Saturday, August 20, 2016

Mesyuarat AJK PIBG Bil. 3 / 2016

Mesyuarat AJK PIBG Bil. 3 telah dapat diadakan dengan jayanya pagi ini. Terima kasih diucapkan atas kehadiran semua pentadbir sekolah, AJK PIBG guru dan ibu bapa diketuai YDP; Tn. Hj. Khairul Azhar yang sangat komited. Terima kasih banyak juga diucapkan kerana mesyuarat telah meluluskan permohonan-permohonan sekolah untuk pelbagai program sehingga hujung kalendar persekolahan tahun ini. Sesungguhnya sumbangan-sumbangan tersebut sangat diharapkan bagi melancarkan perjalanan aktiviti-aktiviti yang dirancang yang melibatkan bilangan murid kita seramai lebih 2000 orang.
   Diharapkan ibu bapa yang belum menjelaskan sumbangan PIBG dapat berbuat demikian dengan segera bagi memberi keadilan kepada ibu bapa yang telah menjelaskan sumbangan. Setakat ini ibu bapa yang telah menjelaskan sumbangan PIBG ini hanyalah sekitar 60% sahaja. Sumbangan mereka inilah yang selama ini menampung berbagai-bagai keperluan sekolah baik dari segi pengajaran dan pembelajaran, program motivasi, pembaikan fizikal maupun pembangunan sahsiah, sukan dan sebagainya.
   Bayangkan kalau 100% ibu bapa menjelaskan sumbangan PIBG, sudah tentu lebih banyak program, projek dan aktiviti dapat dilaksanakan demi meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak murid, fasiliti dan pembinaan modal insan masa depan. Ibu bapa / penjaga yang tidak menjelaskan sumbangan PIBG ini ibarat "penumpang" yang menggunakan kemudahan dan keselesaan atas "tiket" yang dibayar oleh orang lain. Renung-renungkanlah.....



No comments:

Post a Comment