Pages


Selamat Datang ke Blog PIBG SKTPP ... Selamat Datang ke Blog PIBG SKTPP ... Selamat Datang ke Blog PIBG SKTPP ... Selamat Datang ke Blog PIBG SKTPP

Saturday, January 31, 2015

Mesyuarat Agung PIBG ke-11 / 2015

Alhamdulillah selesai sudah Mesyuarat Agung PIBG SKTPP buat kali ke-11 yang telah berlangsung dengan penuh semangat kekeluargaan. Terima kasih diucapkan kepada YB Tuan Shahrum bi Mohd. Sharif ADUN Dengkil yang telah sudi merasmikan majlis. Terima kasih juga diucapkan kpada En. Shaiful Bahri bin Ghazali; Ketua Unit Pengurusan Sekolah PPD Sepang yang turut hadir mewakili Tuan PPD Sepang.
   Terima kasih diucapkan kepada semua AJK PIBG 2014 / 2015 yang begitu komited dalam menjayakan tanggungjawab yang diberi. Semoga barisan AJK PIBG SKTPP 2015 / 2016 akan meneruskan kecemerlangan yang telah dibina.


PIBG Benci Dadah!!

Lagi laporan Mesyuarat Agung PIBG dalam blog sekolah di sini.

Sunday, January 25, 2015

Makluman Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Putra Perdana Kali Ke- 11 2015

Makluman kepada:
Semua ibu bapa / penjaga
Murid-murid SK Taman Putra Perdana

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-11 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh    : 31 Januari 2014 (Sabtu)
Masa      : 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat  : Dewan Perdana SKTPP
Perasmi : YB Tuan Shahrum bin Dato' Mohd Sharif (ADUN Dengkil)

Atur Cara Majlis

8.00 pagi   :  Pendaftaran
8.30 pagi   :  Nyanyian lagu Negaraku
                   Tayangan Multimedia
                    Ucapan aluan pengerusi majlis
                    Bacaan doa
                    Ucapan Guru Besar
                    Ucapan Yang Dipertua PIBG
                    Ucapan perasmian  
                    Penyampaian cenderamata kepada perasmi
                    Penyampaian sijil kepada AJK PIBG sesi 2014/2015
                    Penyampaian Anugerah Kecemerlangan UPSR 2014
                    Rehat

10.30 pagi : Mesyuarat Agung PIBG kali ke-11
1.00 ptg     : Bersurai


Terima kasih.

Wednesday, January 14, 2015

Mesyuarat AJK PIBG ke-6

Mesyuarat terakhir sesi 2014 / 2015 ini telah diadakan pada 13 Januari 2015 (Selasa) jam 8.30 malam dihadiri oleh sebahagian besar AJK. Perbincangan mencakupi persiapan Mesyuarat Agung PIBG yang akan diadakan pada 31 Januari 2015 nanti serta program-program dan aktiviti sepanjang tahun. Ahli mesyuarat bersetuju meluluskan kos untuk membaiki tandas murid serta menampung kos pembelian kek hari jadi murid sepanjang tahun ini. Terima kasih semua atas komitmen..