Sunday, August 17, 2014

Karnival DARIH SKTPP 2014

Pada 16 Ogos 2014, pihak Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana (SKTPP) dengan kerjasama pihak PIBG SKTPP dan syarikat MZY Skytrue Pro telah bekerjasama menganjurkan Karnival DARIH SKTPP 2014. Objektif Karnival DARIH  ini diadakan adalah untuk menyedarkan masyarakat, khususnya warga SKTPP mengenai bahaya penyalahgunaan dadah, di samping memberi lebih maklumat mengenai aktiviti-aktiviti yg boleh menjerumuskan kita ke lembah yang mengancam nyawa. DARIH berasal dari perkataan Dadah, Arak/Alkhohol, Rokok, Inhalan dan HIV/AIDS.

Perasmian karnival ini telah disempurnakan oleh ADUN Dengkil iaitu YB Tuan Shahrum bin Mohd Sharif. Pihak PIBG SKTPP ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas kesudian YB untuk merasmikan karnival ini.

Selain itu, pihak PIBG SKTPP juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada para penyumbang yang telah sudi memberikan sumbangan dalam menjayakan Karnival DARIH pada kali  ini. Berikut ialah senarai penyumbang tersebut :

1. YB Tuan Khairy bin Jamaluddin (Menteri Belia dan Sukan)
2. MZY Skytrue Pro
3. Puan Zarina binti Hashim
4. Dr Saravanan Ramasamy
5. Encik Azmaini bin Mohamed
6. MBSB Cawangan Bandar Puteri, Puchong
7. Rio Event Management Sdn.Bhd
8. Handal Engineering Sdn.Bhd

Untuk makluman semua, Karnival DARIH ini juga mendapat sokongan padu daripada badan-badan kerajaan yang  berkaitan seperti pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia, Pejabat Kesihatan Sepang dan Kastam Diraja Malaysia. Agensi-agensi ini telah bekerjasama dalam menyalurkan maklumat dan menyediakan bahan-bahan pameran berkaitan bahaya penyalahgunaan dadah serta perkara-perkara berkaitan dengannya yang sangat berguna kepada semua pengunjung ke karnival ini.

Akhir sekali, pihak PIBG SKTPP ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa, murid-murid dan tetamu dari sekitar daerah Sepang kerana sudi hadir bagi memeriahkan Karnival DARIH SKTPP 2014 yang julung kali diadakan di sekolah ini.

Semoga Karnival ini dapat  memberi kesedaran kepada kita semua agar menjadi warganegara Malaysia yang bebas DARIH demi kesejahteraan kita pada masa akan datang.

Kami Benci Dadah
Untuk maklumat selanjutnya, sila klik pada pautan Blog SKTPP di sini dan blog PPDa SKTPP di sini

1 comment:

  1. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    An Thái Sơn chia sẻ trẻ sơ sinh nằm nôi điện có tốt không hay võng điện có tốt không và giải đáp cục điện đưa võng giá bao nhiêu cũng như địa chỉ bán máy đưa võng ở đâu uy tín.

    ReplyDelete