Pages


Selamat Datang ke Blog PIBG SKTPP ... Selamat Datang ke Blog PIBG SKTPP ... Selamat Datang ke Blog PIBG SKTPP ... Selamat Datang ke Blog PIBG SKTPP

Thursday, August 27, 2015

Mesyuarat Khas 1 Wakaf Surau SKTPP

Terima kasih diucapkan kepada En. Muzi bin Abdullah; bapa murid sekolah ini atas kesudian dilantik selaku Pengerusi Pembinaan Surau SKTPP. Majlis penyerahan surat pelantikan tersebut telah diadakan semasa Mesyuarat Khas 1 AJK Induk Wakaf Surau SKTPP pagi tadi. Turut menerima surat pelantikan ialah;
- Tn. Hj. Ahmad Fuadi bin Sarham : Pengurus Wang Wakaf Surau
- En. Zurilazman bin Abdullah : Penolong Pengurus Wang Wakaf Surau
- Pn. Azizah binti Mokhlas : Pengurus Sumbangan Pembangunan Sekolah
   Mesyuarat telah membincangkan gambaran pembinaan surau, kaedah dan strategi pelaksanaan dalam usaha untuk mendapatkan dana dan kelulusan PBT ke arah permohonan pelepasan cukai dengan LHDN. Adalah diharapkan semoga usaha yang murni dan niat yang suci ini akan dipermudahkan Allah serta mendapat sokongan dan kerjasama dari semua pihak.




En. Muzi menerima surat pelantikan daripada YDP PIBG SKTPP - Tn. Hj. Khairul Azhar

Tn. Hj. Ahmad Fuadi

Ustaz Zurilazman

Ustazah Azizah


Ucapan dan taklimat oleh En. Muzi - Pengerusi Pembinaan Surau SKTPP

Tuesday, August 25, 2015

Tabung Wakaf Surau SKTPP



Semoga semua penderma dimurahkan rezeki dan hidup diberkati. Aamiinn..

Monday, August 24, 2015

Brosur Tabung Wakaf Untuk Pembinaan Surau di SKTPP


Pelan Lokasi Pembinaan Surau dan Kelas Pengajian Tambahan SKTPP







Pihak PIBG ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Muzi bin Abdullah kerana telah menyediakan pelan pembinaan surau dan kelas pengajian tambahan ini.

Sunday, August 23, 2015

Sumbangan Saham Akhirat

Buat semua ibu bapa, masyarakat setempat serta semua pembaca blog ini jom menyumbang untuk saham akhirat iaitu Wakaf Surau SKTPP. Sumbangan bolehlah diberi dalam bentuk;
~ Tunai / cek atas nama PIBG SK Taman Putra Perdana & kirim ke alamat SK Taman Putra Perdana, 47130 Puchong; atau
~ bank in ke Bank Rakyat : 22-138-102638-7 atas nama PIBG SK Taman Putra Perdana.
   Sumbangan & kerjasama tuan / puan amat dialu-alukan dan diucapkan ribuan terima kasih. Semoga dimurahkan rezeki kalian.. amiiin....

Saturday, August 22, 2015

Solat Sunat Dhuha, Taubat & Hajat Tahun 6 di Dewan

Alhamdulillah program solat sunat dhuha, taubat & hajat yang melibatkan semua lebih 300 orang murid Tahun 6, pentadbir serta guru-guru Tahun 6 dapat diadakan di Dewan Perdana SKTPP seadanya. Di akhir solat, Ustaz Zurilazman telah menyampaikan sedikit tazkirah sebagai motivasi kepada murid-murid menjelang UPSR yang bakal tiba tidak lama lagi.


Sesungguhnya murid-murid amat memerlukan surau baharu yang lebih besar dan kondusif agar program seumpama ini dapat dilaksanakan dengan lebih selesa pada masa depan. Justeru sumbangan dari para dermawan amat kami alu-alukan dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih..

  {Sumbangan boleh diberi dalam bentuk;
~ Tunai / cek atas nama PIBG SK Taman Putra Perdana & kirim ke alamat SK Taman Putra Perdana, 47130 Puchong; atau
~ bank in ke Bank Rakyat : 22-138-102638-7 atas nama PIBG SK Taman Putra Perdana...}

Saturday, August 15, 2015

Bergema Selawat di Langit SKTPP

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT atas kejayaan program Malam Gema Selawat SKTPP 2015 - program induk PIBG tahun ini. Program ini diadakan sempena pelancaran Wakaf Surau dan Sumbangan Pembangunan Sekolah. Sambutan dari ibu bapa dan pengunjung sangat menggalakkan.
   Terima kasih kepada Tuan Hj. Mutalib bin Tomran yang sudi hadir merasmikan majlis menggantikan YB Shahrum yang tidak dapat hadir disebabkan oleh urusan yang lebih penting di tempat lain. Namun YB sudi menyumbang RM1000 untuk PIBG sempena majlis tersebut. Terima kasih banyak YB.
   Terima kasih juga kepada pihak AADK yang telah hadir membuat pameran. Ketua Pegawai AADK Daerah Sepang; Pn. Farrah Fadiah bt. Mohamad Nasir telah turun padang sendiri bersama teamnya mengadakan pameran dan membantu perjalanan majlis. Semoga hubungan baik antara PIBG dan AADK akan memantapkan lagi pendidikan pencegahan dadah (PPDa) di sekolah ini.
   Terima kasih jua ditujukan khas kepada Yang Dipertua PIBG SK Taman Putra Perdana 2 (SKTPP2); En. Idris bin Hussin yang sudi hadir memeriahkan majlis selawat kami malam ini. Kehadiran tuan jelas menunjukkan wujudnya hubungan yang rapat antara dua sekolah yang berjiran ini. Semoga ia akan memantapkan lagi hubungan yang sedia terjalin demi menyelesaikan pelbagai masalah setempat serta mendokong hasrat Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah yang disarankan oleh KPM.
   Tidak lupa syabas dan terima kasih diucapkan kepada Kumpulan Anwarul Madad yang telah mengalunkan selawat dan menyampaikan tazkirah yang sangat menusuk kalbu. Semoga amalan berselawat ini akan dipraktikkan dalam kehidupan kita sehari-hari.
   Terima kasih juga diucapkan kepada pengusaha-pengusaha gerai yang telah memberi sokongan dan kerjasama. Setinggi-tinggi penghargaan buat ibu bapa dan pengunjung yang telah menyumbang kepada wakaf surau kami. Semoga hasrat yang dicita-citakan untuk melihat tersergamnya sebuah surau baharu yang boleh menampung lebih 2000 orang murid dan warga sekolah kami akan terlaksana hendaknya hasil sumbangan wakaf dari para dermawan.
   Tuan / puan boleh terus memberi sumbangan untuk tempoh 3 bulan yang akan datang sebagaimana yang telah diluluskan oleh PPD Sepang iaitu sehingga 13 November 2015. Budi baik tuan / puan hanya Allah jua yang dapat membalasnya....

Jom tengok suasana Malam Gema Selawat SKTPP tersebut...













Terima kasih buat tetamu jemputan istimewa - Tn. Hj. Mutalib bin Tomran (Timbalan PPD) dan En. Idris bin Hussin (YDP PIBG SKTPP20 yang telah menunggu hingga ke akhir program jam 11.30 malam
Terima kasih Pn. Farrah. Terima kasih guru-guru dan ibu bapa

Sila ikuti laporan Malam Gema Selawat ini dalam blog SKTPP di sini dan blog PPDa SKTPP di sini.

Malam Gema Selawat - SK Taman Putra Perdana

Thursday, August 13, 2015

Jemputan Ke Malam Gema Selawat SKTPP 2015


Hadith:
Nabi s.a.w bersabda: "Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku."(Riwayat:  Ibn Mas'ud r.a)


Wednesday, August 5, 2015

Malam Gema Selawat SKTPP 2015

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Taman Putra Perdana pada tahun ini akan menganjurkan satu Program Wakaf Pembinaan Surau & Sumbangan Pembangunan Sekolah. Objektif program ini dianjurkan adalah untuk mencari dana (wakaf) bagi membina sebuah surau baharu di sekolah ini untuk memenuhi keperluan bilangan murid yang semakin bertambah setiap tahun. Manakala dana (sumbangan) pembangunan sekolah pula akan digunakan untuk tujuan pembangunan fizikal sekolah yang meliputi bidang Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum.

Satu majlis yang dinamakan 'Malam Gema Selawat SKTPP 2015' akan diadakan sempena pelancaran program wakaf dan sumbangan tersebut pada;

Tarikh  : 14 Ogos 2015 (Jumaat)
Masa    : 7.00 malam hingga 10.00 malam
Tempat : Dewan Perdana SKTPP
Majlis ini akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Sharum bin Mohd Sharif (ADUN Dengkil)


Pihak PIBG berbesar hati menjemput semua ibu bapa / penjaga serta orang ramai untuk sama-sama hadir pada majlis tersebut. 

Pelbagai acara telah diaturkan seperti:
  • Alunan Selawat dan tazkirah daripada kumpulan nasyid 'Anwarul Madad' (untuk yang beragama Islam)
  • Ceramah Motivasi Keibubapaan (untuk yang bukan beragama Islam)
  • Jualan gerai terbuka

Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke majlis ini akan mendapat keberkatan serta dapat merealisasikan matlamat pihak sekolah demi kebaikan seluruh warga SKTPP.



*Bagi pihak yang berhajat untuk memberi Sumbangan Wakaf Pembinaan Surau atau Sumbangan Pembangunan Sekolah, boleh menghubungi pihak sekolah di talian 03-83119204 atau emel ke sktmnputraperdana@gmail.com

*Sebarang pertanyaan berhubung sewaan gerai terbuka, juga boleh menghubungi pihak sekolah di talian yang sama. Bayaran sewa yang dikenakan ialah sebanyak RM30.00 bagi satu gerai.

Tuesday, August 4, 2015

Mesyuarat AJK Pelaksana Malam Gema Selawat PIBG






Semoga perancangan program Malam Gema Selawat dan projek induk PIBG tahun ini - Wakaf Surau serta Pembangunan Sekolah akan berjalan lancar dan dirahmati Allah SWT.

Saturday, August 1, 2015

Mesyuarat AJK PIBG ke-4

Alhamdulillah dalam suasana Hari Raya yang mulia ini AJK PIBG telah dapat berkumpul bermesyuarat membincangkan permasalahan sekolah & program-program terutamanya program Gema Selawat yang akan diadakan pada 14 Ogos 2015 nanti. Semoga segala perancangan dapat dilaksanakan dengan lancar dan jayanya.