Terima kasih kepada Tuan Hj. Mutalib bin Tomran yang sudi hadir merasmikan majlis menggantikan YB Shahrum yang tidak dapat hadir disebabkan oleh urusan yang lebih penting di tempat lain. Namun YB sudi menyumbang RM1000 untuk PIBG sempena majlis tersebut. Terima kasih banyak YB.
Terima kasih juga kepada pihak AADK yang telah hadir membuat pameran. Ketua Pegawai AADK Daerah Sepang; Pn. Farrah Fadiah bt. Mohamad Nasir telah turun padang sendiri bersama teamnya mengadakan pameran dan membantu perjalanan majlis. Semoga hubungan baik antara PIBG dan AADK akan memantapkan lagi pendidikan pencegahan dadah (PPDa) di sekolah ini.
Terima kasih jua ditujukan khas kepada Yang Dipertua PIBG SK Taman Putra Perdana 2 (SKTPP2); En. Idris bin Hussin yang sudi hadir memeriahkan majlis selawat kami malam ini. Kehadiran tuan jelas menunjukkan wujudnya hubungan yang rapat antara dua sekolah yang berjiran ini. Semoga ia akan memantapkan lagi hubungan yang sedia terjalin demi menyelesaikan pelbagai masalah setempat serta mendokong hasrat Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah yang disarankan oleh KPM.
Tidak lupa syabas dan terima kasih diucapkan kepada Kumpulan Anwarul Madad yang telah mengalunkan selawat dan menyampaikan tazkirah yang sangat menusuk kalbu. Semoga amalan berselawat ini akan dipraktikkan dalam kehidupan kita sehari-hari.
Terima kasih juga diucapkan kepada pengusaha-pengusaha gerai yang telah memberi sokongan dan kerjasama. Setinggi-tinggi penghargaan buat ibu bapa dan pengunjung yang telah menyumbang kepada wakaf surau kami. Semoga hasrat yang dicita-citakan untuk melihat tersergamnya sebuah surau baharu yang boleh menampung lebih 2000 orang murid dan warga sekolah kami akan terlaksana hendaknya hasil sumbangan wakaf dari para dermawan.
Tuan / puan boleh terus memberi sumbangan untuk tempoh 3 bulan yang akan datang sebagaimana yang telah diluluskan oleh PPD Sepang iaitu sehingga 13 November 2015. Budi baik tuan / puan hanya Allah jua yang dapat membalasnya....
Jom tengok suasana Malam Gema Selawat SKTPP tersebut...
Terima kasih buat tetamu jemputan istimewa - Tn. Hj. Mutalib bin Tomran (Timbalan PPD) dan En. Idris bin Hussin (YDP PIBG SKTPP20 yang telah menunggu hingga ke akhir program jam 11.30 malam
Terima kasih Pn. Farrah. Terima kasih guru-guru dan ibu bapa
No comments:
Post a Comment