Pages


Selamat Datang ke Blog PIBG SKTPP ... Selamat Datang ke Blog PIBG SKTPP ... Selamat Datang ke Blog PIBG SKTPP ... Selamat Datang ke Blog PIBG SKTPP

Friday, February 5, 2016

Sumbangan PIBG

Adalah dimohon kepada ibu bapa / penjaga murid-murid PPKI serta Tahun 1 - 6 SKTPP untuk menjelaskan bayaran Sumbangan PIBG 2016 sebanyak RM50.00 sekeluarga. Sumbangan tersebut amat diharapkan oleh pihak PIBG dan sekolah untuk mengadakan program dan aktiviti untuk anak-anak murid di samping untuk menampug kos-kos membaiki kerosakan fizikal serta penambahbaikan kemudahan sekolah.
   Terima kasih banyak diucapkan kepada semua ibu bapa dan penjaga yang dapat menjelaskan sumbangan tersebut dengan kadar segera. Tuan / puan boleh menjelaskan bayaran tersebut kepada guru kelas / pejabat / Bendahari PIBG.
   "PIBG Cemerlang Sekolah Gemilang Anak Murid Terbilang"


Usul / Cadangan Mesyuarat Agung PIBG 2016/2017 dan Jawapan

A.         KURIKULUM DAN AKADEMIK

1
Kelas tambahan (hari Sabtu) – 2 minggu sekali dengan kadar bayaran mampu bayar.
(Mohd Safri Bin Mohamad Subiu)
 Jawapan : Kelas tambahan bagi tahun 6 diadakan pada hari Rabu dan Sabtu.

2
Beg sekolah terlalu berat dengan buku–buku walaupun mengikut jadual waktu yang diberikan. Penyediaan ruang simpan buku di sekolah mungkin boleh menyelesaikan masalah ini.
(Siti Zuraimah Ismail)
Jawapan :  Sebahagian buku sudah disimpan di bahagian belakang kelas.


3
Buka pintu pagar C untuk kemudahan murid, ini dapat mengurangkan kesesakan di pagar A dan B.
(Faizal Abdul Karim / Farina Binti Sabali.)
Jawapan :  Pintu pagar C tidak boleh dibuka kerana sekolah  hanya mempunyai  dua orang pengawal keselamatan. Ini juga bagi tujuan keselamatan dan mengelakkan pencerobohon orang yang tidak dikenali.


4
Buku kerja tahun lepas tidak digunakan, hanya beberapa helai digunakan.
(Nor Azmizan Binti Ismail.)
Jawapan : Semua guru sudah dimaklumkan untuk menggunakan semua buku sebagai latihan sampingan dalam kelas dan di rumah. Kuantiti latihan yang dibuat bergantung kepada kemampuan dan kebolehan murid

5
Penggunaan papan putih boleh menyebabkan murid silau untuk membuat kerja sekolah. Kebanyakan murid perlu memakai cermin mata kerana tidak nampak apa yang guru tulis di papan putih
(Rasidah Binti Mohd Noor)
Jawapan :  Terdapat banyak kelebihan berbanding kekurangan berkaitan penggunaan papan putih di sekolah. Antara kelebihan papan putih dapat digunakan untuk tayangan semasa pengajaran dan pembelajaran.


6
Ibu bapa disaran supaya tidak memarahi pengawas yang hanya menjalankan tugas memantau kedatangan pelajar pada waktu pagi.
(Azairry Bin Ariffin)
Jawapan : Setuju cadangan ini 100%. Pengawas banyak membantu pengurusan sekolah dan disiplin murid-murid

7
Mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa murid tahun 6 untuk menerangkan  prosedur berkaitan permohonan ke SBP / SMA / Sek Kawalan kerana syarat -  syarat kemasukan di Negeri Selangor berbeza dengan negeri lain.
(Raja Nur Alaini Binti Raja Omar)
Jawapan : Pihak PIBG akan usahakan tetang cadangan ini.

8
Mencadangkan pada jadual waktu ditulis sama ada menggunakan buku aktiviti atau buku tulis terutamanya bagi murid tahun 1
(Siti Raudah Binti Rahim)
Jawapan : Murid menulis dalam jadual waktu dan buku nota masing–masing tentang penggunaan buku aktiviti atau buku tulis setelah diberi penerangan oleh guru.

9
Mengedarkan takwim sekolah pada hari pertama persekolahan kepada semua murid.                                                                                             (Safina Binti Mohd Ali)
Jawapan : Tuan/puan boleh rujuk pada blog sekolah. Pada hari pertama takwim yang lengkap belum sempat disusun lagi, menanti perkembangan terkini dari KPM, JPNS dan PPDS

10
Menyiapkan pembangunan surau SKTPP dengan segera.
(Norshazlin Binti Shaharuddin)
Jawapan : Menyiapkan pembinaaan surau SKTPP dengan segera mememerlukan kerjasama dan peranan ibubapa, guru dan komuniti

11
Pertingkatkan sesi pembelajaran bagi murid yang lemah matematik.
(Shamsuria Binti Ab Aziz)
Jawapan : Pihak sekolah telah menyediakan bilik LINUS bagi kegunaan matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Selain itu, pihak sekolah melaksanakan Klinik Linus dan Kelas Tambahan Linus

12
Mohon penjelaskan mengenai cadangan penukaran format UPSR seperti yang telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan.
(Roslan Bin Sulaiman)
Jawapan : Pihak sekolah telah menjalankan Hari Jalinan Kasih pada 23 Januari 2016 bagi menjelaskan format terbaru UPSR.

13
Mengadakan kelas pemantapan UPSR seawal tahun 5
(Norshazlin Binti Shahariddin)
Jawapan : Kelas pemantapan UPSR Tahun 5 akan dibincangkan dengan PIBG.

14
Cadangan agar dibuat satu SOP yang lebih efektif semasa hari pertama persekolahan yang melibatkan murid tahun 1, 2 dan 3. Ianya bagi memastikan kelancaran persekolahan dan aktiviti pendaftaran pada hari tersebut. Juga disarankan agar disediakan khemah untuk ibu bapa agar tidak berada di dalam dewan perhimpunan semasa hari tersebut.
(Hamizah bin Mahmood)
Jawapan : Proses pendaftaran pada hari pertama persekolahan tidak memakan masa yang lama kerana murid-murid Tahun 1 telah menjalani Orientasi lebih awal. Murid-murid lain boleh terus masuk ke kelas untuk belajar. Buku teks juga telah diterima oleh semua murid. Ibu bapa tidak perlu menunggu anak-anak dan sebaiknya pulang setelah selesai perhimpunan.

15
Mohon guru-guru yang menyediakan buku aktiviti memastikan penggunaan yang semaksima dan memberi input yang berguna kepada murid. Sila pastikan buku tersebut digunakan sepenuhnya oleh murid.
(Muhamad Azmi bin Ismail)
Jawapan : Guru-guru telah maklum

16
Melancarkan kempen kesedaran selain daripada kempen DARIH seperti Kempen IT, Kebaikan dan Keburukan Media Sosial dan Kempen Hijau serta membuka lebih banyak lagi penyertaan murid–murid dalam aktiviti kokurikulum, sukan dan kepimpinan.
(Zarina Bt Hashim)
Jawapan : Kempen DARIH merupakan salah satu agenda KPM yang perlu dilaksanakan oleh semua sekolah. Namun kempen-kempen lain tidak terabai dan turut dilaksanakan.  Untuk maklumat lanjut boleh rujuk blog sekolah.

17
Penggunaan ‘Buku Komunikasi’ sebagai medium komunikasi guru dan ibu bapa kerana ada info yang tidak sampai kepada ibu bapa.
(Mohd Din bin Ibrahim)
Jawapan : Guru menggunakan medium murid untuk menyampaikan info kepada ibu bapa. Penyampaian maklumat bergantung kepada tanggungjawab murid.

18
Buku SPBT yang rosak tidak diberikan kepada murid kerana penerima buku terpaksa menggantikan buku tersebut pada akhir tahun apabila dipulangkan.
(Zulkafli bin Mohmad Fadzil)
Jawapan : Semasa pengagihan buku teks, murid-murid dikehendaki menyemak semula buku yang diperolehi. Jika terdapat kerosakan boleh ditukar.


 B.   KOKURIKULUM DAN SUKAN

1
Kelas senaman zumba / kick boxing / yoga / silat, setiap Sabtu atau sebulan  sekali dan dikenakan  kadar bayaran minima.
(Mohd Safri Bin Mohamad Subiu)
Jawapan : Sekolah sudah mempunyai Kelab Taekwondo yang berdaftar dan mendapat kelulusan JPS.

2
Aktiviti sekolah dapat dihebahkan seawal yang mungkin untuk mendapat penyertaan dari ibu bapa yang bekerja secara shif
     (Zakirah @ Syakirah Hussain / Samsuri Samsudin)
Jawapan : Info berkenaan aktiviti sekolah dihebahkan melalui pelbagai medium seperti blog sekolah, ezy sms, semasa perhimpunan, di dalam kelas dan melalui surat edaran.

3
Mengadakan kempen 1 Murid 1 Sukan
(Hasnal Bin Hashim / Zunita  Binti Zakaria)
Jawapan : 1 Murid 1 Sukan merupakan program yang dijalankan sepanjang tahun tanpa memerlukan kempen.

4
Membenarkan anak pulang untuk persiapan sebelum datang semula  untuk aktiviti kokurikulum pada hari Rabu.
(Khairul Affandi bin Abdol)
Jawapan : Peraturan tidak membenarkan anak pulang sebelum koku dilaksanakan bagi menjaga keselamatan murid. Murid boleh menggunakan waktu perantara sebelum jam 2.00 petang untuk solat berjemaat di sekolah.

5
Tidak mewajibkan murid tahun 3 untuk aktiviti Kokurikulum kerana masalah van tidak mahu mengambil anak.
(Mohamad Fakhrin bin Ishak)
Jawapan : Ibu bapa perlu berbincang dengan pihak van. Aktiviti koku untuk murid Tahun 3 bagi sekolah dua sesi adalah perkara biasa



 C.   HAL EHWAL MURID (HEM)

1
Kelas tahun 1 di tingkat bawah bagi keselamatan murid.
(Buchek bin Jalil / Rasidah Bee Binti Mohd Yunus / Azman Bin Medang Shah)
Jawapan: Di aras bawah sudah ditempatkan empat kelas tahun satu. Dua kelas lagi merupakan kelas tahun 3 di mana terdapat Murid Berkeperluan Khas (MBK).

2
Memastikan semua lubang longkang di sekitar kantin dan dewan terbuka ditutup agar kemalangan dapat dielakkan.
(Siti Rafahal Binti Ramli / Ayu Binti Baharuddin)
Jawapan: Lubang longkang di sekitar kantin banyak yang sudah dibaiki dan ditutup.

3
Gotong–royong menceriakan kelas bagi menarik minat murid untuk belajar.
(Said Khairuddin Bin Said Bahari)
Jawapan: Gotong–royong menceriakan kelas sudah dibuat oleh guru-guru dan sebahagian ibu bapa. Aktiviti ini boleh dirancang untuk diadakan pada masa depan. Mohon kerjasama ibu bapa untuk hadir

4
Mengadakan  Family day / walkaton family / Green Day  di sekolah
(Mohd Safri Bin Mohamad Subiu)
Jawapan: Sekolah dan PIBG telah mengadakan akitiviti yang seumpama itu seperti Karnival DARIH, Cyclethon, Majlis Makan Malam Amal dsb sebelum ini

5
Adakan makanan percuma bagi murid yang tidak berkemampuan                                                                 
                                (Khairul Salleh Bin Idris)
Jawapan: Ibu bapa perlu kemaskini jumlah pendapatan perkapita untuk memastikan murid tersebut layak mendapat RMT.

6
Pihak sekolah menyediakan makanan yang berkhasiat dan murid-murid tidak perlu berebut semasa beratur. Ibu bapa perlu membayar RM50 sebulan seperti yang telah dilakukan oleh Sekolah Kebangsaan Cyberjaya.
(Saliani Binti Suhaimi)
Jawapan: Makanan yang disediakan oleh pengusaha kantin memang berkhasiat. Masa rehat yang diperuntukkan adalah mencukupi untuk murid-murid membeli makanan di kantin.

7.
Naik taraf tandas murid dan membaiki dan memperbaharui keadaan kelas
(Rathai A/P Krishnan)
Jawapan: Kementerian Pendidikan Malaysia tiada peruntukan. PIBG di bawah Sarana Ibu bapa dan Sarana Sekolah sentiasa mencari jalan membaiki prasarana sekolah dan apa jua kerosakan bangunan.

8
Beri masa untuk murid–murid solat Zohor dan Asar bagi murid sesi petang.
(Nik Zarina  Binti Nik Mat / Ahmad Fahmi Bin Ismail)
Jawapan: Murid telah diberikan pas solat bagi menunaikan solat Zohor dan Asar. Jadual yang tetap sukar dilaksanakan kerana surau sekolah yang ada masakini teramat kecil untuk menampung kapasiti murid yang ramai

9
Wujudkan kawalan lalu lintas kenderaan di luar kawasan sekolah.
(Mohd Hafiz Bin Ismail)
Jawapan: Sekolah tidak mampu untuk menanggung kos upah warden trafik serta kesukaran mencari calon. Mohon ibu bapa menurut arahan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

10
Ruang menunggu pelajar diperbesarkan lagi untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan mutu kebersihan makanan di kantin hendaklan sentiasa dipertingkatkan dan dipantau.
(Nazaruddin Bin Mohd Ali)
Jawapan: Ruang menunggu sudah diperbesarkan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sepang. Mutu kebersihan kantin sentiasa dipantau. Tahun lepas kantin mendapat gred A oleh MPS.

11
Pihak sekolah membuat perubahan dari pemakaian kasut putih kepada kasut hitam pada tahun hadapan.
(Wan Aishah Binti Ishak)
Jawapan: Perubahan ini tidak dapat dilaksanakan sebagaimana arahan pekeliling semasa

12
Menyediakan locker untuk murid-murid meletakkan buku-buku dan guru perlu menyatakan di dalam jadual buku aktiviti  yang  perlu dibawa sahaja. Ini akan membantu meringankan beg sekolah anak-anak.
(Hanizan bt Hamzah)
Jawapan: Sebahagian buku sudah disimpan di bahagian belakang kelas.

13
Membuka pintu pagar di sebelah Apartment Dahlia untuk memastikan keselamatan murid ke sekolah. Buka ikut waktu persekolahan dan tamat persekolahan sahaja bagi mengelakkan kesesakan di pagar utama A dan B.
(Fazillah bt Hassim)
Jawapan: Pintu pagar C tidak boleh dibuka kerana sekolah  hanya mempunyai  dua pengawal keselamatan. Ini juga bagi tujuan keselamatan dan mengelakkan  pencerobohon oleh orang yang tidak dikenali dan kehilangan harta sekolah serta warganya.


1.    
        D.   PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

1
Tambahan yuran PPKI sebanyak RM300 bagi setiap murid untuk aktiviti tahunan mereka oleh ibu bapa murid.
(Normawati Binti Saad)
Jawapan : Mesyuarat Permuafakatan Ibu bapa PPKI pada 9 Januari 2016 telah bersetuju dengan tambahan yuran PPKI sebanyak RM300.

2
Menambahkan PPM di PPKI kerana bilangan tidak mencukupi. Kebajikan murid PPKI hendaklah diambilkira. Dengan penambahan bilangan PPM, guru–guru boleh fokus kepada tugas mereka.
(Suhaila Binti Kassim)
Jawapan : JPS maklum akan hal ini. Pihak sekolah menunggu tindakan selanjutnya oleh pihak JPS.

3
Menyeragamkan waktu persekolahan PPKI dengan aliran perdana bagi memudahkan urusan pengambilan murid oleh bas sekolah
(Ahmad Shahir Bin Ahmad Nazir)
Jawapan :  Waktu pulang aliran perdana dan PPKI adalah berbeza.

4
Melantik PPM PPKI secara kontrak. Bolehkah pihak PIBG membayar gaji bagi tenaga pekerja sementara untuk PPM? PPKI memerlukan PPM. Seramai 34 murid khas hanya seorang PPM yang membantu.

Jawapan : Tahun lepas tidak sampai 60% keluarga yang membayar sumbangan PIBG. Justeru PIBG tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk menamppung banyak program yang dirancang / diperlukan oleh pihak sekolah apatah lagi untuk membayar gaji tenaga pekerja PPM sementara.

Memohon taman permainan khas untuk PPKI. Taman permainan yang bersesuaian dan mesra OKU. Taman ini juga boleh digunakan untuk riadah atau tempat terapi bagi mereka.

Jawapan : Taman yang ada sekarang berkongsi dengan prasekolah. Pihak sekolah sudah memohon dari JPS untuk menaik taraf bangunan PPKI.

Bina laman berkebun, bilik multisensori (bilik terapi)  untuk murid PPKI.

Jawapan : Laman berkebun masih lagi dalam proses pembinaan. Kemudahan lain tidak dapat dilaksanakan kerana tidak ada ruang yang cukup.

Mengadakan 1 hari pendidikan khas (Hari PPKI).
-   Kutip dana untuk tabung PPKI hasil jualan dan permainan yang dijalankan.
-    Pamerkan hasil kerja murid 
Jawapan : Akan diambil tindakan.
(Morni Binti Hamid / Normawati Binti Saad)



        E. KANTIN

1
Mempelbagaikan jenis makanan di kantin.
(Siti Rafahal Liana Binti Ramli / Ayu Binti Baharuddin)
Jawapan: Kantin memang menyediakan makanan yang pelbagai dan berkhasiat.

2
Pihak kantin perlu menjual makanan sihat sahaja, tidak menjual air bergas (air pop) dan kentang goreng.
(Zukfikar Zainal Abidin)
Jawapan: Setiap hari guru–guru membuat penilaian dan pihak kantin membuat penilaian kendiri. Pihak kantin tidak menjual air bergas.

3
Harga makanan di kantin perlu berpatutan dan sentiasa dipantau kerana terlalu mahal.
(Rohani Binti Ibrahim / Zunairah Rasid / Miuhamad khairil Abdullah)
Jawapan: Pihak sekolah sentiasa memantau harga di kantin.

4
Harga ayam gunting perlu dikurangkan  kerana tidak semua ibu bapa mampu memberi duit pebelanjaan yang banyak kepada anak–anak.
(Mohamad Azme Bin Shamsuaidah)
Jawapan: Harga sudah berpatutan berbanding harga di luar.




         F. LAIN-LAIN

     1
    Mencadangkan supaya bantuan RM100 untuk setiap pelajar diteruskan agar dapat mengurangkan kos sara hidup keluarga.
(Zalina Binti Salim)
     Jawapan : Bantuan RM100 adalah dasar kerajaan. Sekolah adalah perantara untuk mengedarkan bantuan.

     2
     Mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan guru.
(Siti Norra Binti Osman)
     Jawapan : Sekolah telah melaksanakan hari Jalinan Kasih, Jalinan Mesra dan Permuafakatan Ibu bapa pada setiap tahun.

     3
     Telefon awam sekolah harus diperbaiki dan sentiasa dalam keadaan baik.
(Norasid Bin Idris)
     Jawapan : Sekolah akan mengambil tindakan.

     4
      Mohon jasa baik PIBG untuk membaiki saluran air yang ada di depan bus stop di pintu B, apabila hujan turun air akan selalu bertakung dan menyusahkan anak-anak berjalan.
(Syafrizal bin Mukhtar)
     Jawapan : PIBG akan ambil tindakan

     5       
      Membina wakaf-wakaf untuk kegunaan pelajar dan memperbanyakkan penghawa dingin di pusat sumber.
(Md Lajis bin Ahmad)
     Jawapan : Ibu bapa diharap dapat menyokong dan menghulurkan sumbangan melalui PIBG.

     6
     Tandas murid perempuan di bahagian bawah tiada kunci pada setiap pintu.
(Mazlina bt Jamedin)
     Jawapan : Engsel sudah dibaiki, namun dirosakkan lagi.

     7
      Kemudahan elektrik seperti kipas perlu dibaiki kerana cuaca panas sekarang ini menyebabkan anak-anak tidak selesa semasa sesi pembelajaran.
(Mohd Syahrol Nizam bin Shafaat)
     Jawapan : Kipas di dalam kelas sudah dibaiki. Sistem pendawaian elektrik mempunyai masalah. Pihak sekolah telah menghubungi PPD dan JKR Elektrik. Pihak JKR kerap turun membuat pemantauan dan membaiki kerosakan-kerosakan kecil.