Saturday, July 21, 2018

Mesyuarat AJK PIBG ke-2 / 2018

Alhamdulillah Mesyuarat AJK PIBG buat kali ke-2 / 2018 telah dapat diadakan dengan lancar pada 21 Julai 2018 bersamaan hari Sabtu. Terima kasih banyak atas pemuafakatan yang terjalin ini. Semoga segala perancangan dan sumbangan dapat dilaksanakan dan dimanfaatkan sebaik mungkin yang akhirnya dapat memberi impak positif kepada anak-anak murid.
   Antara permohonan peruntukan untuk program dan kerja-kerja naiktaraf sekolah yang telah dipersetujui oleh ahli mesyuarat adalah melibatkan,
1. Pusat Sumber Sekolah (Ujana Ilmu)
2. LCD di Dewan Perdana dan Makmal Komputer
3. Sukan hoki dan kriket
4. Jamboree Pandu Puteri Antarabangsa
   Terima kasih banyak buat PIBG atas keprihatinan dan komitmen. Semoga lebih ramai lagi ibu bapa akan menjelaskan Sumbangan PIBG yang berjumlah sebanyak RM50.00 sekeluarga itu. Untuk rekod : setakat ini hanya 53.3% sahaja ibu bapa yang telah membayar. Diharap lebih ramai parent dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan melunaskan sumbangan tersebut bagi menghebatkan lagi aktiviti sekolah dan PIBG demi kecemerlangan anak-anak kita.
"PIBG Cemerlang Murid Gemilang"

YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar bin Mohammad Suffian mempengerusikan mesyuarat



AJK PIBG dan pentadbir sekolah fokus berbincang dan menerima input-input terkini daripada YDP

No comments:

Post a Comment