Wednesday, January 14, 2015

Mesyuarat AJK PIBG ke-6

Mesyuarat terakhir sesi 2014 / 2015 ini telah diadakan pada 13 Januari 2015 (Selasa) jam 8.30 malam dihadiri oleh sebahagian besar AJK. Perbincangan mencakupi persiapan Mesyuarat Agung PIBG yang akan diadakan pada 31 Januari 2015 nanti serta program-program dan aktiviti sepanjang tahun. Ahli mesyuarat bersetuju meluluskan kos untuk membaiki tandas murid serta menampung kos pembelian kek hari jadi murid sepanjang tahun ini. Terima kasih semua atas komitmen..


No comments:

Post a Comment