Wednesday, July 23, 2014

Salam Takziah Buat Cikgu Ahmad Fuadi

Takziah diucapkan kepada GPK 1; Tuan Haji Ahmad Fuadi bin Sarham atas kembalinya ke rahmatullah anakanda tercinta beliau pada hari Selasa 22 Julai 2014. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan roh allahyarham di sisi orang-orang yang beriman. Moga Cikgu Fuadi serta keluarga tabah atas ujian dari Allah SWT ini. Al Fatihah...


Sunday, July 20, 2014

Mesyuarat AJK PIBG ke-3 / 2014

Mesyuarat AJK PIBG SKTPP buat kali ke-3 telah diadakan pada pagi Sabtu 19 Julai 2014 di Bilik Mesyuarat SKTPP. Selaian agenda rutin, AJK PIBG telah membincangkan tentang post mortem Kejohanan Sukan Tahunan yang lalu serta perbincangan program induk PIBG tahun ini iaitu Karnival DARIH yang akan diadakan pada 16 Ogos 2014. 
   Tahniah kepada YM Tengku Syawaludin selaku Event Manager karnival yang telah menyampaikan laporan terperinci berkaitan persiapan dan perancangan karnival. Terima kasih juga diucapkan kepada En. Mohd. Zuhdi (Event Planner) yang telah turut hadir sama memberikan makluman dan info berkaitan permainan dan sebahagian besar aktiviti karnival kepada ahli mesyuarat. Semoga Karnival DARIH yang telah dirancang ini dapat berjalan dengan lancar seterusnya memberikan kesan halo yang maksimum kepada warga sekolah dalam membanteras DARIH (dadah, arak, rokok, inhalan dan HIV / AIDS).

En. Syawal memperincikan persiapan Karnival DARIH
Pn. Zarina (Naib YDP PIBG), GB dan Tn. Hj. Khairul Azhar (YDP PIBG)
Turut hadir : En. Zuhdi - Pengarah Syarikat MZY yang akan mengendalikan permainan semasa Karnival DARIH nanti

Monday, July 14, 2014

Salam Takziah Buat Puan Hajah Rohaidah

Takziah diucapkan kepada Puan Guru Besar; Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali atas kembalinya ke rahmatullah bonda tercinta beliau pada hari Ahad 13 Julai 2014. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan roh allahyarhamah di sisi orang-orang yang beriman. Moga Puan Guru Besar serta keluarga tabah atas ujian dari Allah SWT ini. Al Fatihah...


Monday, July 7, 2014

Pertandingan Mencipta Logo PPDa SKTPP

SK Taman Putra Perdana dengan kerjasama PIBG SKTPP akan mengadakan Pertandingan Mencipta Logo PPDa (Pendidikan Pencegahan Dadah) sempena Karnival DARIH 2014 yang akan diadakan pada 16 Ogos 2014 (Sabtu)

Syarat-syarat pertandingan adalah seperti berikut:

·         Logo bersaiz kertas lukisan bertemakan ‘KAMI BENCI DADAH’
·         Terbuka kepada semua murid SK Taman Putra Perdana
·         Hadiah untuk tempat pertama, kedua dan ketiga
·         Pertandingan bermula 7 Julai 2014
·         Masa pertandingan (1 minggu)
·         Penghantaran poster bermula 11 Julai 2014 hingga 18 Julai 2014

·         Yuran RM2.00 untuk setiap penyertaan


Murid-murid yang berminat menyertai pertandingan ini boleh bertemu dengan guru-guru yang berkenaan untuk mendapat borang pendaftaran, maklumat lanjut atau untuk menghantar poster yang telah disiapkan.

Pn. Wan Sarinah bt Wan Ibrahim (K) (Tahun 1)
Pn. Nur Malisha bt Omar (Tahun 2)
Pn. Norlida bt Othman (Tahun 3)
Pn. Azwani Noordin @ Mohd Noordin (Tahun 4)
Pn. Visva Vilasini a/p Koppal @ Goppal (Tahun 5)
Pn. Norasmawati bt Omar (Tahun 6)

Logo yang memenangi tempat pertama dalam pertandingan ini akan digunakan sebagai logo rasmi PPDa SKTPP.

Maklumat tentang pertandingan ini boleh juga dilihat di dalam blog sekolah. Sila klik di sini

Thursday, July 3, 2014

Mesyuarat Karnival DARIH guru-guru

Pada tahun ini, PIBG SKTPP telah merancang untuk mengadakan projek induk yang ada kaitan dengan dadah seiring dengan pencalonan SKTPP selaku wakil daerah Sepang dalam Pertandingan Bilik Sumber PPDa daerah Sepang ke peringkat Negeri Selangor pada bulan September 2014 nanti. Mesyuarat Karnival DARIH kali pertama melibatkan guru-guru telah diadakan di Bilik Mesyuarat hari ini. Turut hadir ialah AJK PIBG - Tengku Norsyawaluddin selaku Event Manager program...




Setiausaha Program - Pn. Noor Hafizan (SU PIBG) bersama GB
Event Manager (berbaju kuning) yang sangat proaktif