Tujuan majlis pemuafakatan ini adalah untuk membincangkan masalah kesesakan lalulintas di SKTPP tanpa menyentuh soal lesen kenderaan maupun dasar-dasar Kementerian Pendidikan Malaysia. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Tuan YDP PIBG diikuti sesi takruf oleh semua yang hadir. Seterusnya majlis membincangkan perancangan yang telah dan akan dilaksanakan oleh PIBG.
Masing-masing dengan penuh semangat kekeluargaan telah membincangkan pelbagai masalah yang berbangkit selanjutnya mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah-masalah tersebut. Antara tindakan yang dipersetujui bersama adalah;
1) Meletakkan notis pemberitahuan ruangan parkir khas untuk bas & van sekolah
2) Melarang kereta-kereta persendirian meletakkan kereta dalam ruangan parkir bas & van sekolah yang disediakan
3) Menyediakan pas pengenalan bas & van oleh sekolah berdasarkan permohonan bagi memudahkan murid-murid mengenalpasti pemandu-pemandu gantian
4) Setiap pengusaha bas & van perlu memastikan setiap murid yang di bawah tanggungjawab mereka dibekalkan dengan nama dan no. telefon bas & van
5) Memohon kepada MPS untuk tar di kiri dan kanan jalan di sekitar bus stop
6) Memberi nasihat kepada penjaja-penjaja yang menjaja di bus stop agar tidak menjaja
7) Pihak sekolah akan memastikan murid-murid yang akan mengikuti latihan petang memaklumkan kepada pengusaha bas & van lebih awal
Semoga perbincangan hari ini dapat menyelesaikan serba sedikit masalah yang berkait dengan pengangkutan bas dan van selama ini. Terima kasih atas idea dan cadangan-cadangan yang diberi. Walau bagaimanapun segalanya memerlukan kerjasama semua pihak. Adalah menjadi harapan sekolah agar ibu bapa dapat memberi lebih keutamaan kepada bas dan van sekolah yang membawa ramai murid berbanding kereta. Bukan sahaja pemandu bas dan van, diharapkan juga agar pemandu-pemandu kereta persendirian dalam kalangan ibu bapa akan turut mematuhi peraturan demi keselamatan dan kelancaran trafik di sekolah kita yang mempunyai bilangan murid yang paling ramai ini...
Warga SKTPP Benci Dadah!
No comments:
Post a Comment