ini

18. Pantau penjualan buku dari luar. Biasa komik-komik yang dijual.
Azlin Abd Rahman
Penjualan buku di dalam kawasan sekolah sentiasa dipantau dan dibenarkan berdasarkan keperluan semasa. Penjualan buku di luar kawasan sekolah seperti di bus stop tanpa kebenaran pihak sekolah. Guru dan pengawal keselamatan sering menegur dan menasihatkan mereka tidak menjual di luar pagar sekolah tersebut tapi tidak diendahkan. Mereka kerap datang semula menjual buku pada hari lain. Diharap ibu bapa dapat menasihatkan anak-anak supaya tidak membeli buku-buku yang dijual di luar bagi mengelakkan mereka membeli bahan bacaan yang tidak mengikut garis panduan

19. Menaik taraf tandas murid-murid.Sediakan tandas jenis duduk untuk kemudahan sesetengah murid jika ada murid yang terpaksa menggunakan tongkat dsb
Murid-murid OKU di aliran perdana telah dimaklumkan agar menggunakan tandas OKU sekolah

20. Memastikan tandas sentiasa bersih untuk menjamin keselamatan dan kebersihan.
Pekerja pembersihan ditugaskan mencuci tandas 4 kali sehari 2 kali 2 kali petang
Rohashima Bt Ramli

21. Harap kerjasama pihak sekolah supaya diambil tindakan yang wajar pada peniaga yang tidak berlesen berniaga didepan sekolah yang menggangu lalulintas.
Rahimah bt Kamariddin
Pihak sekolah telah banyak kali melaporkan kepada pihak MPS. Ibu bapa juga boleh mengambil peranan melapor perkara tersebut kepada MPS

22. Bagaimana cara untuk dapatkan bantuan KWAPM daripada pihak sekolah?
Madiana bt Ab.Rahman
Ibu bapa perlu mengemaskini maklumat pendapatan melalui guru kelas setiap tahun. KPM akan automatik membuat pemilihan KWAPM berdasarkan gaji semasa

23. Tetapkan setiap mesyuarat PIBG diadakan pada hari ahad sahaja
Nasrun b Zubir
Mesyuarat Agung PIBG akan diadakan mengikut kesesuaian masa semua. Guru bercuti pada hari Ahad, tiada cuti ganti. Ibu bapa pun mempunyai pelbagai program pada hujung minggu

24. Pantau aktiviti jualan di kedai buku sekolah yang tidak patut dijual kepada pelajar seperti mainan dan stiker.
Mohd Nazaruddin b Zulkifli
Pemantauan selalu dilakukan

25. Pelajar thn 1 sepatutnya di tempatkan di kelas aras bawah.
Mohd Hatta b Mohd Nor
Kelas di aras bawah tidak mencukupi. Kelas yang melibatkan murid OKU akan diberi keutamaan berada di tingkat bawah

26. Mencadangkan murid-murid Islam sesi pagi diwajibkan bersolat zohor dahulu sebelum balik.
Ruang surau sempit dan tidak mencukupi untuk menampung murid-murid sesi pagi bersolat Zohor berjemaah sebelum balik. Tambahan murid terpaksa mengejar van dsb untuk ke sekolah agama pula

27. Pelajar sesi petang pula diwajibkan solat zohor berjemaah sebelum masuk kelas atau mengikut jadual berjemaah yang ditetapkan.Begitu juga solat asar sebelum balik
Masalah dan pencerahan berkaitan solat sesi petang :
a) Murid suka mengambil kesempatan untuk merayau-rayau bukan bersembahyanag. Guru akan menguji murid boleh membaca niat solat, boleh membaca Al Fatihah sebelum membenarkan murid keluar solat
b) Surau sempit
c) Masalah jadual waktu
d) Ustaz & ustazah akan usahakan soat diadakan semasa subjek Tilawah
e) Menggalakkan murid bersolat secara bergilir menggunakan pas solat
Rosyatimah bt Ab Bakar

28. Berkenaan pendaftaran murid tahun 1,mencadangkan awalkan sebelum bermulanya persekolahan supaya tidak terlalu sesak tahun-tahun yang lepas.
Pendaftaran murid Tahun 1 telah ditetapkan oleh KPM iaitu Januari – Mac setiap tahun. Pengesahan mulai Ogos

29. Berkenaan penghantaran anak untuk persekolahan musim baru,bagi penjaga yang anak tahun 2 dan 3 tidak dibenarkan berada di kawasan perhimpunan supaya tidak terlalu sesak buat anak-anak.
Guru Besar dan guru-guru sentiasa mengingatkan agar ibu bapa tidak berada di kawasan perhimpunan bagi mengelakkan kesesakan tetapi ibu bapa kurang mematuhi arahan tersebut dan tidak berganjak dari kawasan perhimpunan
Muhamad Sharul b Mahmud

30. Pengawasan penggunaan pagar A perlu ditingkatkan kerana masih ramai ibubapa menggunakan pagar A.Ini akan membahayakan anak-anak kerana pagar A adalah untuklaluan kenderaan guru –guru.
Mohammad Shabil b A.Rashad
Pengawasan oleh pengawal keselamatan dan guru bertugas sentiasa dilakukan. Murid-murid juga sentiasa diingatkan. Mohon kerjasama ibu bapa dan pemandu van dsb untuk tidak menurunkan atau mengambil anak di pagar A. Sebaliknya guna pagar B sebagaimana yang ditetapkan

31. Diusulkan pindaan Perlembagaan PIBG seperti berikut:
A. Perkara 38 (a) iaitu SUMBANGAN anggota persatuan dipinda kepada YURAN anggota persatuan.
Rasionalnya :
i. Perkataan “sumbangan” bermakna sebagai derma. Ini menggambarkan PIBG tidak menggalakkan ibu bapa supaya lebih prihatin dan bertanggungjawab.
ii. Berbeza dengan perkataan “Yuran” bermakna perlu dibayar oleh ahli iaitu ibu bapa/penjaga. Di sini kita menggalakkan mereka supaya bekerjasama dalam satu persatuan sebagai satu pasukan untuk pendidikan anak-anak dan juga guru-guru.
Saya berharap usul ini dapat pertimbangan di dalam mesyuarat Agung kali ini untuk kebaikan semua pihak.
Sumbangan masih kekal RM50 bagi setiap keluarga. Perkataan Sumbangan PIBG digunapakai oleh semua sekolah di seluruh negara. Namun PIBG akan memanjangkan surat kepada pihak Pendaftar (JPS) memohon menukar perkataan “Sumbangan” kepada “Yuran” PIBG sebagaimana yang diusulkan
Shaharuddin bin Ajam


No comments:

Post a Comment